Friday, 27 August 2010

Makan..makan..makan.... @LTU


Aku tak sabar nak masukkan entry ni.. Semalam kami berada di dalam limpahan makanan yang tersangat banyak... Nak tahu kat mana aku berbuka puasa semalam? Emmm kat mana lagi kalau bukan makan free kat La Trobe University... Mengalahkan aku yang jadi student kat situ kan... Yang penting, sapa lah diorg tanpa kehadiran aku..hehehe...

Tak boleh nak digambarkan, betapa banyaknya makanan tu.. Pulak tu tak ramai yang dtg berbuka kat surau LTU semalam.. Kami, kaum wanita hanya ada 25 orang, manakala makanan yg tersedia blh menampung seramai 50-60 org... Mak aiiii!!!!... Nak terbeliak mata memasing bila tengok kat makanan tu.. Kebetulan lah pulak, ramai yang bersedekah hari tu kan... Itulah yang dikatakan R E Z E K I...... Emmmm.. Rajinnya orang Islam di Melbourne ni bersedekah di bulan yang mulia ni... Biasanya mereka yang bersedekah ni terdiri drp orang-orang Timur tengah mcm Arab, Turki, Albaniah, Iraq dan sebagainya.. Jadi, sebab tu lah kitorg kena dtg berbuka kat situ untuk dapatkan berkat buat org yg bersedekah... eh..boleh ke aku buat statement camtu?

Nak tahu apa yang kami makan semalam? Mula-mula kitorang berbuka dgn kurma, donat, roti lebanese dan jus buah-buahan. Ada satu tu macam mertabak tapi aku terlupa diorg sebut ape. Sedap pulak tu. Selepas selesai solat maghrib, kami dihidangkan dengan nasi goreng (ala-ala Arab kot) dengan chicken chop dan salad. Kami apa lagi... makan jugak walaupun perut dah penuh... Belum sempat kami habiskan makanan di pinggan, tetiba mereka hantar pulak pasta. Aduhhhh!!! sape lah nak habiskan mkn tu kan... pastu hantar pulak sup (tak tahu sup ape...macam kacang blend je)...Belum sampai 5 minit, mereka hantar pulak 10 kotak pizza... Ini dah kes....terlebih makanan niii..... Dah tak termakan lagi. Sudahnya setiap orang terpaksa bawak balik 1 kotak pizza tu. selain makanan lain yang terpaksa di pack sebab kami dah tak boleh lagi nak habiskan makanan yang tersangat lah banyak... Kalau lah aku tahu mcm ni meriahnya berbuka puasa, sure tahun lepas lagi aku datang berbuka kat sini.... hahah...

Tu lah kan? Walaupun berada di celah-celah bangsa yang asing ini, masyarakat Islam masih boleh bersatu. Mereka yang berkemampuan masih boleh meneruskan amalan bersedekah tak kira apa bangsa dan warna kulit. Mereka mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambahkan pahala bersedekah tu.. Kekadang di Malaysia pun belum tentu kita boleh berbuat seperti tu.. Untuk bersedekah ni, tak perlu nak tunggu kita kaya raya kan... Kita masih boleh lakukannya mengikut kemampuan kita asalkan ianya dilakukan dengan ikhlas.. Insyaallah ganjaran yang baik akan kita perolehi. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur...


~sebhg dari pizza~

~roti Lebenese, ala2 roti nan~

~nasi goreng~

~pasta yang sedap~

~chicken chop yg super duper sedap~

~sudahnya salad ni tak ramai yang usik~

Inilah antara makanan yang terhidang semalam.. Itupun aku tak sempat nak snap gambar sup, mertabak dan doughnut....Betul-betul syurga makanan...Alhamdulillah, rezeki ramadhan...

: ptg ni aku berbuka kat uni lagi tau... Ini dah kira kes malas nak masak ke?????

Thursday, 26 August 2010

KUIH SAGU

~Inilah kuih sagu aku~
Hari Isnin baru ni aku buat kuih sagu ni... Memang senang, senang, senanggggg sangat buat kuih ni.. Tapi kalau korang nak tahu.. walaupun nak membuatnya senang...dah berpuluh tahun aku hidup, inilah first time aku buat kuih ni.. Kuih ni sebenarnya menjadi feberet anak pompuan aku yang sorang tu. Kat Mesia, kalau setakat dia yang nak makan kuih ni.. tak susah.. banyak kedai mak cik simpang yang menawarkan perkhidmatan menjual kuih ni... so..hulur duit singgit, dia bagi le 3 @ 4 ketul kuih ni... Dan kerja aku pun menjadi semudah A,B, C.... Bila dah berada jauh dari kedai mak cik simpang ni.. maka aku kenalah buat kuih ni utk anak kesayangan aku tu.. Kebetulan pulak permintaan kenkwan yang nak tengok aku buat kuih kaler MERAH.. Laaaagiiiii le bersemangat aku nak membuatnya...(w/pun sebenarnya aku pun tak confident nak buat..heeheh).. Ni kira agak2 je tau!.. Alhamdulillah menjadi gak kuih UMNO aku ni...

Aku pun tak dapat nak bagi sukatan yang betul sebab masa buat tu aku main agak-agak je... so, nanti korang adjust le ikut kesesuaian yer...


Bahan-bahannya:

  1. 400gm sagu biji (yang halus)
  2. 5-6 cawan air (aku agak-agak je)
  3. 2 cwn gula (lupa lah exactly, klu kurang manis tambah lah gula ye)
  4. sedikit pewarna merah
  5. kelapa + garam

Cara-caranya: Didihkan air. Bila dah mendidik, masukkan sagu. Kacau sentiasa utk elakkan sagu dari melekat kat periuk...Jangan lupa letakkan pewarna merah. Bila sagu dah kembang, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong dan digolek-golekkan ke dalam kelapa yang dah dicampur dgn sedikit garam...


OK, agak-agak boleh buat tak? Senang je kan bahan-bahannya? Bulan puasa ni elok jugak buat then, boleh lah pas kan kat jiran-jiran sebelah.. Panjang-panjangkan sedekah..ye tak?

~selamat mencuba~

Monday, 23 August 2010

IFTAR Lalor bersama Azni & Suzana

Hari ahad kami jemput keluarga Azni/Azlan dan keluarga Suzana/Sanusi berbuka puasa kat rumah. Diorang berdua ni antara insan yang paling awal aku kenal bila mula2 menjejakkan kaki di bumi Melbourne ni. Sejak akhir-akhir ni, kami jarang dapat makan bersama-sama di sebabkan kesibukan masing-masing dalam menimba ilmu di sini. Maklumlah diorg kan student. Aku pun student gak.. student punya isteri...Kami bertiga ni dah jadi macam keluarga sendiri. Jadi, aku rasa memang sesuai lah utk kami berkumpul semula pada majlis berbuka ni.

Aku sediakan ayam goreng, udang masak lemak berempah, sayur, sambal belacan dan kuih onde-onde (heheheh...hijau lagiii)... Manakala tetamu datang bawak puding kastad, bihun goreng dan rojak/pecal... Bila bulan puasa ni kan.. semuanya nampak cam sedap je...

~juadah berbuka~

~assistant aku kat dapur~

~pecal 10 Black St~
~makan time~
~Baby Melben...Mukhlis~
~Ikhlas.... kesayangan suami aku~

~maya, buah hati suami aku~
~ni anak kesayangan aku, Amani..pipi sama kan?~
~Inilah kami... Charlie angles Bundoora..hahah~

Sunday, 22 August 2010

KUIH KETAYAP @k@ KUIH GULUNG


Hari sabtu baru-baru ni kami dapat jemputan berbuka puasa di rumah pasangan Rizal dan nazura... Ye!!!! cuti masak... aku suke, aku suke....

Alang-alang dah tak payah nak masuk lauk, aku pun merajinkan diri buat kuih ketayap utk di bawa ke rumah mereka.... Kuih yang senang..aku ni asyik buat kuih yg senang2 je kan?.... balik, balik kaler hijau.... patutlah rajin..heheheh. Tapi sorry la..sbb terpaksa buat kuih kaler HIJAU lagi... Kira penutuplah utk kuih yang berwarna hijau bagi minggu tu... tp tak janji k...

Sebab kuih ni senang jadi, dgn senang hatinya aku bagi resepi ni kat entry kali ni...

Bahan-bahan dan cara-cara:
  1. 1 cwn tepung gandum + 1 2/3 cwn santan + 1 biji telur+sedikit garam + 2 sudu minyak masak....(masukkan semua bahan tadi ke dalam blender dan blend sehingga sebati. kalau pekat blh tambah sedikit air). Kemudian masak macam buat lempeng.. kalau boleh guna kuali yang non-stick, lagi senang.

  1. untuk inti: masakkan kelapa dengan air gula (gula pasir atau gula melaka) sehingga kering. kalau dapat kelapa yang muda sikit lagi sedap. Masukkan inti dan gulung macam buat kuih popia.

Ok, Inilah kuih yg dah siap....selamat berbuka puasa buat semua yee.....




Saturday, 21 August 2010

Birthday suami aku.....

~Pulut kuning untuk suami tersayang~

Jumaat (20/08/10) besday suami aku... aku dpt idea nak buat pulut kuning utk surprise kan dia. Kebetulan kitorg berbuka kat Uni, then bolehlah bawak sekali untuk berbuka bersama pelajar muslim lain yang terdiri dari berbagai bangsa. Dapat lah diorg merasa makanan special orang Mesia...hehehhe... (sebenarnya ni peberet aku). Aku buat 2 biji pulut kuning ni.

Aku dan anak-anak plan nak bawak pulut kuning ni kat pejabat suami aku n nyanyi lagu "Happy Birthday To You"... So kami pun pergi le terjah ke bilik kerja suami aku dannnn.... 'Seperaissseee'... Kitorang 3 beranak pun nyanyi le lagu tema tu... terjerit2 la kitorang kat situ.. sib baik xde org kat ofis tu..heehe... cepat2 ambik gambar n terus bergegas ke surau untuk berbuka puasa....

~Surprise!!!!~
~senyummmm~
~yg 2 org tu lak lbh2~
~aku pun nk interframe gak..hehehe~

Kat bawah ni sekitar majlis berbuka kat surau La Trobe University... Sempat gak posing okay!...




Hari sabtu (21/08/10) tak yah penat2 nak masak sebab dapat jemputan dari Rizal n Nazura... Ajak berbuka kat rumah dia.. emmmm best..best..best....

Thursday, 19 August 2010

IFTAR~Kat rumah Faridah

Hari Rabu aku dan Wati dapat jemputan berbuka puasa kat rumah Faridah.. Suka, suka, suka... tak yah masak...hehehe.. Tapi aku pergi rumah dia taklah berlenggang kangkung je... Aku buat karipap pusing. Yang seronoknya, the tuan rumah pun menyediakan pelbagai masakan. Kerabu perut, ayam masak kicap, kari daging, sayur peria berlada dan bubur cha-cah.. Emmmm sangat sedappp!!!

~kerabu perut spesyel~
~macam2 juadah yg disediakan~
~kuih lapis Wati~
~karipap yang aku buat~

~host hari ni~

~Hanish n the pinky girls~



Wednesday, 18 August 2010

SAGOO DELIGHT!!!

Sebut je nama Sagoo Delight ni nampak macam grand lah pulak. Sebenarnya kalau sebut nama melayunya ialah Sagu Gula Melaka.. Emmm tak glamer pun..Nak kata kuih ni terkenal kat Melaka, emm rasanya tak jugak.. Yang pasti, ianya menggunakan air gula melaka..
Hari ketiga puasa aku menjemput kawan datang berbuka kat rumah. Tak tahu nak buat kuih apa. Tetiba datang idea untuk buat kuih sagu ni. Kebetulan pulak bahan-bahannya ada kat rumah jadi aku buat keputusan utk buat kuih ni je. Kuih ni pun senang dan simple je. Dan yang penting rasanya juga SEDAAPP...
Bahan-bahan dan cara-caranya:
  1. Sagu (400g)
  2. air secukupnya (aku agak2 je... dlm 5-6 cawan kot, kalau tak cukup air, blh tambah je semasa di atas dapur.. Next time aku sukat air betul2 ok.). Bila sagu dah masak, letakkan dalam loyang, sejukkan..
  3. Sediakan air gula melaka
  4. santan (aku akan masak santan ni dulu supaya tak basi dan letakkan sedikit garam)
p/s: sebenarnya kuih ni kaler plain je...saje je aku letakkan paste pandan, supaya ianya nampak cantik dan tertarik...

~boleh masuk kat dlm bekas ni~

~keluarkan dan letak dalam pinggan~

~sediakan santan dan air gula melaka~

~sedia untuk di makan~
Macam mana? Agak-agak boleh buat tak??..All the best to you all..



SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Kalau semalam aku dah bercerita pasal sambal hitam, apa kata hari ni kita tengok pulak sambal tumis ikan bilis versi aku yang berada jauh di perantauan ni? Sebenarnya sambal tumis ni tak lah sehebat mana pun, tapi kekadang ianya boleh mengalahkan rating daging masak merah ataupun ayam masak halia tau! ..betul tak? Nak nak pulak bila berada di bulan puasa ni, lagi lah nampak macam menyelerakan. Jadi aku upload gambar ni supaya korang semua dapat idea untuk menu berbuka puasa atau pun untuk bersahur. Jadi, dipendekkan cerita.. aku rasa korang takyah lah beli sambal tumis ni kat bazar ramadhan yer, sbb ianya tersangat lah senang untuk membuatnya.

Kalau nak citer pasal bahan-bahannya, emmm memanglah senang sangat. Aku pun tetiba segan lah pulak nak tulis resepinya kat sini.. Tapi takpelah lah ek... aku nak gak tulis resepinya.. Cuma masalahnya, aku tak berapa nak pandai letakkan sukatan yang betul sebab selama ni aku main campak-campak je (make sure kalau nk campak tu kena betul-betul masuk dalam kuali okay!!)... Lagi pulak, bahan-bahan yang kita sediakan mestilah mengikut sebanyak mana yang kita nak masak tu..Jadi korang semua adjust la ikut kreativiti memasing yer...


Bahan-bahannya:

  1. Ikan bilis (lbh kurang semangkuk... emmm mangkuk besar mana ek? jangan korang guna mangkuk nasi tambah dah ler... Agak2 200gm kot)

  2. cili kisar (jgn guna cili boh, pastikan guna cili kering yg dikisar halus- agak2 sesuai dgn jumlah ikan bilis..hehheeh... dalam 2,3 senduk)

  3. 5 ulas bwg putih

  4. 2 biji bwg besar (sebiji ditumbuk/dikisar bersama bwg putih, sebiji lagi dimayang)

  5. petai (pilihan-xde pun xpe)

  6. asam keping (blh ganti asam jawa)
  7. garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:


Ikan bilis digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. Sediakan minyak untuk menumis..(pastikan berpadanan dengan bahan tumisan tadi yer). Kemudian tumis cili, bwg putih dan bwg merah yang sudah dikisar. Bila bahan tumis dah betul2 masak, masukkan petai, ikan bilis dan bwg besar yang sudah di mayang tadi. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya... Dannnn...SIAPPPP!!!


~SELAMAT MENJAMU SELERA~


KUIH LOPES Mindoro Crescent...

Semalam, aku jemput Asra dan Faridah berbuka kat rumah aku... Fikir punya fikir, maka keluarlah idea nak buat kuih lopez d' squera ni. Bukan apa, time jemput kenkawan barulah boleh buat kuih ni. Kalau setakat kitorang anak-beranak je nak makan, tak berbaloi dengan penat membuatnya. Kalau dah ramai-ramai berebut, kuih yang tak sedap pun nampak macam menyelerakan je. Ye tak?Kalau nak tahu, ni first time aku buat kuih ni. Menggigil jugak lah kepala lutut aku ni. Takut tak jadi hahaha...
Dan..akhirnya, inilah hasilnya. Selepas kuih ni siap, terus je aku upload kat Facebook. Saje je nak bagi kenkawan aku merana bila tgk kuih ni...(Teruknya aku ni kan?)..Alah..bukan apepun... at least aku bagi idea kt diorg utk beli apa kat bazar ramadhan petang tu kan... Kira ok lah.





Yang ni menu berbuka kitorang. Ayam masak merah, dalca daging, sayur goreng dan sambal ikan.

~Hanish yang datang bersama mama & babah die~

~Marissa datang dgn mummy, daddy dan mak teh die..~