Assalamualaikum...... Salam 1 Malaysia..... Hai kenkawan...masak apa ye tengah hari tadi? Pening kan nak pikir pasal masak ni.. Nak nak pulak bila dah balik kerja kepenatan. Otak takleh berfungsi untuk fikir pasal lauk ni. tu la yg terpaksa ambik jalan mudah, beli je kat kedai sempang. Setle masalah. Esok pikir lagi, dan lagi dan lagi.... bila nak selesai ye? Kenkadang kita ni..bila dah selalu sgt pekena lauk beli ni..ada masak dah takleh nak masuk kat saluran tekak ni. Jemu jugak kan. Sebab tu la, gagahkan jugak masak something yang simple-simple...yang mana termampu. Kebetulan hari tu (masa aku masak lauk ni)..ada sikit terung pipit lebih-lebih kat pokok, sebelum aku cantas habis pokoknya... Bukan apa, buat semak je, pulak tu duri-duri pokok tu rasa macam mengganggu laluan je... Teringat aku kenangan masa kecik-kecik. Pokok terung ni banyak tumbuh liar kat belakang rumah aku kat kampung. Abang aku dan kenkawannya akan jadikan buah terung ni sebagai peluru kat senapang kayu hasil buatan diorang. kreatif kan... tapi kalau sekali diorang tembak..fuhhh..serius..memang sakit woooo!!! Kekadang, arwah mak aku akan petik terung ni untuk dimasak bersama ikan bilis.. Rindunya pada kenangan tu..rindu jugak pada masakan mak aku...
Hari ni, aku masak sambal tumis ikan bilis bersama terung pipit a.k.a terung manggo. Buat pun tak banyak, yelah kan..budak-budak sekarang mana tau makan terung ni. Nampak sangat macam aku je yang makan lebih..hikhikhik.... Nak buat sambal tumis ni tak susah... yang penting kena ada sedikit kerajinan..kan kan kan?
Sambal tumis terung pipit
Bahan-bahan;
Secawan terung pipit
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar-dimayang
5 ulas bawang putih*** ditumbuk
3 ulas bawang merah*** ditumbuk
1 senduk cili kisar
sedikit air asam jawa/ sekeping asam gelugor
gula dan garam secukupnya.
minyak untuk menumis
Cara-cara:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. angkat dan ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan cili kisar.
Biarkan cili betul-betul masak.
Kemudian, masukkan ikan bilis, bawang besar, air asam jawa, gula dan garam.
Akhir sekali masukkan terung tadi dan biarkan seketika. Kaup balikkan terung bersama ikan bilis tadi. Tutup api, dan sedia untuk dihidang...
SELAMAT MENJAMU SELERA YE!!!!!!
IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
▼
Friday, 27 January 2012
Tuesday, 17 January 2012
Roti Sosej
Assalamualaikum... dan salam sejahtera buat semua... Hari ni aku nak masukkan entry yang dah seminggu diperam tapi tak sempat2 nak post. Aku buat sosej salut tepung ni untuk anak-anak bawak bekal ke sekolah. Ye lah kan..anak-anak dah biasa dgn budaya bawak bekal semasa mereka bersekolah di Melbourne. Lecehhhh katanya nak beratur berebut-rebut beli makanan kat kantin. Sudahlah masa rehatnya singkat sgt, bila masa nak beratur beli makanan, dan bila masa pulak nak makan..Emmm betul jugak..Kesian kat anak-anak aku ni... Takpelah, biar lah mama berkorban masak sesuatu dari air tangan mama ye...(tapi, taklah tiap2 hari blh buat camni...)..So jalan penyelesaiannya, bawak bekal. Aku la yg pening, tiap2 malam sebelum tidur dok pikir, anak-anak nk bawak bekal apa keesokkan harinya. Semasa aku plan nak buat roti sosej ni, maka terpaksalah aku bangun seawal jam 5 pagi untuk uli tepung ni. Ala-ala buat donut la kan. Tapi kan..nasib baik la ada mixer, 2 minit je dah siap. kalau tak, terpaksa guna jari jemari aku yang halus mulus ni untuk uli tepung. hehehe.. Jom kita tengok resepi sumbangan dari kawan aku ni ye.. Mekasih Junaini, sbb bagi resepi ni... Jom layan gambar2 yang aku sempat snap pepagi buat tu ye....Beserta resepinya ye...
Sosej bun
Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
1/2 peket yis mauripan
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan air suam
2 sudu besar butter
sosej secukupnya
Cara:
1. Masukkan yis dan susu dalam air suam..Biarkan sekejap sehinggan berbuih.
2. Gaulkan butter dgn tepung. Masukkan air yang dah berbuih tu ke dalam tepung.
3. Uli sehingga menjadi doh. Bahagikan doh kepada 10 bhgian.
4. Balut sosej dgn doh tadi. .
5. Goreng dgn api sederhana sehingga masak ataupun kekuningan...
6. Sedia untuk dihidang....
Thursday, 12 January 2012
Cempedak Goreng
Assalamualaikum.... Ada lagi ke yang belum tido? Eh..nampaknye aku je yang dok ketik ketik ketik kat depan keyboard ni lagi.. Orang lain dah zzzzzzz kot...... Badan ni pun sebenarnya dah rase letih sangat dah...mata pun layu je....Seminggu ni memang rasa penat betul.. Maklumlah..baru mula kerja kan... Nak setting balik dan nak sesuaikan diri dgn budaya kerja yang telah hampir 3 thn berehat... Penat..penat..penattt!!!!!!!!! Itu je yg blh aku katakan buat masa skrg ni.. Harapnya dalam seminggu dua ni aku dapat biasakan diri dengan rutin baru ni. Dalam pada tu, tetiba rasa cam nak makan cempedak goreng la pulak. Dalam pada penat pun, selera tak pernah pulak kurang..adoiyaiii....Itu yang tak lengah lagi beli cempedak kat pekan masjid tanah... Emmm..memang tak menghampakalah..memang sedappp...... Jom layannzzz gambar2 kat bawah ni... Ok lah..sebagai penutup untuk hari ni.. Semoga aku dapat update blog ni lagi selepas ni... Selamat malam buat semua!!!
Tuesday, 10 January 2012
Spiral pasta with speghetti sauce
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...sebab dah ada di bumi Malaysia, kalau dibumi Melben, kena lah cakap salam satu Melbourne kan.... Apapun, didoakan agar kalian semua sentiasa di dalam perlindungan Allah hendaknya..Aminnn...
Hari ni aku nak share resepi ala-ala western sikit....tapi versi orang melayu punya ye.. Spiral pasta and speghetti sauce... okay tak namanye... Emmm sebenarnya aku nak tulis tajuk versi melayu tapi cam tak cantik pulak namanya... "Pasta skru berputar dengan sos speghetti". Eeeeeee cam kelakar je bunyinye kan..kan...hikhikhik...apa2 je lah..janji dapat share resepinya kat sini ye tak?
Aku buat pasta ni untuk breakfast anak2 sebelum pergi sekolah. Dah lama sangat diorang request nak makan pasta ni..aku saje je buat tak layan. So, hari yang dijanjikan, aku kuatkan semangat untuk masakkan pasta ni. Biasalah kan..kalau dah plan nak masak memasak sebelum pergi kerje, aku kenalah bersiap sedia dan bangun seawal jam 5 pagi. Dalam pada tu, lepas je memasak, aku sempat jugak curi masa untuk ambik gambar ni. Ye lah kan..masa kat melben selalu sangat masak pasta tapi tak sempat nak ambik gambar... Dalam keadaan tergesa-gesa, jadinya terhasil lah gambar2 di bawah ni..Jom layan resepi di bawah ni ye...
Spiral Pasta & Speghetti Sauce
Bahan-bahan:
1 peket spiral san remo (blh guna speghetti/angel hair/ makaroni dan sebagainya)
1 botol sos bolognese jenama Leggo's
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu cili blend
6-7 ulas bawang putih- ditumbuk
1 labu bawang besar-potong kiub
1 tin cendawan butang
1 batang karot*
1 biji lada benggala*
2 tomato*
**** potong kiub juga
400 gram daging kisar
minyak untuk menumis
1 sudu besar spice spegheti bolognese ataupun daun parsley ataupun italian herbs.
sedikit garam
Cara-cara:
1. Pasta direbus hingga empuk/kembang/cukup masak.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan cili blend hingga garing.
3. Masukkan daging kisar, dan biarkan air daging kering dan daging cukup masak.
4. Masukkan sos Leggo's, cendawan butang yang telah diracik, bawang besar, lada
benggala, karot dan tomato. Masukkan juga sos tomato dan sos cili. Kalau sos tadi
cukup masam, tak perlu letak sos tomato.
5. Perasakan dengan sedikit garam.. Masukkan juga herbs spt speghetti herbs
ataupun italian herbs..
6. Sedia dihidang bersama pasta kesukaan anda... TARAAAAAAAAAA!!!!!!!!
Friday, 6 January 2012
Orkid lahh.......
Salam satu Malaysia..... dan selamat malam semua... Sebenarnya, petang tadi, dalam aku merayau-rayau kat keliling umah aku, tetiba aku terpandang akan pokok2 orkid aku yg dah kurus kering dan hampir nak pupus. Kesian aku tgk keadaan yang tak terurus, kering kontang dan kurus-kurus je(tuannya aja yang belum kurus). Maklumlah 3 tahun tak di jaga. Dalam pada tu, terpandang jugak pada 2 kuntum bunga orkid ni. Masih sudi mengeluarkan bunga yang pada aku memang cantik warna bunga ni. Purple dan kuning. Jom layan gambarnya yang sempat di snap petang tadi..... (Nak mula cari spesies orkid baru)
Hari Pertama Sekolah........2012!!!!
~New Uniform~
~Say good bye to old uniform~
Assalamualaikum.... Emmmm berakhir sudah sesi persekolahan minggu pertama untuk tahun 2012 ni. Camane sibuknya budak2 pergi sekolah, macam tu jugak la dgn aku. Maklumlah, dah lama betul berehat kan.. Semuanya nak kena setting baru. Sebenarnya, ada 2,3 entry yang tunggu giliran untuk di publishkan. Hari2 rasa macam sibuk dan takde masa je. Bercerita berkaitan dengan Tahun baru ni, anak-anak aku dengan rasminya menjadi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Alauddin, Masjid Tanah, Melaka. Mereka memulakan langkah baru ke sekolah baru setelah hampir 3 tahun meninggalkan dunia persekolahan di Malaysia. Pastinya banyak perkara baru yang perlu mereka pelajari dan cuba untuk sesuaikan diri. Uniform baru, buku baru, subjek baru, sekolah baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru, guru-guru baru dan segalanya baru. Semoga anak-anak dapat menerima segala perubahan ini dengan sikap yang positif. Alhamdulillah...setelah 3 hari bersekolah, nampaknya anak2 aku cuba untuk membiasakan diri mereka dengan persekitaran yang serba baru ini. Ini memang betul-betul dikatakan cultural shock... hehehe..Ye la kan...dah sah-sah, subjek Bahasa Malaysia tak dipelajari di Melbourne. Tetiba anak bujang aku tanya... antagonis tu ape?, metafora??, sinopsis???....adoiyaiiii..banyaknye aku nk jawab....(aku pun sebenarnya taktau...hehehe). Hari pertama sekolah, aamira dah bagi laporan.."Kakak buat ejaan BM tadi betul 5 je daripada 25 soalan..." Mak Aiiiii!!! Lagi seram aku dengar.. susah sangat ke nak belajar subjek BM ni? Takpelah kan..baru hari pertama, memang la camtu. Lagipun dah lama tinggalkan ejaan berkaiatan dengan bahasa melayu ni.. Lama-lama sok, ok lah...insyaallah... Kalau dulu semasa di Melbourne, aku sering tekankan kepada anak-anak aku supaya banyak membaca buku Bahasa Inggeris.. nampaknya kali ni, kena suruh diorang ni banyakkan membaca buku Bahasa Melayu la pulak...heheeh...Pastinya, tugas dan tanggung jawab aku juga bertambah besar untuk memastikan anak-anak dapat mengikuti pembelajaran di sini dengan jayanya. Ya Allah, Ya Tuhanku...permudahkanlah bagi anak-anak aku untuk menimba ilmu ini...aminnn.... Semoga mereka cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat....~mesti anak2 aku rindukan uniform di melben~
~1st day, mmg nmpk semangat je...