Wednesday, 11 December 2013

Nasi Goreng Kerabu

Assalamualaikum...
 
Dah tengok gambar nasi goreng kerabu.. Agak2 terliur tak..Heheheh... Kalau perut dah full, xde maknanya nak terliur kan.. Ace kalau perut tengah berbunyi2..sure blh terliur punye... Ok la, sambil layan gambar2 kat bawah ni..jom kita tengok apakah bahan-bahan yg diperlukan utk membuat nasi goreng kerabu ni.. Yang bestnya, bahan2 asas untuk membuat nasi goreng kerabu ni, ada di backyard rumah aku je. Fresh dari tepi rumah aku. Bunga kantan kena beli la...

Nasi Goreng Kerabu:

Bahan-bahan (seperti dlm gambar)
Nasi putih secukupnya
daun limau purut
serai
cili padi
bunga kantan
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
kacang botol secukupnya/ boleh ganti dgn kacang panjang dll.
sedikit isi ayam
3-4 ulas bawang putih.. di ketuk
1 biji bawang sederhana besar -dimayang/potong kiub
garam secukupnya dan maggi cukup rase (suka hati nak letak ke tak)
sos tiram (kalau suka)--aku x letak pun.
minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak untuk menumis.. Agak2 la untuk menumis. Bila minyak dah panas, pecahkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
2. Bunga kantan, serai, daun limau purut dan cili padi dimayang halus macam nak buat bunga rampai. Cili padi tu agak2 la potongnya kan.
3. Potong juga kacang botol macam kat dlm gambar di bawah.
4. Tumis bawang putih dan diikuti bawang merah/besar.
5. Bila bawang dah naik bau, masukkan isi ayam. Kacau sekejap hingga ayam masak.
6. Masukkan cili padi dan bahan yang dimayang tadi.serta sayur kacang botol.
7. Masukkan juga telur yang dah digoreng tadi.
8. Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau sekejapppp je..dalam seminit je... xnak bahan dimayang layu sangat. 
9. Last sekali, masukkan nasi dan kacau rata. Rasakan dengan garam. hati2 kerana kiub ikan bilis dah masin. Kalau x cukup masin, baru lah letak sedikit garam. Hati2 ye... jangan masin sgt, nanti kena darah tinggi..
10. Kaup balikkan nasi tu biar serata. Tutup api dan sedai untuk dihidang...

Bahan-bahan yg diperlukan

bahan2 tadi dimayang halus...
ayam sebagai rencah
Taraaaaa....Inilah dia nasi goreng aku..hooyeehhh...

Jemput makan kawan-kawan...




Senangkan..Selamat mencuba ye....

Donut



Assalamualaikum.... jawab ye salam ni..
Terima kasih kepada smua kerana sudi singgah di blog Me, Myself & I. Hari ni aku nak share resepi donut. Sebut donut ni memang senang tp kalau silap buat donut akan keras dan bantat. Dan inilah yg menjadi masalah aku sebenarnya. Setiap kali buat donut, susah betul nak menjadi cantik. Kekadang aku buat sebijik2 macam arahan dari resepi di internet..akhirnya...bantat dan keras jugak donut aku.. Anak2 pun dah jadi fobia kalau aku buat donut sebab terpaksa makan donut yang tak berapa nak menjadi... Kesian kan..

Okay, setelah buat beberapa kali buat research (hehehe blh ke guna ayat ni) dari pelbagai blog, dan aku ubah suai mengikut kreativiti aku.. yang mana aku rase selesa la kan..Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada pemilik-pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan, blog Dari Dapur Kak Jee, dan blog CITARASA RINDUAN atas sumbangan resepi sebagai bahan rujuk aku.





Jommm kita tgk resepi donut versi aku ni.

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
11 gram dry yis
2 sudu besar butter/marjerin
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
300 ml air suam/ susu segar yg dipanaskan sekejap (suam)

Cara2:
1. Masukkan semua bahan, kecuali air/susuke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata supaya semua bahan bersatu.
2. Masukkan susu/air suam ke dalam mangkuk dan putar dengan kelajuan sederhana dan kemudian laju.
3. Pastikan adunan lembik sedikit..Maknanye, kalau pegang dgn jari masih lagi melekat.. kalau keras masukkan air sikit je..2,3 sudu. Putar lagi hingga semua tepung tak melekat pd mangkuk.
4. Biarkan rehat setengah jam supaya yis mengembang sekali ganda.
5. Selepas setengah jam, putar lagi dengan mesen pengadun dalam 1 minit supaya adunan mengecil kepada asal semula.
6. Buat bulat dan tebuk lubang dgn jari je supaya jadi macam bentuk tayar. Kalau nak tekap dgn acuan pun boleh juga. Kalau ikut aku.. lagi senang bentukkan dgn jari. Cepat dan senang. Tak payah nak canai dan terap bagai...
7. Bila dah buat macam tayar tu, rehatkan la dalam 15-20 minit ataupun bila donut dah menaik  seperti gambar kat bawah tu. Pastu boleh la digoreng ye...
8. Donut yang sudah siap, boleh di salut dgn gula caster. kalau suka manis, boleh juga disapu dgn glaze ataupun coklat yang telah dicaikan. Hiaslah mengikut kreativiti memasing.



donut sebelum kembang, selepas kembang dan selepas digoreng.


 Inilah dia bahan2 yg diperlukan utk membuat donut.




Selamat menikmati keenakan donut pelbagai rasa. Enjoyyy!!!!

Thursday, 5 December 2013

Kuih Tapak Kedidi


Assalamualaikum...
Lama betul aku tak update blog ni.. rindu sesangat tp apa kan daya, kesibukan melanda membataskan niat aku ni. Sempena cuti sekolah ni, sebolehnya akan ku coba utk mengupdate blog ni. Harap2 nya ia bukan hangat2 taik ayam je. Caiyokkkk..... 

Ok, berbalik kita kepada kuih tapak kedidi ni. Kuih ni pada aku terkenal di negeri Pahang. Ye la kan, Arwah mak org Pahang. Di negeri lain belum pernah aku jumpe kuih ni ataupun yg seakan-akan dgnnya. Kuih ni diambil nama sempena tapak kaki burung kedidi. Nampak tak gambar kuih ni ala2 tapak kaki burung? Tak taulah pulak kenapa tak diletakkan nama kuih tapak merpati, ataupun tapak puyuh. Kuih ni memang menjadi kuih peberet aku sejak kecik. Setap kali menjelang bulan ramadhan, arwah mak tak akan ketinggalan utk membuat kuih ni utk juadah berbuka puasa. Arwah mak memang sangat rajin buat kuih2 tradisional ni. Juadah ni pastinye akan dihantar ke rumah jiran2 utk bertukar juadah berbuka puasa. Tapi kenangan tu terlalu jauh aku tinggalkan. Arwah mak telah meninggalkan aku sejak aku berumur 12 tahun lagi. Sejak itu aku merindui masakan mak aku terutama kuih2 tradisi yg sangat susah utk diperolehi di kedai2 ataupun pasar malam. Salah satu kuihnya ialah kuih tapak kedidi ni. kuih ni, memang x pernah jumpe di pekan sehari maupun di pasar malam. Nak tak nak, kena lah buat sendiri. Oleh kerana mak aku tinggalkan aku sejak kecik, x banyak sebenarnya ilmu masakan yg aku perolehi maklumlah, umur 12 thn, akal pun belum ada lagi. Namun aku mewarisi bakat semula jadi arwah mak. Rajin memasak..heheh yeke? Untuk dapatkan resepi2 tradisi ni, kakak aku adalah menjadi pakar rujuk aku. Tima kasih kak.. Baru2 ni pernah aku terlihat di dalam rancangan Majalah 3, ada ditunjukkan kuih ni yg dibuat di daerah pekan. Bahan2nya sama, cuma bentuk dan nama saje berbeza. Nama kuih di Pekan tu ialah kuih lesung batu, dimana ia dibuat bulat2 dan berlubang di tengah seperti lesung batu. Aku sangat pasti yg kuih ni sama macam kuih arwah mak aku, cuma bentuk je berbeza. dan meyakinkan aku yg kuih ni terkenal di negeri Pahang je. Hidup anak Pahang!!!

Sekarang, kuih ni juga menjadi peberet anak2 aku dan menjadi kewajipan akulah kan, setiap kali bulan ramadhan, aku akan buat kuih ni utk aku dan anak2. Biasanya, seminggu dua sebelum ramadhan, anak2 akan sebut kuih2 yg wajib dibuat di bulan puasa. Kuih tapak kedidi tidak terkecuali....wajibbbbb buat....

Jommm..kita intai2 apakah bahan2 yg diperlukan utk membuat kuih tradisi ni.

Kuih Tapak Kedidi 
A)
Tepung pulut 
Garam
Air

B)
gula pasir

C)
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
sedikit garam

D)
Daun pisang
sedikit minyak

Cara-cara:
1. Daun pisang dilayur dgn api terlebih dahulu supaya tidak mudah pecah. Kemudian di potong bulat mengikut saiz loyang. Kemudian sapukan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat. 

2. Satukan tepung pulut secukupnya dgn sedikit garam dan bancuh dgn air seperti membuat kuih melaka. Canai doh dan tekap dgn acuan bulat. letak sedikit minyak pd papan canai dan alat utk mencanai. Ataupun letak sedikit minyak di atas doh sebelum dicanai. Dulu arwah mak guna penutup lampu suluh. zaman sekarang mana ada pakai lampu picit lg kan.. So, carilah acuan yg berbentuk bulat. tekap seperti gambar di bawah.

                                             

Kemudian buat seperti bintang macam gambar di bawah. Lepas tu susun cantik2 kat dalam loyang yang telah di isi dgn daun pisang.




Bila dah siap susun dalam loyang, masukkan 1/2 camca gula kat dalam bintang tu.


Di dalam mangkuk lain, bancuh tepung beras dgn santan. Masukkan sedikit garam. Agak2 masin sikit supaya naik lemak santan bila dah masak nanti. Buat macam kuah kuih badak berendam. Santan yg dibancuh dgn tepung beras tadi di tuang ke dalam kuih di dalam loyang. sebelum tu, jangan lupa panaskan air di dalam kukusan. Bila dah tuang santan tadi, masukkan loyang di dalam pengkus dan kukus lebih kurang 5-6 minit ataupun hingga kuih masak. air santan akan pekat sedikit bila sudah masak seperti gambar di bawah. 



Taraaaaaaaa.... kuih sudah sedia utk dihidang. Selama menjamu selera!!!

Saturday, 19 October 2013

Blog warm up 2013




Kenangan hari raya Aidil Fitri 2011 di Melbourne

Assalamualaikum.....
Testing..testing, testing!!!!!!!!!!!!...Adoiyaiiiii...Hampir setahun aku tak update blog ni.. Kalau rumah ditinggalkan setahun, dah tentu berhabuk, bersawang, bertaik cicak dan macam2 lagi.. Macam tu jugak la dgn blog ni yg hampir setahun tidak dikemaskini. Dah macam rumah tinggal je aku tengok ,suram dan muram.. Silap silap dah ada penghuni baru tak?? eeeeee serammmmmm!!!!... Ntahla...nampak mcm sibuk je kan.. Hari ni aku kuatkan semangat, tenangkan jiwa raga untuk tengok2 balik blog ni. Bukak tingkap untuk naikkan seri balik..heheheh, Macam masuk rumah lama pulak.

Insyaallah will try to update the blog lepaih ni... catatan peribadi, resepi2 masakan dan pelbagai... Doa2kan ye.... sekian, wassalam..

Kat atas tu adalah gambar kenangan kami berposing semasa raya dibumi melben... ahhhhh...I miss melben sooo much!!!