Sunday, 9 May 2010

Happy Mother's Day to me!!!!

Hari ni adalah hari yg amat istimewa buat semua insan yg bergelar ibu. Sambutan hari ibu di seluruh dunia lah kira-kiranya. Ianya disambut pada hari ahad minggu kedua pada bulan Mei. Al-fatihah buat arwah mak aku yg dah tinggalkan aku sejak aku berumur 12 thn lg. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah hendaknya. Sejak itu aku tak dpt merasai sentuhan kasih sayang dari seorang insan yg bergelar ibu. Bersyukurlah buat insan2 yang masih mempunyai ibu.

Anyway, hidup mesti diteruskan. Hari ni aku, Faridah n Wati saja2 plan nak buat majlis makan2 sempena meraikan hari bahagia kami. Sepatutnya hari ni kaum ibu blh bersenang-lenang, tp apakan daya,...... Ermmmmm saja je kami nk buat makan2 nk masak spesel di bumi melben ni..sbb tu kami sengaja pilih hari ni sempena hari ibu. Kalau kat Malaysia dah tentu boleh pilih tempat2 makan yg special.

Awal-awal lg Faridah n Wati dah datang rumah aku utk menyediakan beberapa menu yang dah pun kami senarai putih kan sebelumnya. Nak tau menunye? Kambing BBQ, sambal sotong, sup ayam dan sayur for our lunch manakala laksam pahang for minum petang. So sapa lagi yang akan bertungkus lumus kalau bukan kitorg kaum ibu yang pakar dalam bab masak memasak ni. heeee. Selesai saje aktiviti memasak....ape lagi kaum bapak dan anak2 terus je serbu. Katanya nak try test masakan kitorg sedap ke tidak.. Ada pulak macam tu.. Sure sedapnye.. takyah nak test test...hehehe


~kambing BBQ~
~Wati n Faridah~
~tuan rmh~
~menu makan tengahari~
~Laksam~
~juri jemputan~

Selesai makan-makan, borak-borak sambil tgk tv. Lepas tu makan lagi..

No comments:

Post a Comment