Tuesday, 29 June 2010

Belajar Istilah Baru di Oz

Bila aku dah berada di bumi asing ni, maka banyaklah perkataan baru yang sememangnya begitu asing jugak dengan aku... Banyak juga istilah2 baru yang aku kena biasakan selepas ni... Kalau dulu aku biasa dengan Lembah Keramat, Taman Bidara Indah, Masjid Tanah, dan sebagainya, tapi sekarang ni aku kena biasakan menyebut perkataan seperti Thomastown, Mill Park, Reservoir, Heidelberg, Broadway, Bell St, dan macam-macam lagi.. Nak tergeliat jugak lah lidah aku bila nak sebut benda-benda ni... Tapi tempat yang aku tinggal ni pulak dah macam dok kat Mesia je, sebab namanya pun macam senang je nak sebut... Alamat rumah aku 22 Mindoro crescent, Lalor. Tempat yang aku tinggal ni, ramai juga masyarakat muslim. Melalui pemerhatian tak rasmi aku lah kan,,... rasanya diorg ni terdiri daripada orang Turki, Albaniah, Somalia, Arab, Lebanon dan juga Afrika Selatan. Kedai2 yang menyediakan makanan HALAL pun tak susah...Lebih-lebih lagi untuk dapatkan bekalan daging halal. Kiranya dalam 5-6km, aku boleh dapatkan 4 buah kedai yang menjual daging Halal.... Selain tu jugak, terdapat kedai-kedai yang dimiliki oleh orang-orang Vietnam yang menjual dan membekalkan makanan untuk orang Asia. Kalau setakat nak dapatkan maggi, sos cili, sos tomato dan beberapa product Malaysia, memang tak susah. Bawak je duit...semua boleh dapat.

Mula-mula aku sampai kat oz ni aku cam susah hati je... Takut je susah nak dptkan bahan-bahan mentah dan yg pentg makanan halal... Siap buat plan kononnya dok kat sini kena belajar makan roti je. Rupanya, kat sini lagi byk syurga makanan.. Lagi meriah.. Kat Malaysia pun tak semeriah itu. Ingatkan dapat lah aku kuruskan badan bila berada di sini..emmmm tapi sebaliknya berlaku... lagi makan tak ingat dunia... Hilang program dan hajat nak berdiet... Apa taknya suami aku datang sini, siap bawak tukang masak mesia tuu..... So, sebut je apa nak makan, gerenti dapat punya kan...

No comments:

Post a Comment