Sunday, 27 June 2010

Life In Oz....Misi Mencari Rumah Sewa...



Seminggu berada di bumi Melben ni, betul2 menguji kesabaran aku. Bayangkan, suhu seminggu tu sekitar 38 C-48 C... Paannnaasss!!!!

Hampir setiap hari juga kami cuba mencari rumah sewa. Lecehhhh betul..! Dalam hati, sentiasa berdoa semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami di sini. Tak seperti di Malaysia, bila tengok rmh, berkenan dan terus boleh masuk rumah pada hari yang sama.. di sini pulak lain caranya... Pertamanya kita kena mencari-cari di dalam internet dengan bantuan En Google dan cari rumah2 yang diiklankan utk di sewa.. pastu kena buat inspection dulu (tengok rmh), itu pun tak boleh sesuka hati je nak datang pukul berapa.. kena ikut time diorang...Kalau appointment tu jam 4.10-4.20 ptg so kita kena tunggu depan rmh yang dibuka untuk inspection.. kalau lambat atau terlepas masa tu, ejen terus balik dan tak layan kita... lain rmh, lain pulak masa inspection dan lain pulak ejen hartanahnya. Kalau masa untuk membuat inspection bertembung, makan kami terpaksa lah melepaskan salah satu daripadanya. Nak dapatkan rumah sewa mesti melalui ejen je. Tak boleh terus deal dengan tuan rumah. Malah, pemilik rumah pun kitorg tak kenal. Mereka akan serahkan kepada ejen utk menguruskan segala-galanya. Dalam cuaca yang extreme panasnya tu, terpaksalah kami terkejar2 ke sana ke mari untuk membuat inspection rumah. Memang leceh dan kena peka kat mana ada rumah yang ada buat inspection.

Dan.. org yang setia membawa kami mencari rmh sewa ni sudah tentu lah Hamzah dan Fiza. Sebab diorg ni dah memang arif dgn selok belok tempat ni. Bila dah tengok rumah, sebelah malamnya suami aku akan pulun pulak mengisi borang. Dah banyak borang permohonan yg kami isi, tp satu pun tk dpt jwpn lagi. Ni yg buat aku stress setiap hari.. Maklumlah.. duduk rmh org.. aku tak selesa nak menyusahkan tuan rumah.. Boleh naik migrain dibuatnye..Memang betul-betul menguji kesabaran aku. Tapi aku patut bersyukur kerana kawan aku ni memang baik sesangat. Cuma aku je yang tak sampai hati sebab takut menyusahkan dia sebab lama sgt menumpang di rumahnya. Untuk Azni... Terima kasih banyak2 ye. Segala budi baik mu akan ku ingat sampai bila-bila.. Insyaallah...

30 Januari 2009, baru lah dpt panggilan telefon dari ejen.... kami dah dapat rmh untuk di sewa dan boleh mula masuk rumah bermula 2 feb. Memang happy sangat.. Tapi kan, ada satu perkara yang korang patut tahu... Bayaran sewa rumah kat OZ ni tak seperti di Malaysia... RM250-RM300 sebulan. Berbeza dengan di sini di mana sewanya adalah AUD250-AUD350 seminggu. Bayaran sewa rumah kami ialah AUD 260 seminggu dan kalau nak di darabkan dgn 4 minggu lbh kurang $1200 sebulan. Kalau kita sesaja nak convert kepada Ringgit Malaysia lbh krg RM3600 sebulan... Wowww!!! tu dh kira org kaya kt Malaysia je yg sewa rumah semahal tu kan..... Tapi inilah kehidupan aku di bumi Australia ni.. Kehidupan harus diteruskan...

Inilah rumah yang kami duduki sepanjang pengajian suami aku di bumi Melbourne ni... Cantik tak????


~22 Mindoro Crescent, Lalor~



1 comment: