Friday, 13 August 2010

Pertama Kali Buat SUSHI






Dah lama aku teringin nak buat sushi ni. Tapi selalu je masa membataskan. Pantang tengok org buat sushi, sure aku mintak resepi... hehehhe.. Kalau kitorg pegi mana2 dan nampak sushi, selalu jugak lah beli. Tapi itupun nak kena tengok samada sushi tu halal ataupun tidak. dan biasanya anak2 akan merasa hampa sbb kebanyakan memang tak halal. Ini juga menjadi salah satu sebab aku nak sangat belajar buat sushi ni.

Hari isnin lepas (9 Ogos 2010), setelah di asak oleh anak2 yang menuntut janji, maka terhasillah buat pertama kalinya sushi versi aku ni. Emmm bila dah siap, rasa cam ok gak sushi yang aku buat ni.. Rasanya standard cam kat kedai dah pun... Hehehe...Sori sbb aku selalu puji diri sendiri..kesian kat aku kan? Ye lah kan.. takkan la aku nak paksa org puji pulak.. tak gitu?

Rupa-rupanya tak lah susah sangat nak buat sushi ni. Cuma bila berada di perantauan ni kita cuma perlu teliti dengan bahan mentah yang hendak di beli. Kena pastikan ke'halal'annya dulu...

Kat sini aku nak sertakan sekali resepi membuat sushi. sebenarnya resepi ni aku mintak dari kawan jugak. So kita panjang-panjangkan ilmu yang ada kan....

Mula-mula kita kena sediakan beras sushi dulu.. Bila beli beras, kat belakang pembungkus disertakan cara-cara utk masak nasi menggunakan beras sushi tu... Ikut je arahan kat situ. Bila nasi dah masak (masa panas-panas), campurkan dengan sedikit rice vinegar. Emmm sebelum tu, terlebih dulu rice vinegar tu masak kat atas api sederhana. Masukkan 2 sudu gula dan sedikit garam (ikut sukatan beras yang dimasak). tak perlu mendidih, angkat bila gula dah cair.. tunggu suam-suam sikit baru gaul dengan nasi yg panas tadi..eh betul ke ayat aku ni?.. Kat Melbourne ni aku rasa ada satu je rice vinegar yang halal. Brand Classic Asean....Lepas tu sediakan tuna dlm tin, mayonese dan timun @ avocado @ salad dan yang seangkatan dengannya. Dipendekkan cerita, gaul tuna bersama mayoneese tadi.Kalau nak bentuk sushi ni, sepatutnya kena ada tikar yg disediakan khas utk buat sushi.. tp kalau xde, agaknya blh gak modified guna kertas tebal kot... Dannnn.... yang paling penting, kenalah ada seaweed utk menggulung sushi ni nanti...Emmmm.. rasanya nak buat sushi lagi senang dari mengarang ayat ni....

Cara-caranya:
1. Inilah rupa tikar untuk membuat sushi tu... Awas... bukan tikar yang korang buat duduk tu tau!!2. Letakkan seaweed di atas tikar tu, diikuti dengan nasi, tuna dan avocado(opsyen).... blh guna salad lain..3. Lepas tu, gulung sushi kemas-kemas...

4. Inilah sushi yang telah siap digulung... Emmm... ada nampak macam lemang tak?

5. Sushi dari pandangan atas.. (tengah mabuk nak snap gambar je ni...)
7. TADAAAAAAAAAAA,....... Sushi yang sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba ye tuan puan sekelian.... Wasalam...

No comments:

Post a Comment