Tuesday, 28 September 2010

~Memori beraya di Melben 2010~


Mesti korang terkejut tetiba je gambar raya ni terkeluar kan. Bukan apa, masa aku belek2 gambar2 lama ni aku ternampak pulak gambar ni yang aku belum sempat upload masa raya tahun lepas. yelah kan...nanti bila dah ada di malaysia, gambar2 ni dah jadi memori bila kita tgk2 balik kan....Tup tup dah nak masuk raya balik dah pun.... Emmmm.... berapa byk open house yang aku buat ni kan?... sebenarnya ni bukan dikira open haus... kenkawan yang nak beraya kat rumah aku. So, aku plan satu hari untuk kumpul grup yang belum datang ke rumah aku lagi...Tarikh gambar ni di ambil 22 September 2010... jangan terkejut tau dengan kemunculan gambar2 raya ni.... Sekadar bagi peringatan pada sesape yang belum ganti pose, ahahahah...boleh tak statement camni?

~penyeri meja~
~menu hr ini.... ketupat, rendang, kuah kcg, bihun,
trifle, kek kukus, biskut topi n cup cake~
~bihun~
~saje je nk penuhkan N3 dgn gambar ni~
~first time buat trifle kt melben ni~
~rendang ayam aku~

Antara yang hadir
~fmly pak tam~
~wan~
~man in action~
~sha n effi~






Churros... (Spanish Doughnut)

~Inilah rupa spanish doughnut@ churros ~

Kalau nak tahu, churros ni adalah sejenis donut gak.. Kiranya Spanish doughnut lah kan.. Aku belajar makan donut ni pun sejak dok Melben ni. Dan rasanya memang sedap lah bagi tekak aku yang tak pernah nak tolak makanan...Kalau keluar ke city, sah-sah aku akan beli doughnut ni... Tapi sekarang aku tak payah nak beli lagi spanish doughnut ni sebabnya aku dah tahu buat..hehehe... Ucapan terima kasih patut aku berikan pada kawan aku, Zanita di atas sumbangan resepi ni...


Bahan-bahannya:

100gm butter

250ml air

1 cawan tepung gandum

secubit garam

sebiji telur


Cara-caranya:

butter + air + garam = masak sehingga butter cair dan mendidih. Tutup api. Masukkan tepung ke dalamnya. Kacau sehingga tepung sebati (Masukkan tepung ketika air tadi masih panas)... Kemudian masukkan telur dan kacau lagi. Adunan ni lembik tak macam donut biasa okay. Kalau terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung. Masukkan dalam piping bag menggunakan nozel bunga dahlia yang bersaiz 10 atau 11. Panaskan minyak, pipe kan adunan terus ke dalam minyak panas. goreng sehingga masak kekuningan. Angkat dan taburkan gula icing ke atasnya... Boleh juga cairkan coklat dan tuangkan coklat ke atasnya bagi yang menggemarinya (ataupun guna dip coklat yg dijual di pasaraya). Sedia untuk dimakan panas-panas. Amat sesuai untuk menu minum petang.






Tuesday, 21 September 2010

Asam Pedas Simple

~Asam pedas & sayur goreng~


Hari ni aku masak asam pedas ikan dan sayur goreng untuk menu makan tengahari... Dah tak larat nak makan ayam dan daging dah... Apa taknya.. kalau pegi open hse, dah semestinya hidangan berasaskan daging dan ayam jadi pilihan tuan rumah... Tapi kan, dalam pada jemu pun, aku belasah gak kan.. Tak nampak lak tanda-tanda macam org xde selera nak makan...... Hehehe....


Pada sesape yang takde idea nak masak ape, boleh lah masak asam pedas untuk menu tengahari ataupun malam okay... Asam pedas hari ni aku guna ikan selayang je.. Selalu sangat buat asam pedas ikan yang besar2, sesekali guna ikan selayang pun sedap gak... Tapi kan, kat Melbourne ni takde pulak ikan terubuk,...kalau buat asam pedas ikan terubuk, emmmm.....laaaaagiiii best.....

Walaupun korang semua dah tahu buat asam pedas ni, tp aku letak gak bahan-bahannya kat entry ni secara ringkas... Kira macam ingat semula lah... Sukatannya, korang pandai-pandailah adjust okay... Aku ni main agak-agak je...
Bahan-bahannya: cili, bawang putih, bwg merah, halia, lengkuas (blend semua bahan dan tumis sampai naik bau).. masukkan air, serai (dititik), daun kesum, air asam jawa, garam dan sedikit gula....(kalau ada bunga kantan pun ok gak).. Kemudian masukkan apa-apa ikan yang korang suka. Didihkan sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidang buat seisi keluarga..
(Sebenarnya aku dah ngantuk, tu yang malas nak tulis bahan-bahan utk buat asam pedas ni)..
Ok lah ek, nak masuk tidur dulu... Daaaaaa.....


Sunday, 19 September 2010

Open House Sana Sini......Part 2

Sabtu & Ahad

Minggu ni aku dapat banyak undangan rumah terbuka. Seronokkknyaa!!!! Ini bermakna, dapur rumah aku ditutup utk sementara waktu... 2 hari ni misi kitorg adalah memenuhi undangan rumah terbuka itew. Misi hari pertama bermula seawal jam 11 pagi. Hari ni je kami pegi 5 buah rumah... Fuhhhhhh!!!! memang tak terdaya bila dilimpahi dengan syurga makanan yang tersangatlah banyaknya. Ini bermakna PROGRAM DIET ku terpaksa dihentikan utk seketika... Part ni yang aku tak sanggup.. Sebulan berpuasa pun tak kurus....Emmmm apatah lagi hari ni yang makan sampai tak ingat dunia... Tapi takpe, aku kena guna misi.. Raya setahun sekali... so sebulan ni kita raya sakannnnn okay.... Lepas tu baru kita fikirkan macamana nk diet. Ada je alasan aku kan... Alasan org yang taknak KURANGGG makan... Setinggi penghargaan kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami dan tak lupa juga tuan rumah yang kami menjemput diri sendiri ke rumah korang...
Hari Ahad pulak kami memenuhi undangan 2 buah rumah terbuka.. Rumah pertama ni diorg buat share 3 family (Mohead & Nafisah, Yusli & Zulie dan Liza & Azahari)... hishhh rugilah sbb dpt mkn sekali je, kalau diorg buat asing asing kan best... Apapun memang best sebab menu diorg adalah sate, ketupat dengan kuah kacang, bihun sup dan kuih muih... Memang tersangat sedap.. Rumah kedua pulak adalah rumah Harita dan Anuar.. Menu laksa Johor, bihun goreng, dan kuih muih.. Tak terlarat nak makan lagi dah... Yang pasti we all balik dengan perut yang teramatlah kenyang... Sampai malam takyah makan..hehehe .
Kat bawah ni adalah aksi2 kitorang yg menghadiri rmh terbuka. Kalau sudi, blh tengok, kalau tak...terus je ke entry lain ok..

Open House hari Sabtu...


~rumah pertama... Zai & hubby~

~rumah ke 2...Azrah n family~

~Rumah ke 3... Kak Noriah n family & kenkwn dia~

~rumah ke 4... Ramon~

~Abg Ramon n isteri~

~lagi kat depan rmh abg ramon~

~Rumah ke 5...Zanita/Zafiri~

Open House Hari Ahad
~open hse Zulie/Yusli, Azhari/Liza, Mohead/Nafisah~

~Harita/Anuar~

~acara posing-posing cam biasa lah kan...~
~Kami dgn tuan rmh...~




Friday, 17 September 2010

Kuih Bakar... Sempena Malaysian Fest

~Kuih Bakar Pandan~

Haa... Hari ni aku masukkan entry kuih bakar pulak.. Sebelum ni aku dah pernah buat kuih bakar ni tp tak berapa nak menjadi... Lepas pada tu aku terus je xde semangat nak buat kuih ni lagi.. Tapi kuih bakar yang aku buat kali ni, bukannya aku buat sorang-sorang, sebaliknya aku buat dengan kawan aku, Salawati.. Dia ni dah kira pakar dah buat kuih bakar ni sebab anak-anak dia suka makan so boleh di katakan berkali-kali dah dia buat kuih ni di bumi Melben ni..Tak pasti lah pulak, kalau kat Mesia dia buat ke tidak.. entah2 dia pun selalu beli je kot...hehehe...(sori wati..jgn marah ek!). Macam yang aku cakap lah... kat Melben ni takde mak cik jual kuih kat simpang, tu yg semuanya kena buat sendiri...

Ok la..kita berbalik pada topik utama kita k.... Kuih ni dibuat hasil usahasama antara aku dan Salawati.. Di mana aku sediakn tapak operasi dan kawan aku ni menyumbangkan resepi... Hahaha..Macam projek ribu-ribu lah pulak kan...Bukan apapun, saja suka2...dan kuih ni kami buat sempena Malaysian Festival yang diadakan di La Trobe University yang dianjurkan oleh Malaysia Student & Associate (MSA LTU)
pada 16hb Sept 2010.. Tarikh ni dipilih bersempena dengan Hari Malaysia. Tujuan Festival di adakan adalah utk memperkenalkan Malaysia dikalangan pelajar antarabangsa di sini. Jadi, aku dan Wati menyumbangkan kuih bakar hasil dari air tangan kami...hehehe...
Yang bestnya, ramai mamat dan minah saleh tu cakap sedap... Itupun taktau lah pujian diorg tu ikhlas ke tidak... Tak kisahlah... apa yg diorg ckp tu...kira betul je lah ek...

Kat bawah ni adalah di sebalik tabir pembikinan kuih bakar istimewa kami tu bersama dengan resepinya sekali...(Resepi ni adalah sumbangan dari kawan aku, Wati)... Tq gang!...

~bahan-bahannya: 260gm tpg gandum, 240gm gula, 300ml santan, 500ml air, 3 biji telur, 1 sudu paste pandan, 1 sudu teh esen vanila, 2 sudu besar minyak sapi, 1 sudu teh garam dan bijan untuk hiasan~

~Cara-caranya: Satukan tepung, gula, air. Kacau rata. Kemudian masukkan santan, paste pandan, telur, minyak sapi, esen vanila dan garam.
p/s: Ha...tu adalah tangan kwn aku, si wati...

~Kacau lagi~
p/s: sementara tu, lenserkan loyang dengan minyak sapi dan panaskan loyang di dalam oven lebih kurang 5 minit. Biarkan minyak sapi tadi mencair.

~Keluarkan loyang dari oven dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang panas tadi. Bakar hingga masak dengan suhu 180C-200C. Lebih kurang 1 jam~
p/s: bila kuih separuh masak, tuangkan bijan ke atasnya dan sambung bakar lagi.

~Inilah rupa kuih bakar kitorg~

~Kuih bakar yang sudah siap utk dibawa ke Malaysian Festival anjuran MSA~

~Kepada sesiapa yang ada seru nak buat kuih ni, aku ucapkan Selamat Mencuba okay~





Wednesday, 15 September 2010

Mini Open House kat rumah aku

Seperti yang aku cakap hari tu.. aku takde buat open house yang rasmi kat rumah aku. Kalau sesiapa nak datang beraya, rumah aku sentiasa terbuka. Selepas open house hari pertama raya, ada gak yang datang hari raya ke 2.. Pada hari raya ketiga, kami pergi rumah terbuka Hamdan/Farizal lebih kurang jam 1.00 ptg. Ramai juga kenkawan yang tak sempat nak beraya di rumah aku yang nak datang pada hari yang sama... So, apa lagi, kelam kabut gak lah aku balik utk prepare apa yang patut untuk tetamu... Lagipun tak plan awal-awal, so kepala aku pun dok ligat nak pikir menu yg simple dan cepat. Dan..yang terfikir kat kepala hotak aku ialah menu nasi lemak special..heheheh (part yg special tu aku saje je tambah...) Dan kebetulan pulak, rendang daging aku masih ada, boleh lah dimakan bersama dengan nasi lemak aku tu kan...

Tapi kan, aku tak sempat nak snap gambar nasi lemak special aku tu sebab dah kelam kabut memasak lah katakan...

Kat bawah ni di antara tetamu yg sempat di'snap' gambar-gambar diorang.. Mohon maaf bagi sesape yg tak sempat nak snap gambar diorg..maklumlah.. dah sibuk2 tu kan......
~Rami & fmly~
~Dila, arin & baby oz~
~Gee & fmly & 2 org yg interframe~
~Marissa, mummy, daddy n makteh dier~
~shimah & fmly~
~Azni, Nani & their fmly~
~mizah & fmly, dan kitorg yg suka2 nak posing~
~ustaz azizie n fmly~
~mila, nora & fmly~
~yang ni grup yg dtg keesokan harinya~
~jai, dr.azim, yusli, azahari & fmly masing2~