IKHLASLAH MENJADI DIRI SENDIRI AGAR HIDUP PENUH DENGAN KETENANGAN DAN KESEJAHTERAAN
Wednesday, 20 October 2010
Telur Itik Masak Lemak
Kepada sesiapa yang tak tau nak masak apa hari ni.. Apa kata cuba masak lemak telur itik pulak. Masakan yang simple tapi menyelerakan. Nak membuatnya pun tidak lah sesusah mana pun. Walaupun tak susah, aku letak jugak bahan-bahan nak buat masak lemak ni ye.
Bahan-bahan:
Beberapa biji telur itik
Santan
Bawang merah, cili api, kunyit hidup (tumbuk @ blend)
asam keping
serai (dititik)
garam
Caranya: Masuk semua bahan, kecuali telur itik. Kena jaga-jaga supaya santan tak pecah minyak. Bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur itik satu persatu ke dalam periuk. Boleh letak tomato, untuk nampak cantik. Bila dah masak, angkat dan hidangkan...
Senang je kan?...
Friday, 15 October 2010
Jom PIZZA!!!!!
Hari ni aku buat pizza untuk lunch. Anak-anak lah yang paling suka bila aku buat pizza ni. Asal aku angkat je dari oven, terus lesap..angkat lagi... lesap lagiii....... emmm....ok lah kan.. kang kalau aku angkat, diorang tengokkkkk je pun...sape lak yang nak makan... betul tak...
First time aku buat pizza kat bumi Melben ni... Kalau kat Malaysia tu, ada la 2, 3 kali je aku buat pizza ni. Lepas tu..aku dah malas nak buat. Apa lagi, pizza hut la jawapannya... tak payah nak susah-susahkan diri....
Dah lama sangat aku berangan nak buat pizza ni, tapi tak jumpa masa yang sesuai... Kiranya, hari ni hari yang sesuai lah kot... He3...
Bahan untuk doh pizza: (300 gm tepung gandum, 7 gm yis, 20 gm mentega, 10 gm gula halus, 1 camcam teh garam, 1 sudu besar madu, 170 ml air)..~Yang ni aku ubahsuai sikit dari resepi asal blog tiffinbiru.blogspot.com~
Aku letak semua bahan ni kat dalam mixer dan putar. 2 minit lepas tu, doh aku dah siap. Biarkan lebih kurang 1/2 jam supaya doh menaik sekali ganda dari bentuk asal. Lepas 1/2 jam, canai doh dan letak kat atas dulang pizza. Kalau takde dulang pizza pun takpe, canai jadi bulat leper dan letak je kat atas dulang pembakar. Then bakar doh kosong selama lebih kurang 20 minit.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk/blend. Tumis kedua-duanya. Masukkan cili dan biarkan garing. Lepas tu masukkan daging dan kacau sehingga daging masak. Masukkan sos pasta, garam dan gula. (kalau takde sos pasta, letak je sos cili dan sos tomato).
- Letak inti daging kat atas base pizza.
2. pastu letak cendawan dan capsicum dan seangkatan dengannya.
- Akhir sekali letakkan cheese mozarella. Dan masukkan dalam oven, bakar lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak.
Thursday, 14 October 2010
Mee Sup Untuk Makan Malam
Mushroom soup
Banyak resepi mushroom soup ni, kalau nak buat cara aku ni.. boleh jugak. Aku pun ambik kat blog sorang kawan.
(Blog julieluvneezam.blogspot.com).
Bahan-bahan dan cara-cara: 2 cawan susu segar, 1 1/2 cawan air, sedikit garam, sedikit black pepper dan white pepper, 1 kiub pati ayam dan 4-5 biji cendawan butang segar (nak lebih cendawan pun boleh). Masak semuanya di atas api sederhana. Kacau sentiasa. Bila dah mendidih, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Kacau lagi dan bila dah cukup pekat boleh lah diangkat untuk dimakan bersama dengan roti bawang putih ataupun bahasa omputehnya garlic bread. Senang je kan?Dannnnn....
KeeeeTIINGGGGG!!!!
Inilah rupa mushroom soup aku.... Sila-sila ye....jangan malu-malu...
p/s: Emmmmm dok pikir pikir.... Nak masak ape ek tengahari ni?????
Aku Tengah layan citer "Epilog Syurga Cinta"..... Bestttt jugaaakkkk citer ni....
Wednesday, 13 October 2010
Popia
Sesaje je buat popia ni untuk minum petang. Sudahnya, sebelah malamnya kitorang semua tak makan malam sebab dah kenyang makan popia aku yang sangat sedap ni...Hahaha.... Jangan lah rasa nak muntah pulak dengan statement aku ni okay... Maafkan lah dengan tulisan yang mengarut ni ye. Kalau nak tahu camner nak buat popia ni, sila klik di sini...
~TRIFLE~
Aku buat trifle ni masa ada orang datang beraya kat rumah aku. Lagipun, dah lama sangat anak aku mintak buatkan trifle ni... Bukan apa, kalau makanan yang aku tak berapa suka makan, maka permintaan diorang pun lambat lah aku tunaikan.... Lagipun, takut je tak menjadi trifle ni... Teruknya aku ni kan... Tak kisahlah..janji aku buatkan jugak. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya okay..... Haa... kepada sesiapa yang nak buat trifle versi aku, boleh lah ikut resepi kat bawah ni ye...
- 1 liter susu segar
- 2 biji kuning telur
- 2 sudu besar tepung jagung
- 4 sudu gula
- esen vanila
Bahan B: Sekotak serbuk agar-agar. Masak ikut arahan pada peket tu. Biasanya kalau di Malaysia, serbuk agar ni dah siap dengan warna sekali. So, boleh la pilih warna yang disukai. Biarkan sejuk ataupun suam-suam.
~potong kek dan susun macam kat atas tu,
Tuesday, 12 October 2010
KEK for LSC
Sunday, 10 October 2010
Daging Masak Merah
Bahan-bahan:
- 1/2 kg daging lembu batang pinang.
- 6-7 ulas bawang putih di tumbuk kasar (chopped).
- Bawang besar. Potong macam potong kentang wedges.
- 1 1/2 senduk cili blend.
- 3 sudu besar Sos cili, 2 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar kicap manis. (Boleh ubah suai suka hati).
- Garam dan gula.
Cara-caranya:
- Daging dihiris nipis dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam, 1 sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Perapkan selama lebih kurang 30-40 minit. Kalau terlebih masa pun takpe.
- Kemudian, goreng daging supaya agak garing ataupun bila daging bertukar warna keperang-perangan.. Jangan terlalu garing, nanti daging keras dan liat. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bawang putih dan cili blend sehingga garing. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Letak garam dan gula. Kemudian masukkan daging dan bawang besar. Kacau rata dan sedia untuk dihidang. Pastikan bawang besar tidak terlalu masak. Senang je kan? Ok, selamat mencuba pada yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
TELUR BUNGKUS
Bahan-bahan untuk inti telur bungkus:
- 300 gm isi ayam (potong kecik2)
- 6 ulas bawang putih (ketuk2 dan dicincang)-kalau blh jgn tumbuk lumat
- bawang besar (potong kiub)
- 2 helai daun limau purut
- 3 sudu cili blend
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu sudu kicap manis
- lobak merah (potong kiub kecik2 biar nampak comel..heheh)
- bunga kobis (potong kecik2 jugak)
- tomato (potong kiub)
- 3-4 biji cili padi (potong halus)
- garam
- gula
Cara-caranya:
- Panaskan minyak untuk menumis
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili blend. Masak cili sampai garing. Masukkan isi ayam. Biarkan isi masak seketika.. letak air sikit.
- Tambahkan sos tomato, sos cili, kicap, gula dan garam.Letakkan jugak daun limau purut.
- Masukkan carrot, cauliflower, bwg besar, cili padi dan akhir sekali masukkan tomato. Tutup api..
Kemudian pukul 2 biji telur + sedikit garam... Buat macam telur dadar dan kalau boleh biar nipis dan lebar sikit daripada telur dadar... Hishhh ayat apa ntah aku guna ni... tak kisah lah kan..janji faham... Lepas tu, masukkan inti yang dah masak tadi, dan bungkus lah sesuka hati ye... jangan buat macam kuih tepung bungkus sudahhhhhhh!!!!
p/s: kalau telur bungkus korang tak jadi... emmm jgn susah hati..just buat macam telur dadar biasa.. letak atas piring, then letak je inti yang ditumis tu kat atas telur dadar je.... laaaagiiiii senang kan...... Yang penting rasanya sedap... Okay..bye...
DINING In The GARDEN.........
Friday, 8 October 2010
SALAM PERANTAUAN DARI MELBOURNE
Dalam pada tu, tetiba aku teringat masa bulan puasa hari tu aku ada hantar beberapa ucapan Salam Perantauan kat suratkhabar di Malaysia dan kiriman-kiriman tu semua disiarkan sama ada di online dan juga di akhbar-akhbar tempatan. Bukan apa pun, sekadar bingkisan ucapan buat keluarga tersayang, sanak-saudara dan insan-insan yang mengenali aku.. Dedikasi ini, secara peribadi aku tujukan juga buat Guru-guru yang pernah mengajar aku, kenkawan aku sejak di sekolah TADIKA, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Maktab Perguruan dan juga semasa aku menjadi pelajar di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Sekadar ucapan yang tulus ikhlas dari aku di bumi Melbourne.