Tuesday, 11 January 2011

Trip to Gold Coast Day 1-2010

1 Januari 2010 (Canberra)

Sengaja aku masukkan entry tarikh hari ini (1.1.10) untuk mengingati kenangan manis menjelang tahun 2010 yang lalu. Walaupun ianya dahpun setahun berlalu, namun tetap memberi kenangan yang indah buat anak2 aku.
Oleh kerana, percutian ni adalah setahun yang lalu, jadi aku akan masukkan entry yang back dated ni mengikut tarikh ke belakang. ini bermakna, catatan hari pertama adalah tarikh yang agak ke depan dan catatan terakhir agak ke belakang sikit tarikhnya. Emmm tak kisah lah kan,...yang penting massage sampai dan memudahkan pembaca yg ingin membaca catatan ni... supaya ianya menjadi catatan yang tersusun mengikut turutan. Dipendekkan cerita, abaikan saja tarikh entry ni di publish kat blog aku ni ye...


Ok, aku sambung balik citer percutian aku ni ye. Kami sekeluarga bercuti di Gold Coast, tempat yang menjadi impian semua kanak-kanak dan orang dewasa macam aku jugak...hehehe. Insan yang paling excited adalh anak2 aku. Apa taknya, dah lama sangat diorang ni idamkan nak ke Gold Coast. Yang menariknya, kami pergi dengan menaiki kereta. Jadi, banyak jugaklah tempat-tempat menarik yang kami singgah di sepanjang perjalanan tu. Kiranya, 2 in 1 la..Sambil ke Gold Coast, dapat jugak pergi ke tempat2 menarik di sekitar Australia ni. Bak kata pepatah 'JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN". Tak dapat cover seluruh Australia, at least.... dapat sebahagian, pun dah kira ok sesangat lah tu. Walaupun catatan aku ni dah di kira ayat yang ntah apa2, tapi harapnya massage yang nak disampaikan dapat diterima oleh semua.

Hari pertama bertolak mengambil masa lebih kurang 9 jam perjalanan. Ni dah kira termasuk berhenti isi minyak, berhenti rehat, berhenti makan dan sebagainya. Tempat pertama yang kami tuju ialah Canberra. Tempat ni merupakan pusat pentadbiran kerajaan macam Putrajaya kot lebih kurang. Di Canberra ni lah, student Malaysia dapatkan pasport bagi anak yang lahir di Australia sebelum balik ke Malaysia. Kalau dah tiba di Canberra ni, biasanya tempat yang menjadi mercu tandanya ialah bangunan Parlimen yang agak unik struktur binaannya. Kami tiba pun dah senja. Sib baik sempat gak bergambar kat bangunan tu walaupun muka kitorang pun dah nampak samar-samar je. Tak kisahlah..yang penting kalau orang cakap pasal bangunan parlimen tu, kami dah tiba kat situ.Betul tak?

Sebelum sampai di Canberra,Kami singgah di Submarine Museum di satu tempat yang bernama Holbrook, di New South Wales. Nak tahu apa yang menariknya tempat ni?..haaa...sila baca kat info di bawah ni ye....



~Holbrook, New south wales~ belakang tu, replika kapal selam






~Inilah rupa bentuk bangunan parlimen~

Sebaik selesai sesi bergambar, kami teruskan lagi perjalanan untuk menuju ke tempat penginapan, yang terletak di satu tempat yang di beri nama Goulbourne....
Selesai sudah perjalanan di hari pertama.... Jumpa di catatan hari ke dua menuju ke Gold Coast.

1 comment:

  1. Wow, incredible weblog format! How long have you been running a blog for?

    you make blogging glance easy. The overall glance of your web site is magnificent, as neatly as the content!


    My blog: painting the siding

    ReplyDelete