Sekarang ni dah masuk pertengahan musim sejuk. Biasanya, bila tiba time winter ni, orang-orang ostolia akan sibuk pergi ke kawasan pergunungan untuk bermain salji. Kami anak beranak pun tak lepaskan peluang. Maklumlah,peluang berada di luar negara bukan selalu datang. Lebih-lebih lagi dapat merasa bermain salji. Kalau dulu, tengok gambar je, dan kadang2 tgk filem kat TV. Sekarang dapat pulak merasa dan bermain salji ni. Tahun pertama kami berada di bumi Australia, kami pergi ke Mt Buller yang mengambil masa lbh kurang 4 jam perjalanan menaiki kereta atau bas. Maklumlah, kali pertamakan..so ikut rombongan kenkawan La Trobe Uni yang menganjurkan rombongan cik kiah ke Mt Buller ni. Memang seronok dan happening sangat. Inilah antara gambar-gambar kami yang diambil pada 2 tahun lepas iaitu 7hb Julai 2009 sebagai mengimbas kembali kenangan pertama kali pergi snow.
No comments:
Post a Comment