Tuesday, 23 August 2011

"Donut Ball" Tersenyum Manis


Assalamualaikum....
Hari ni merupakan hari ke 22 umat Islam berpuasa. Kami di bumi Melbourne ni, baru je selesai berbuka puasa. Alhamdulillah. ..syukur atas nikmat yang Allah berikan di muka bumi ini. Hari ni kami berbuka dengan ayam percik dan butter prawn., @k@ udang butter... Tapi sebelum tu aku nak masukkan entry donut ball yang aku buat pada hari ahad lepas. Nampak tak donut-donut aku tersenyu manis tu? Tersipu-sipu malu gitu... Adoiyaiii!!! Camner blh jadi camtu? Aku takde jawapannya. tak kisahlah, dah tersenyum manis tu kan..kita buat lah cara ambik gambar senyuman meleret. Seingat-ingat aku, bertahun jugak aku tak buat donut ni. bukan apa..kalau buat tak berapa nak menjadi.... tu yang jadi malas tu. Semasa aku dok round2 pusing2, singgah blog sana sini..Tetiba terpandang akan kecantikan rupa paras cik donut ni kat blog kak ita. Blog dia ni, memang takleh nak disangkal lagi akan kehebatannya mempersembahkan hasil masakannya. Kagum aku...Berjam-jam dok ngadap tau. Oklah, resepi ni aku ambik dari blog Masam Manis dan nak mintak kebenaran untuk share dgn kawan-kawan di sini pula. CNP ye kak ita.....hehehe

My Recipe:

Donut Ball
Resepi Asal: DayangJack@DapurKu SaYang

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.




No comments:

Post a Comment