Thursday, 8 September 2011

Biskut Mazola Klasik

Salam 1 Malaysia dari orang Melbourne. Kali ni aku nak masukkan entry biskut mazola pulak.. Ramai jugak yang request resepi ni, takde peluang aku nak masukkan..hehehe.. Takde peluang la sangat.. Ini kira pertama kali la aku revealkan resepi ni kat umum..Eh macam lah hebat sangat..sebenarnya, ramai je org dah masukkan resepi biskut ni kan... Cuma lain orang, lain versinya. Kali ni aku masukkan resepi biskut mazola ni versi aku pulak ek... Kenapa namanya kacang mazola ek? Mungkin disebabkan resepinya menggunakan minyak jagung jenama 'mazola'.. Jadinya namalah biskut ni kacang mazola. Tapi, di Melbourne ni takde pulak minyak jagung jenama mazola, makanya bolehlah menggunakan apa2 minyak masak yang terdapat di pasaran ye. Kalau dapat minyak jagung, lagi baik lah kan.. Bagi aku pulak, disebabkan susah nak cari minyak jagung, jadi aku guna je minyak kacang. Yalah kan, bahan asas pun dah menggunakan kacang, jadi ada kesinambungan lah kot kalau kita guna minyak kacang ni kan... Biskut ni memang menjadi kegemaran suami dan anak-anak aku sejak dulu, kini dan selamanya. Bulan ramadhan baru-baru ni, sempat jugak aku ambil tempahan biskut ni.. yang tak tahannya, 1 balang untuk pelanggan, dapatlah 1/2 balang lebihan dari adunan tu, ingatkan esoknya buat, boleh lah top up balang yang separuh tu...selamat jalan jugak biskut tu pd hari yang sama.. esok buat lagi 1 balang, habis pulak 1/2 balang yang belen dari tu..Adoiyaiii..memang biskut ni tak bertambah untuk koleksi pribadi.. Kisahnya, pada pagi raya, dapatlah letak dalam bekas kuih je biskut ni dalam 30 biji camtu. Sebelah malam hari raya pertama, tetamu datang, biskut ni pun dah selamat jugak...hehehe... Memang laku je...Jom..kita tengok resepi bagi sesape yg nak buat biskut ni sebagai kudapan sambil-sambil menonton TV bersama keluarga. Resepi ni memang tersimpan sejak 20 tahun dulu..Aku pun tak ingat dari mana sumber resepi ni.. Mungkin juga dari kakak aku kot, sebabnya dia pun memang rajin buat biskut-biskut ni. Dan kerajinannya itu tertumpah kat aku jugak...hehehe.

Biskut kacang mazola:

Bahan-bahan;

2 cawan kacang tanah yang telah dikisar halus
1 cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
minyak jagung secukupnya (di Malaysia boleh guna jenama "mazola")
(kalau di Melbourne ni aku guna minyak kacang jenama "coles")
kuning telur sebagai hiasan

Cara-cara: Satukan kacang, gula, garam dan tepung di dalam mangkuk dan gaul sebati. Kemudian masukkan minyak dan gaul sehingga menjadi doh. Boleh terap menggunakan acuan kegemaran. Bagi aku, lebih senang buat bulat-bulat dan letakkan di atas loyang. Hiasi dengan kuning telur dan bolehlah di bakar di dalam oven dengan suhu lbh kurang 150 C selama 15-20 minit. Bila sudah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

5 comments:

  1. Minyak kacang penyedap rasa, MAZOLA yang dapat nama...patutkah? Hehehe... Apa-apa pun, yang penting, sedap dimakan!

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri

    ReplyDelete
  2. Tula kan...biskut kacang sbenarnya, tp minyak mazola dpt nama..padahal..boleh je ganti dgn minyak jagung lain...hehehe

    ReplyDelete
  3. Noor Liza Shukor13 August 2012 at 12:42

    Salam..
    Saya dah cuba resipi biskut mazola sis. Resipi turun temurun tu.
    Memang exactly yang suami saya suka. Tiap2 hari lepas terawikh dia mesti mengadap biskut mazola ni. Favourite cookies dia for Aidilfitri.
    Thank you so much. Besar pahala sis, share kan ilmu sis.Tq again

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Mohon izin berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ni ya. Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya Amir dari iluminasi.com. Saya ingin memohon keizinan puan untuk berkongsi sebahagian info dari blog puan dalam post ini: https://jumeezaila.blogspot.com/2011/09/biskut-mazola-klasik.html

    Kredit dan link kepada blog puan akan diberikan. Puan boleh melihat artikel tersebut di sini: https://iluminasi.com/bm/resepi-biskut-mazola-wajib-cuba.html

    Jika puan mahu saya membuang kandungan yang diambil, boleh hubungi saya dengan kadar segera di amirwrites_271@yahoo.com.

    Maklumbalas dari pihak puan adalah amat dihargai :)

    ReplyDelete