Friday, 7 December 2012

CUTI-CUTI SARAWAK DAY 3

25 NOVEMBER 2012

Cuti-cuti Sarawak diteruskan lagi pada hari ketiga. Kalau En Suami keluar meeting seawal jam 8.00 pagi, macam tu jugaklah kaum ibu dan anak2. Diorang bz ber'meeting', kami pun bz ronda2 bandar Kuching. Jam 8.00 pagi berkumpul di lobby hotel dan misi pertama ialah bersarapan pagi di restoran COFFEE "O" CONNER yang jaraknya lbh kurang 5 minit drive..X jauh pun sebenarnya sbb dah tahu tempat. Pelbagai makanan istimewa orang Sarawak dijual di sini.. Laksa Sarawak, Mee kolok special, mee kampua dan macam2 lagi... tak lupa juga roti canai, nasi lemak dan yg menariknya, di sini juga ada prata roll sardin dan prata roll daging.. Kiranya mcm mertabak lah, cuma cara penyediaan di gulung macam stimm roll..... Kami sgt berpuas hati menikmati sarapan di sini.. Sangat tidak menghampakan. Kalau ada peluang dtg ke Kuching lagi, nak bekfes kat sini jugak...

~dari atas rojak special, mee kolok special dan prata roll dgn mayo (sardin dan daging)~


 ~pelbagai jenis mee special~

Kami hanya mengambil masa 1/2 jam bersarapan di sini. Servis pun laju je walaupun ramai pelanggan, tak perlu nak tunggu lama. Oleh kerana masih awal, kami buat keputusan untuk singgah di pasar Satok yang terletak tidak jauh dari tmp kami bersarapan. Parking kereta dan 40 minit masa diberi utk ahli rombongan. Alaaaa, nama pun pasar.. lebih kurang macam pasar Rabu kat kedah, Pekan sari kat Pahang dan pengkalan kubor di Kelantan. Saja lah kan, orang kata, jangan tidak... Alang2 dah lalu..Esok2 org tanya pergi tak pasar Satok???... So jawapan kami...PERGIIIII...(jwb dgn konfidennya...heheheh)... Walaupun masa 40 minit, sempat juga membeli dah membelah di sini.. Bukan apa pun beli sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan.. Lagipun misi membeli belah kami yg seterusnya ialah di depan Waterfront Kuching.. Dalam deretan kedai tu, kami kena tahu kedai mana yg murah, kedai mana yang mahal.. Hari pertama dah servey kan..???...

 ~Inilah rupa Pasar Satok~

Okay, misi pertama nak sarapan kat Coffe O Coner.... done! Misi nak jejak kaki ke Pasar Satok... Done!!!... Misi seterusnya ialah nak bgambar dekat mercu tanda bandar Kuching. Terus  ke kereta dan mencari tempat yg ingin di tuju berdasarkan peta pelancong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit kot, sebab tak berapa arif dgn jalan kat situ yang berpusing2. Akhirnya.................... Sampai jugak kami dekat kucing gergasi tu.. Yeayyyyyy!!!!! Misi tercapai.. Alhmadulillah... tempat parking pun x jauh lbh kurang jarak 500 meter je dgn replika kucing tu...Miow..miow!!!!!...So..apa lagi.. klik..klik..klikkkk..... Suka ambik gambar kat replika ni yang aku kira sgt menarik. Takde gambar aku pun xpe... Abadikan gambar anak2 pun dah okay.. Yang penting aku enjoy mengarahkan diorg melakukan pelbagai aksi.. Kesian aku tgk anak2 kawan aku.. Dalam malu2 terpaksa jugak ikut arahan aunty ni kan...hehehe... Kakak dengan abang ni..xyah cakap lah.....
 ~Kucinggggg...Here We Are...miow..miow.!!!!~




 ~suasanadi bandar Kuching~
Klik klik punya pasal, tak sedar masa dah 1/2 jam berlalu.. Kami tinggal 1/2 jam lg untuk kembali ke hotel dan pulang kereta sewa ni. Alhamdulillah...misi ketiga...done!!!!!!!.... Tanpa berlengah lagi.. terus ke kereta untuk kembali ke hotel.... Tiba di lobby hotel, tuan empunye kereta dah pun sedia menanti.. Kereta dipulangkan genap2 dalam tempoh 24 jam...Ahhhh..... 3 jam yang memenatkan..rushing2 ke hulu ke hilir semata-mata untuk memastikan misi tercapai... Kena la buat macam tu kan..kalau tidak tak bergerak nya la... alang2 dah nak jalan, round sampai penat.. Balik semananjung, blh rehat okay...(sebenarnya aku pun dah penat giler 3 hari ni). Kami berehat di lobby hotel untuk R&R.. Rest and refresh untuk 15 minit... sebelum memulakan misi seterusnya... Pehhh!!!!!!!!!! kalah orang yg datang untuk meeting... Jadual kami laagii padat dan lagi hebat dari diorg... 

Okay... jom ikut kami melawat tempat yang berinformasi dan free pulak. Kami pergi ke muzium2 yang terletak bersebelahan dengan Hotel Merdeka Palace ni.. Terletak betul2 sebelah hotel ni... 15 langkah dah sampai....(kalau langkah panjang-panjang la...hehehe).. Kami masuk muzium pertama (lupa pulak apa nama muzium ni).. Kat sini terdapat pelbagai jenis batang kayu yang telah menjadi batu berjuta-juta tahun dulu... betul ke tidak......ntahlah..tapi itulah yg ditulis di setiap batu2 tu.. Sangat cantik, unik dan menarik. Sesuatu yg baru. Juga pendedahan utk anak2 sebagai pelajar. Aku??? apa lagi..suka klik..klik..klik je. Untuk dijadikan kenangan sekembali ke tanah semenanjung nanti...

 ~terserempak pulak dgn minah salleh dr carlifornia ni... minat benau dia kat aamira~~


Di Muzium Seni ni tidak dibenarkan mengambil gambar kerana di dalamnya terdapat hasil karya pelukis yang hak ciptanye terjaga. Mungkin juga untuk menjaga keaslian hasil seni mereka. So..gambar kat luar je okay.....









 Seterusnya kami pergi ke Muzium Etnologi yang juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.. Kat dalam tu ada pelbagai awetan species burung, ikan dan beberapa kepala original si bujang senang. Juga terdapat rangka ikan paus...

 Misi hari ni tamat di sini. Acara sendiri-sendiri sebab kawan aku datang nak bawak aku dan anak2 pusing2 city.



 ~terubuk ikan masin~

Pada sebelah malamnya, Ishak (kawan aku) menjemput aku sekeluarga makan malam di rumahnya. Terima kasih my fren..nanti aku datang kuching, belanja lagi ye...heheheh..statement ke arahan ni???
~Kami dijamu dgn laksa Sarawak dan Nasi putih, kari ayam~
Adoiyaiii...mana nak letak laksa, mana nak letak nasi??

~TQ Ishak & Hidayah..nanti jemput lagi ye~

Seterusnya, Ishak membawa kami ke jeti untuk menaiki bot menyeberangi sungai yang jaraknya dalam 100-200 meter je.. Saja je nak bagi experience tu kat kitorang.. Kemudian kami dibawa ke Mira Cake House yang menjual pelbagai jenis kek lapis Sarawak. Mira Cake House ni sangat terkenal di Kuching ni...terutama dikalangan pelancong.

 ~kat dalam bot, 2 kali snap dah sampai..x sempat nak tukar kamera..heeee~
 ~macam2 jenis kek lapis~

Acara kami berakhir di sini.. Ishak menghantar kami ke hotel lebih kurang jam 11.45 malam... Kesian dia.. mesti penat melayan kami.... Semoga Allah jua membalas segala jasa dan budi baikmu wahai sahabat... Terima kasih juga kerana belanja aku kek lapis.. banyak pulak tu.. Bila sampai di rumah, rupanya ada 5 jenis kek lapis... Aku doakan semoga enko sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya..Aminn...tq my fren!!!!..

No comments:

Post a Comment