Wednesday, 5 December 2012

PUDING RAJA


 


Assalamualaikum..... Emmmmm lama betul aku tak mengadap blog ni... Hampir setahun.. Kalau rumah tak bersapu seminggu dah penuh habuk, inikan pula blog yg tak dijenguk hampir setahun ni.. Sah bersawang, berhabuk dan penuh dgn sarang labah2... Adoiyaiii.... Bila hari ni aku kuatkan semangat bukak blog ni, tiba2 formatnya dah lain pulak... Berejam jugak aku godak sana sini utk mahirkan dgn format baru ni, akhirnya barulah berjaya... Berpolohhhhh weiiii.....


Ok, jom kita berbalik kepada puding raja yang aku buat ni... Kisahnya, pada minggu lepas setelah 22 tahun, aku bertemu kembali dgn classmate aku....Hanisah Abdul Halim. Yang seronoknya dia belanja aku lunch kat kedai tepi sungai Kuantan yang dikatakan sangat femes dengan masakan gulai tempoyak ikan patin. Lepas makan aku terpandang akan puding raja ni. Tak pernah makan, tapi aku tahu memang puding raja ni sangat femes di negeri Pahang terutama di daerah Pekan. Bila aku makan, memang sedap, lebih2 lagi puding ni menggunakan pisang lemak manis yang merupakan pisang feberet aku. uniknya, pisang ni hanya banyak terdapat di negeri Pahang. Sejak aku tinggal di Melaka selama ni, aku belum pernah jumpa pisang lemak manis ni di sini. Setiap kali balik kampung, aku akan beli pisang lemak manis ni bila berkesempatan. Nak dijadikan cerita, keesokan harinya, aku dok terbayang2 lagi akan pada puding raja ni. Sebelum balik ke Melaka, aku sempat membeli pisang lemak manis ni di Kuantan. **Cuma x sempat nak buat di rumah kakak aku di Kuantan kerana program kami yang sangat padat. (utk anak2 sedara ku, nanti kita buat ye).......

Sejarah puding raja ni, dikatakan cuma terkenal di kalangan istana Pekan sahaja pada suatu masa dahulu... Kini, puding raja dah menjadi sinonim pada signature dish untuk orang Pahang terutama di daerah Pekan. 

Okay, jom kita tengok resepi puding raja ni... Bahan asas dan paling penting untuk membuat puding raja ni, tentulah pisang lemak manis di mana pisang ni (setakat yang aku tahu), hanya senang didapati di negeri Pahang sahaja. Kalau pisang lain, aku tak tahulah boleh buat ke tidak ataupun mungkin rasanya sikit berbeza. ***kat bawah ni adalah gambar pisang lemak manis. Bentukya kecik2 je, besar sikit dari ibu jari tangan aku je. heheheh.


Resepi Puding Raja:
sumber:http://www.mdpekan.gov.my/web/guest/raja

Bahan-bahan:
  • Beberapa sikat pisang lemak manis (kalau blh yg mengkal2)
  • ceri merah dan hijau
  • 1 cawan gajus-digoreng
  • buah prun secukupnya-potong 2 @ 4
  • segenggam jala emas
  • 2 sudu minyak sapi**  -masukkan dalam minyak supaya pisang x melekat.
  • minyak secukupnya untuk menggoreng pisang    
Untuk kuah Puding:
1 tin susu cair carnation
1/2 tin air
3 biji kuning telur
sehelai daun pandan
1 cwn gula (ikut manis..aku kurangkan gula)
1 sudu teh esen vanila  

Cara memasak
  • Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
  • Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
  • Goreng biji gajus.

Kuah Puding
  • Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang
  • Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
  • Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus seperti gambar di bawah. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
    Resepi jala emas:  pertama kali aku buat**

    sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3418
      aku kurangkan jumlah ikut kesesuaian

    5 biji telur ayam/itik- ambil kuningnya (tapis)
    150 gram gula
    2 cawan air
    1 helai daun pandan
    Cara-cara membuat jala emas
    Masak air, gula dan daun pandan. Masukkan kuning telur dalam bekas roti jala, dan jala lah ke dalam air gula. Angkat guna tapis teh.  Kat bawah ni rupa jala emas aku yang dah siap..
      
 





 Kepada semua kenkawan, saya ucapkan Selamat Mencuba ya!!!


2 comments:

  1. wah bestnye 100% air tgn zendiri .
    ucu balik ktn nnt bwt ek (request dr anak sdare)hehe

    ReplyDelete
  2. Xbleh pakai pisang yg lain ke sis

    ReplyDelete