Tuesday, 28 October 2014

Bun Kacang Merah

Assalamualaikum..........

Jommm kita layan gambor bun kacang merah ni pulak... Resepi??? sama mcm resepi cheese stick bread... klik sini

Bahan2nya sama je, cuma  yang ni kena buat bulat2 dan masukkan inti kacang merah kat dalamnya.. Boleh juga ubah suai letak inti kelapa, sardin dan sebagainya...


Bahan-bahan: Bun Kacang Merah

420 gram tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
80 gram gula caster
3 sudu kecil yis segera/kering/mauripan
1 biji telur ayam gred A
100 ml air
100 gram water roux****
60 gram butter
1 sd kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
kacang merah secukupnya sebagai inti

Nak tau macamana nk buat water roux? just klik pada water roux kat atas tu...

Cara2nya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun, kecuali air... Putar bahan supaya sebati... Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.. Jangan habiskan air tadi.. Kalau dah terhabis jugak..doh akan jadi lembut.. Jangan risau ye..tambah kan la tepung sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang dikehendaki..

Uli dengan mixer kek pada high speed dalam 3-5 minit.. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
Selepas doh naik sekali ganda, tumbuk2 doh tu supaya kembali ke bentuk asal. Buat bulat2 macam gambar di bawah dan masukkan inti kacang merah ke dalamnya. Susun dalam loyang dan biarkan doh 30-40 minit supaya doh menaik sekali ganda. Sila rujuk gambar kat bawah kalau kurang jelas...

Bila dah masak, keluarkan roti dari oven dan sapu atas roti dengan butter...

                                      









Cheese Stick Bread

Assalamualaikum...
                                      

Haaaaa....nampak tak cheese stick bread aku yang gebu gebas ni... perghhh...Bangga tuuu bila buat roti cheese menjadi canggini... Rase hilang penat... Pastu bila rase keenakkannya..Wallaaa..standard mcm kat bakery Jaya Jusco..(Yg ni aku tambah la)..nak promote kena up sikit la kan... Seriously...Memang aku sangat bangga dengan persembahan roti cheese aku ni.. Lama aku mentelaah..mencari resepi..fahamkan...kombine sana, kombine sini..Akhirnya..ter realisasi lah cheese stick bread aku ni...

Aku pun tak berniat nak celoteh banyak2 kat sini sbb rata2 kawan2 aku dah x sabar nak dpt kan resepi roti yang gebusss mcm ni.. Jommmm kita intai2 apakah bahannya utk membuat roti cheese ni...

Anda juga boleh lawat blog ni utk penerangan lbh lanjut..
http://emiliaputeri.blogspot.com/2012/05/step-by-step-cheezy-bread-lembutnya.html

Cheese stick bread:

Bahan-bahan:

420 gram tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
80 gram gula caster
3 sudu kecil yis segera/kering/mauripan
1 biji telur ayam gred A
100 ml air
100 gram water roux****
60 gram butter
1 sd kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
mozarella/parmesan, ittalian herbs,
gula secukupnya utk ditabur ke atas roti

Nak tau macamana nk buat water roux? just klik pada water roux kat atas tu...

Cara2nya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun, kecuali air... Putar bahan supaya sebati... Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.. Jangan habiskan air tadi.. Kalau dah terhabis jugak..doh akan jadi lembut.. Jangan risau ye..tambah kan la tepung sedikit demi sedikit hingga dapat doh yang dikehendaki..

Uli dengan mixer kek pada high speed dalam 3-5 minit.. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.

Bila doh naik sekali ganda, putar lagi mixer dan doh akan turun semula ke bentuk asal. Leperkan doh nipis2 dan potong ikut ukuran yang dikehendaki. Mak aiiii..Faham ke tak ni penerangan aku ni...hehehhe itulah...main hentam kromo je ni.. Nak cepat ayatnya tak tersusun..Apa yng terlintas kat kepala, itu yg aku tulis.. Xsempat nk edit2 text ni ye dik non... Janji ada ye...

Selepas itu, susun lah roti kita tu kat dalam loyang macam kat bawah tu.. Rehatkan 30-40 minit supaya roti naik sekali ganda..Parutlah mozarella cheese, tabur kan gula dan italian herbs. Aku buat 2 versi.. Satu versi yang ada italian herbs, dan yang satu lagi yang aku taburkan mozarella dgn gula je... Dua2 sedap..Wallaaaa.......Lembut lemak berkerim.... Cukup untuk membuat saiz badan kita semua bertambah...

Oppsss!!!..Jangan lupa panaskan panaskan oven pada suhu 160-170 degree.  Bakar roti 15-20 minit atau sehingga roti masak...menggunakan api atas dan bawah.

Jom layan gambar2 kat bawah ni...

                                      





Tarraaaaaaa...... Inilah dia ropa paras cheese stick bread aku yg tersangat sedap dan gebus ini.. Agak2 next time buat, blh jadi macam ni jugak ke???? Ermmmm...kita tgk je la nanti ye...  Selamat mencuba ye semua!!!!!!






 

Tuesday, 14 October 2014

Macaroni Goreng Ala Thai

Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak hapdet blog aku ni. Dekat2 setahun kot.. Nampak macam bizi je aku ni..Ontahla....saje buat2 bizi kot.. Okay gang.. hari ni mak cik taknak celoteh banyak..Penat arr merepek kat dlm ni... Jom ikut mak cik nak  masukkan resepi Macaroni goreng ala2 Thai. Pernah tengok macaroni tak? Haa bentuknya ala2 nut basikal gitu... Tapi jangan pulak korang ambik nut basikal buat goreng pulak..Hahaha..naya jadinya nanti. Resepi senang..pejam mata pun boleh jadi.
Jomm kita masuk dapur makcik jom...



Macaroni Goreng Ala Thai

2 cawan macaroni~ direbus dan ketepikan
4 ulas bawang putih~diketuk dan cincang halus
1 biji bawang merah~dimayang
5-6 ekor udang sederhana (blh letak sotong juga)
beberapa keping cendawan kering/shitake ~rendam dan potong kecil2
sedikit garam
1 camca paste tomyam @1/2 kiub tomyam maggi
3 helai daun limau purut diracik halus mcm bunga rampai
2 biji cili padi di potong kecik2
Sedikit minyak zaitun untuk menumis (minyak masak pun blh je)

Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
Masukkan udang, garam, paste tomyam
Masukkan cendawan, daun limau purut dan cili api.
Last sekali, masukkan macaroni dan kacau rata... rasa la masin ke tak ke kan.. Kemudian boleh la tutup api dan sedia dihidang....

TARRAAAAA!!!!!!





***** aku masak ikut apa bahan yg ada di dapur ye... Boleh ubahsuai ikut kesesuaian bahan yg ada kat rumah korang ye... okay selamat mencuba...



Monday, 18 August 2014

Vitamin shaklee: NAK PECAHKAN LEMAK???

Jom baca ape kepentingan Lecithin ni..
 
Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.


  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
 
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.



Vitamin Shaklee: Bahaya TOKSIN Dalam Badan

Bahaya TOKSIN Dalam Badan

Adakah anda tahu apa itu toksin?
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antara pencemarannya adalah Pencemaran Makanan. Pencemaran makanan ini berpunca dari penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih parah, apabila anda mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ia merupakan punca utama terjadinya toksin di dalam badan. 




Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Di dapati, kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus, namun, toksin telah menghalang fungsi tersebut. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan boleh merosakkannya.


Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh

Hakikatnya, pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain turut jadi penyumbang.

Jika badan terlalu berasid serta berlakunya proses penapaian di dalam usus, ia akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan anda. Toksin tersebut akan 

di serap dan melekat di dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai 
masalah kesihatan atau penyakit.


Antara penyakit yang kesan dari tindakbalas toksin di dalam darah, adalah seperti

1. Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan lain-lain

2. Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di dalam tisu badan.

3. Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme menjadi semakin cepat. Akibatnya, badan menjadi demam.

4. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekat di dalam darah, akan menjejaskan kelancaran peredaran darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat, bagi melancarkan peredaran darah yang melalui saluran yang tersumbat akibat toksin. Ini menyebabkan berlakunya pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran darah yang tersumbat mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Di samping itu, buah pinggang dan sistem endokrin berusaha untuk 

membersihkan toksin, dengan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. 

Oleh sebab itu, langkah awal bagi menyingkirkan toksin dari dalam badan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan timbulnya penyakit yang bahaya, adalah dengan mengambil ubat sahaja.

Jika kita lihat, fenomena di pasaran sekarang, pelbagai jenis detox yang boleh di pilih. Ada yang lebih suka untuk mengambil detox yang jenis diguna di luaran. Malahan, ada yang mengambil supplemen, bagi menyingkirkan toksin dari dari dalam badan.

Set Shaklee Super Detox turut menawarkan supplemen untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.


Antara supplemen untuk Set Shaklee Super Detox adalah:
1. Alfalfa Complex
2. DTX Complex
3. Garlic
4. HerbLax























Kebaikan yang terdapat di dalam Set Shaklee Super Detox adalah seperti :

  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati
  • Meningkatkan seri wajah
  • Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh