Saturday, 20 August 2011

Tart Nenas Aku


Inilah rupa tart nenas aku... Aku buat ni sebab sesaje je nak makan...
Ada yang berhajat nak buat tart nenas ni ke?.. Apa kata kita tengok resepi kat bawah ni..






Resepi Tart Nenas:
Kredit resepi: Blog Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan;
1 cawan butter (226gram)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sd teh esen vanila
1 sd besar gula icing
1 camca garam

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tpg jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar susu tepung

jam nenas secukupnya.


Cara2nya:
Pukul butter, minyak sapi, garam, gula icing hingga putih. Masukkan telur dan esen vanila.
Kemudian masukkan semua jenis tepung kat atas tu. Canai dan terap ikut kreativiti memasing ye... Sebelum tu panas kan oven lbh kurang 1/2 jam untuk dapatkan kepanasan yg sepatutnya. Bakar api bawah sahaja lbh kurang 15 minit.
Enjoyyyyy!!!


No comments:

Post a Comment