Assalamualaikum.... Hari ini hari ahad... Aku buat nasi tomato untuk dihantar kepada anak bujang yang kat asrama SBPI Selandar. Maklumlah..budak asrama kan.. dekat boleh la omak eh layan, kalau jauh..tak kuaso la den.. ekau makan la lauk acik kantin/dewan makan yg masak. Hari ni masak ada lebih sikit..so blh la anak bujang aku share dgn kawan2 sebilik.. Ye la... yg lain pun jauh dari mak bapak... Rezeki yg ada dikongsi bersama. Lepas masak, asingkan 3 senduk nasi dan 3 ketul ayam masak merah utk aku, suami dan untuk aamira. Selebihnya masuk dalam bekas utk dihantar ke sana.
Nasi Tomato;
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi (kali ni guna MOGHUL Faiza)
6 1/2 cawan air
** Basuh beras dan masukkan dalam periuk. Masukkan air.
Bahan tumis:
Rempah tumis 4 beradik,
6-7 ulas bawang putih-diblend
1 biji bawang besar-diblend
1 1/2 inci halia-diblend
2-3 sudu tomato puree
1 biji bawang besar dimayang
garam
1kiub ayam
1 sudu minyak sapi
sedikit minyak untuk menumis
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara: Panaskan minyak dan minyak sapi. masukkan rempah kayu manis dan kawan-kawannya, masukkan bawang yg dimayang.. Goreng seketika dan masukkan pula bahan blend. bila dah naik bau atau agak2 dah garing masukkan tomato pure dan kiub ayam. masukkan sedikit garam dan daun pandan yg disimpul.
Kemudian tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. On kan rice cooker.
Ayam masak merah:
1 ekor ayam (di potong kecil2)- gaul garam dan kunyit kemudian digoreng 3 suku masak.
10 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1-2 inci halia* (agak2 la ye)
3 senduk cili mesen
2 biji bawang besar dimayang
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
setangkai daun kari
2 batang serai
1 cawan sos cili
2-3 sudu sos tomato
1 sudu kicap pekat manis
minyak utk menumis
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis rempah tumis dan daun kari hingga naik bau. Masukkan bahan blend dan cili mesen. masak hingga cili cukup masak/garing.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan serai. Masukkan juga sedikit air. Rasakan dengan garam dan gula. Biasanya sos cili dan ada rasa manis2nya. Kalau ayam masak merah terlalu manis pun tak sedap. Pada hakak la.... muak nanti sbb rasa gula sgt. Lagipun hakak dah PR melaka so podeh2 je ye... Bila rasa dah sesuai dgn tekak kita, masukkan ayam yg digoreng tadi dan juga bawang hiris. Kaup balikkan biar ayam sebati dgn sosnya. Kalau suka, blh taburkan dengan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan sedia dihidang.
Acar/pencuk:
timun, nenas, cili merah, Bawang besar, gula dan garam
(jumlahnya ikut la kesesuaian)
Potong timun dan nenas. Suka hati la nk potong bentuk macam mana, janji potong kecik2 ye. Campurkan bawang besar yg dimayang( takkan la nk letak bawang tu sebiji bulat tu kan), cili merah, gula dan garam. Agak2 sesedap rasa.... Gaul-gaulkan biar sebati..Siappp!!! Sonang yo nak oi!!!!
Last sekali jangan lupa jenguk nasi kat dalam piuk tu.. Kalau lupa nak onn suis nya.. ada pulak yg berbuka dgn ayam je... heheheh....
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه بالظهران
شركة المثالية للتنظيف بالدمام