Assalamualaikum.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.... semoga Allah bagi kekuatan utk menghidupkan balik blog ni yang dah ditinggalkan sejak 4 tahun yang lalu. Last post, 2016..errrmmmm lama tu.
Seperti yg diketahui umum, dunia digemparkan dengan jangkitan virus corona yg datangnya dari negeri China yg menyebabkan seluruh dunia terpaksa menjalankan "Perintah Kawalan Pergerakan" (PKP) ataupun Lockdown. Negara Malaysia juga tak terkecuali menjalankan PKP bg mengelakkan penularan virus ni. Malaysia mula menjalankan 14 PKP pd 18hb Mac 2020. Rasanya tak perlu la nak ulas pasal COVID 19 ni sebab semua dah sedia maklum. Namun begitu mohon doakan anak sy yang berada di US semoga selamat dan Allah pelihara drp sebarang penyakit yg memudaratkan, permudahkan urusannya utk belajar dan selamatkan dia di mana saja dia berada.
Ceritanya kat sini, semasa PKP ni kita semua diminta menjalankan kuarantin di rumah selama 14 hari. elakkan daripada bersentuhan dgn org luar dari rumah kita. Maka dgn itu, segala aktiviti makan kat luar dah tiada dlm kamus. hehehe. Jadinya, selama pkp ni, otak sis mulalah berfikir menu nak masak apa menggunakan sumber terhad yg ada di rumah je. Haahaha jangan xtau, daging yg ada dlm peti dah berumur 3-4 bulan tu, dapat la sis masak utk clearkan peti ais. Ligat jugak kepala berfikir utk sediakan menu yg semua org blh makan, jimat bahan dan mengenyangkan kami 3 beranak. bila dah main masak2 ni, ramai pulak kawan yg bminat dgn menu mudah sis ni dan mintak sis tuliskan resepi. Maka sis berazam...harap2 x tggl azam la... utk hidupkan balik blog sis yg dah berhabuk bersawang ni. Mulanya sis dgn anak sis suka2 je utk tulis menu sambil nak kosong kan peti ais. Tetiba rajin pulak nak tulis.. Maka terhasil lah menu spt di bawah.
Nanti sis akan post menu ikut hari sempena pkp ni ye.
Sekian, utk kali ini.
No comments:
Post a Comment