Tuesday, 24 March 2020

AYAM PENYET

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hari ni PKP hari ke 7. Jom sambung resepi utk menu hari ke 7 sempena pkp covid_19 ni. Sis ni xde la pandai mana pun, tp sekadar bg idea buat kawan2 di luar sana utk pikir menu masak utk family tersayang. Jauh sekali nk menunjuk. Yelah kan, nak makan kat luar totally di larang. Kalau ada pun blh oder dgn grab food je, itupun kalau ada la. Takkan hari2 nak grab food je kan. Jemu jugak. Lagipun peluang berada di rumah bersama keluarga ni la, peluang utk kita main masak2 yg selalu kita kata takde masa tu. Bolh try resepi baru yg kita jarang dapat buat. Time ni la peluang kita masak yg jarang en suami nk komplen. Makan je apa yg kita masak. Kalau dulu, xsedap dia kuar g makan kedai mamak. Kali ni no choice, telan je laaaaa hahaha.

Hari ni jom kita buat ayam penyet versi kuarantin jom. Kebetulan tokey ayam ni dalam 7 minit dr rmh sis. Call dia, minta disediakan seekor ayam, belah 4 dan bgtau harga. Sediakan duit cukup2, pegi ambil dan balik rumah terus. Tak berani nak singgah2 kedai. Elakkan daripada byk bertemu dgn org luar yg kita xtau samada pembawa virus ataupun tidak. Stay at home, stay safe dan sentiasalah mengamalkan penjarakan sosial yg betul jika terpaksa ke kedai utk membeli brg keperluan dapur.


Resepi AYAM PENYET CARA SIS
   
Ayam secukupnya( sis guna 3 bahagian ayam yg dibelah 4)

2 keping tauhu belah 2
1 keping tempe belah 4

Ulam2 yg sesuai.

Sambal
-5 ulas bawang merah kecil
-3 biji cili besar merah
-segenggam cili api(ikut kepedasan masing2)
-1/2 biji tomato
-belacan secukupnya. agak2 la byk mana ye.
-gula garam secukupnya

Cara-cara:

1. Ayam direbus dgn bawang putih dan halia hingga agak2 empuk. Masukkan garam juga dan 1 kiub ayam. . Kuah boleh dijadikan sup. Blh masukkan sedikit daun sup dan daun bawang. Ketepikan.
Keluarkan ayam, gaulkan dgn kunyit dan sedikit garam(jika ayam rebus  x masin). Goreng hingga kekuningan dan angkat. Ketuk sedikit ayam td supaya  jd leper dan lembut sikit. Ketepikan.
2. Goreng pula tempe dan tauhu yg digaul dgn garam kunyit. Angkat dan ketepikan.
3. Basuh ulam2 dan ketepikan. Kebetulan kacang panjang lebihan daging masak merah semalam ada lbh lg 3 batang, makanya sis potong panjang2. Sis tambahkan bayam brazil yg dipetik di tepi dapur sis menggantikan ulam raja. Ok dah tu kan meriah dah ulamnya.
3. Untuk sambal, goreng cili api, cili besar yg dipotong2 dan bawang kecil.. Angkat, kemudian, goreng  tomato sekejap shj. Tomato perlu diasingkan supaya senang utk proses menumbuk. Tapi kalau nak masuk blender, blh campur semua sekali. Masukkan garam dan gula secukupnya. Pastikan sambal ni takde rasa manis sgt ye, nanti hilang feel ayam penyet. Kalau yg nak rasa original ayam penyet, bahan sambal ni kena tumbuk dan pastikan tomato masuk last. Dah siap, ketepikan.

Haaa dah boleh la nak hias cantik2 dalam pinggan tu dan ambik gambar utk kepuasan diri sendiri. Selain dari tu, ahli keluarga yg nak makan pun rasa seronok je sbb macam makan kat kedai Wong solo je bila dah plating cantik2 tu kan...

Maka siaplah ayam penyet versi kita hari ni. Selamat mencuba semua. 








No comments:

Post a Comment