Friday, 10 April 2020

LAKSA JOHOR

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP yang ke 24. 
Menu hari ni sis buat Laksa Johor. Cerita pasal laksa johor ni sebenarnya dah cukup lama sis dengan anak sis dok plan. Asyik tak menjadi je. Ada je halangan nak buat laksa johor ni. 
Bila time ada gesa nak buat, ikan-ikan dalam peti ais yang dibeli oleh en suami, tak sesuai untuk dijadikan kuah laksa. Minggu lepas en suami pegi shopping ikan kat pasar Telok Gong. Boleh tahan la stok untuk 2-3 minggu lepas lagi inshaAllah. Antaranya ialah Ikan bawal, ikan terubuk, ikan siakap, ikan jenahak dan ikan cencaru... Haaa dah pasti la ikan-ikan tu tak sesuai kan... Heheheh..
Kebetulan pula semalam, ada jiran masukkan senarai yang boleh di COD time pkp ni dan di antaranya termasuklah ikan pelaling. Walaupun ikan pelaling ni kurus tak macam ikan kembung dan ikan selayang yg badannya bulat.. tapi kira boleh la kan, daripada takde. Dan ikan pelaling ni masih sesuai untuk dijadikan kuah laksa. Sis menggunakan resepi dari Azlita masam manis sebagai rujukan dan panduan. Menurut kak ita ni, ikan yang paling sesuai untuk buat laksa johor ni ialah ikan parang.. ERmmm ikan mahal tuuuuu... dan mungkin inilah yang menentukan keenakkan laksa johor agaknya. Tapi tak kisahlah... dapat ikan pelaling pun pelaling laaa.... janji ada. 
Dan untuk pengetahuan adik-adik, kakak-kakak semua, ini adalah pertama kali sis nak buat laksa johor ni... Serammmmm jugak lah sebab bahan-bahan untuk penyediaan nya agak leceh jugak lah sbb na berempah-remah bagai. Tak sama dengan buat laksa penang yang blh dikatakan semudah abc je. hehehe. berlagaklah pulak. 

Berbalik pada niat nak buat laksa johor ni, sis pun ulangkaji la resepi asal dari Azlita ni. Dan... yang nak menjadi rezeki sis pulak ialah..bahan-bahan asasnya memang semua ada di rumah dan ini adalah satu petanda baik yang tidak memerlukan sis atau en suami kena keluar untuk membeli bahan-bahan. Kalau setakat taugeh dan kacang panjang je takde, kira kita abaikan la ye sebabnya ia tak mengganggu rasa kuahnya. Yang penting bahan-bahan utk penyediaan kuahnya ada di rumah.. 
Kalau sesape tak konfiden dgn resepi sis, blh la klik link ni utk resepi asalnya. Sebabnya azlita masam manis ni org johor jadi kita kira resepi original la kann...

Contohnya
1. Daun kesum masih ada lah dalam 9-10 tangkai yang baru hidup dengan gemuk dan segarnya hasil sis semai semula pada 2 minggu lepas. Sebabnya sis dah togelkan pokok tu semasa buat asam pedas dan pais ikan patin hari tu. Sis ambik 7-8 batang yg dah togel tu, kerat2 dan sis semai semula dan nak jadi rezeki sis, hasil siram hari-hari..daun kesom tu tumbuh dgn gemuknya dan lebar-lebar daunnya walaupun hanya ada dalam 9-10 batang... selai-selai daunnya sis petik hahaha. Jadi lah daripada takde kan. Tak kuasa nk keluar demi seikat daun kesum, itupun belum tentu ada pun kat kedai.
2. Daun selasih...Nak buat laksa johor ni, bahan asar yang kena ada bagi membangkitkan rasa laksa johor ni ialah daun selasih. Pokok daun selasih rumah sis ni pulak hidup subur dgn jayanya dan makin berkembang. Alhamdulillah... 3-4 bulan lepas sis mintak dari satu kedai runcit pokok selasih ni. Pokok kat kedai tu subur dalam 3-4 pasu kalau tak salah, blh dia bagi sis 3 batang je wak... ingatkan kot la dia bagi secekak ke kann.. Tapi takpe lah... hasil dari seksanya dpt 3 batang je utk ditanam, makanya sejak hari tu, hari2 lah sis siram supaya pokok selasih ni hidup subur. Taknak dh mintak dgn org kedai tu... Hasilnya memang gemuk dan subur. Siapa sangka niat nak tanam pokok tu rupanya dapat digunakan pada masa pkp ni. Perancangan Allah kan... 
3. Bunga kantan. Setakat 2 minggu pkp ni, sis masih belum putus lagi stok bunga kantan. selang 3-4 hari jiran sis akan bagi bunga kantan ni. Alhamdulillah..itu juga dikira rezeki kan.
4. Serai. Macam biasa, selagi tak togel pokok serai jiran depan rumah sis ni, selagi itu lah sis akan ambil hahahah... Ini memang tuan serai dah maklum dah.. Ambil je dah xyah mintak kebenaran. Rezeki jugak kan dapat jiran yang tak berkira. Padahal, serai dia dah la tak banyak mana...hehehe. Ada 2 rumpun yg makin susut... Layannnnn...

Ok.. itu lah 4 bahan asas yang kadang-kadang membantutkan niat kita nak buat laksa johor ni kan.. Nak-nak pulak bila nk pegi beli time pkp ni. Bila difikirkan balik. Allah mudahkan urusan sis.. Syukur...

 Haaaahaaa panjang lebau pulak sis bercerita macam blh buat skrip drama je... Bagi sesiapa yang nak resepi asal laksa johor ni, blh klik kat link di bawah.
https://norazlitaaziz.blogspot.com/2014/12/resepi-laksa-johor-yang-paling-sedap.html
Kalau time pkp ni nak guna bahan2 yang ada di rumah je, meh la ikut resepi laksa johor cara sis.


RESEPI LAKSA JOHOR CARA SIS
Bahan-bahan:

1. Spegeti-direbus, masukkan sedikit minyak dan sedikit garam. Angkat dan ketepikan.

2. 800 gram ikan pelaling-direbus dan asingkan isinye lalu dikisar halus.
                                    -Tulang dan kepala dikisar dengan air rebusan ikan tadi. Tapis dan buang           
                                      hampasnya.
                                    - original laksa johor menggunakan ikan parang sbg bahan asas kuahnya.
3. 1 keping isi ikan kurau masin-rendam dan kisar halus
    4 sudu besar udang kering-direndam dan kisar halus 
*** satukan dua2 ni pun boleh. Senang keje kan.
4. Bahan tumis
   -7 ulas bawang merah
   -5 ulas bawang putih
   -1 inci halia
*** dikisar bahan di atas.

    -2 sudu besar serbuk jintan manis
    -2 sudu besar serbuk ketumbar
    -2 sudu besar rempah kari ikan/daging
    -3 sudu besar cili kisar
    -sedikit air asam jawa
    -1 kotak kecil santan KARA
6. -segenggam daun kesom
    -2 genggam daun selasih(ada byk jadi guna 2 genggam bagi wangi lebih sikit heheh)
    -2 kuntum bunga kantan-belah 2
    -2 batang serai-diketuk
    -1 sudu besar kerisik
    -seketul(1 sudu besar) gula melaka/kerek dan seangkatan dengannya.

7. Bahan-bahan ulam
   -segenggam daun kesum-diayang halus
   -2 genggam daun selasih-dimayang
   -2 kuntum bunga kantan-dimayang
   -1/2 batang timun-diracik halus(xreti nak potong bulat mcm org johor buat tu)
   -1 biji bawang besar-dimayang

8. Sambal belacan
    -10 tangkai cili kering direndam dengan air panas
    -1 sudu besar belacan
    -sedikit garam
**** tumbuk hingga lumat-ketepikan.

CARA-CARA:
1. Tumis bawang kisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Kemudian masuk bahan di nombor 4, kecuali santan. Biarkan rempah2 masak dan naik bau. 
3. Masukkan serai semasa kemudian masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air rebusan ikan. Biarkan mereneh seketika.
5. Masukkan isi ikan, isi ikan kurau dan udang kering. Biarkan ia mendidih seketika. Tambahkan air. Agak-agak supaya kuah laksa tak cair. 
6. Masukkan bunga kantan, kerisik, gula melaka, daun kesum dan daun selasih
7. Perasakan dengan garam secukupnya.
8. Masukkan santan dan kacau sebati supaya santan tak berketul.
9. Bila dah secukup rasanya, tutup api dan sedia dihidang.













No comments:

Post a Comment