Assalamaulaikum wbt
Hari ni PKP ke 37.
Seperti yang sis bgtau dalam post yang sebelumnya yang sis akan masukkan resepi pais telur ikan parang. Telur ikan parang ni punyalah besar yang sis rasakan berat blh mencecah 300-400 gram kot. Tak terfikir pulak nak timbang.
Kisahnya nak cerita kat sini yang sis ni memang peminat telur ikan. Tak kira lah telur ikan apapun. Waima telur ikan kembung pun sis boleh kutip utk digoreng ataupun bila dah siap masak, sis akan cup dulu ikan yang ada telur. Orang lain tak blh buat apalah kan, sbb sis mmg jaga dapur setiap masa.. Tapi kalau telur ikan yang besar-besar takdelah sis nak tamak sensorang pulak. Anak-anak dan suami pun suka juga makan telur ikan. Cumanya kalau telur ikan kecik tu, diorg memang mengalah la. heheheeh. Kalau dulu-dulu pantang jumpa telur ikan di pasar atau di pasaraya, sis mesti beli dan masakan feberet sis ialah masak lemak telur ikan. Mak ai..memang sedap betul. Cuma sejak2 kebelakangan ni, sis takde lah nak beli telur ikan ni sbb kekononnya telur ikan banyak kolestrol. Tak boleh selalulah.. sekali sekali kira ok...Tapi kali ni sis memang tak blh nak bajet pantang telur ikan ke apa..
Dapat pulak hari ni rezeki beli ikan parang dapat telur yg sangat besar. Sis kira boleh makan 5-6 orang untuk buat lauk. Bayangkan kami bertiga makan telur yang besar tu... huishhh memang puas hati betul... Tapi kan nak bagitau yang telur ni dah merening betul(bak kata orang Melaka).. Maknanya terlalu besar dah macam nak meletup. Nak keluarkan dari perut ikan tu pun kena buat dengan extra kasih sayang. Nak goreng ke nak buat gulai ke memang tak boleh sebab telur ni akan pecah. Makanya, datang idea untuk buat pais telur ikan. Balut dangan daun pisang dan bakar adalah langkah yang selamat supaya telur ni tak bertabur gitu. Maka terhasillah pais berlada telur ikan. Biasanya kalau di negeri Pahang, ais telur ikan sungai ni memang biasa, dan telur ikan sungai akan mengeras bila di masak samada di gulai ataupun di bakar.
CERITANYA KALAU ADA BANYAK TELUR IKAN LAH.. Kalau takde telur ikan pun, blh je guna ikan sebagai asas untuk buat pais berlada ni. Dapat ikan tenggiri ke, ikan siakap ke,... sedap jugak....
RESEPI PAIS TELUR IKAN
Bahan-bahan:
300-400 gram telur ikan
4 ulas bawang putih-ditumbuk
5 ulas bawang kecil-ditumbuk
1/2 inci halis-ditumbuk
1 batang serai-diketuk
1 kuntum bunga kantan-dihiris
5-6 helai daun limau purut
2 helai daun limau purut dimayang
5-6 sudu besar cili kisar(ikut kesesuaian)
kunyit dan garam secukupnya
sedikit paste asam jawa
Cara-cara:
Sediakan foil aluminium mengikut saiz telur yang ada
Alas dengan daun pisang
Gaul sebati paste asam jawa, daun limau purut yang dimayang, garam, kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan cili kisar.
Ambil 3-4 sudu besar bahan campuran dan letak di atas daun pisang tadi.
Letak telur ikan di atasnya dan kemudian, letak baki campuran tadi di atas telur ikan. Letak juga baki daun limau purut, bunga kantan dan serai.
Tutup pula dengan daun pisang
Balut dengan foil aluminium dengan kemas.
Letak di atas non stick pan dan bakar dengan api perlahan. Setiap 5 minit, balikkan bungkusan telur ikan itu.
Kalau letak dalam magic pan yang bertutup, lagi senang.. Balik-balikkan sahaja magic pan tu bergilir-gilir.
Bila dah masak tutup api dan sedia dihidang.
**** Kalau buat pais guna ikan, blh tambah daun kesom utk menambahkan aroma ikan bakar tu..
Selamat mencuba semua...
No comments:
Post a Comment