Wednesday, 30 June 2010

Kehidupan baru di bumi Australia


Life In OZ

Sebenarnya, dah lama sangat aku berhajat nak tulis sedikit catatan berkenaan dengan kehidupan baru aku di bumi Oz ni. Asyik bertangguh je... Tup tup dah setahun lebih dah aku melalui fasa baru ni.. silap2 esok, aku dh balik Mesia, satu catatan pun tak jadi.. Setinggi ucapan terima kasih buat kenkwan yang masih sudi memberi galakan pada aku untuk ceritakan kisah kehidupan aku di sini. Aku rasa macam takde modal je nak kelentong korang semua...Haahahah...jangan marah ye gang!!! Lagipun ada satu perkara yang membataskan niat aku untuk membuat catatan kat blog ni. Ada perasaan malu dan segan sebab skill menulis aku dah lama aku tinggalkan.... Yang aku ingat, aku betul2 buat ayat pun ialah masa menjawab soalan SPM. Lebih 20 tahun tuuu... Ayat aku sekarang ni dah mengalahkan bahasa pasar, rasanya orang kat pasar pun boleh buat ayat yang betul kot... Tapikan, kawan aku ada cakap, bahasa blog ni biar ringkas, sempoi dan objektif untuk bagi info tu tercapai. Jadi, hari ni aku mulakan lah dengan mottonya..."belasah je lah, asalkan message tercapai ye"...hehehe. Lagipun catatan ni untuk aku kenang semula bila aku dah kembali ke tanahair nanti. Sekurang-kurangnya, bila aku baca balik catatan ni, boleh imbas kembali memori indah semasa berada di bumi melben ni...kan..kan..kan...


FEBRUARI 2009

Awal Februari kami dah dapat rumah sewa. Apa lagi, aku kenalah kemas rumah apa yang patut. Maklumlah... dah macam orang yang baru nak hidup. Beli kelengkapan dapur, pinggan mangkuk, periuk belanga dan yang seangkatan dengannya. Kalau tak, dapur tak berasap beb!!...Emmmm..banyak jugak nak kena keluar duit tu.. Tapi kan, kalau korang nak tahu, aku siap bawak periuk , rice cooker, cerek elektrik, sudu, dan 4 biji pinggan dari Mesia tau... (Macam lah kat oz ni xde jual benda tu semua kan..heheh). Semua kenkwan aku kat sini ketawakan kitorang.. Hishhh...buat malu je. Nak buat mcm mana. Masa tu, tak tau nak refer pada sapa. siap angkut printer lazer jet dr Malaysia, sedangkan kat sini boleh dapatkan printer dengan harga $70-$100. Itulah kan, kalau tak dapat info yang tepat, macam2 boleh jadi.

Aku pulak cuba untuk membiasakan diri menjadi surirumah sepenuh masa... Ahhhh boringnyaa.... so, Untuk menghilangkan keboringan aku tu, boleh kata hari-hari lah aku akan ikut suami aku pergi universiti. Kebetulan pulak suami aku ada minggu orentasi. Aku pun dah kira macam student U jugak yang menjalani minggu orientasi bersama-sama... heheheh perasan je aku masa tu... Bukan apa, ambik berkat, kot kot lepas ni datang seru untuk further study lagi..ye tak. Doa-doakan je lah ye.


~minggu orientasi @ LTU~


Anak aku yang lelaki bersekolah di Reservoir East Primary School dan anak perempuan aku di Reservoir District Secondary College. Dua-dua sekolah ni berdekatan dengan La Trobe University, tapi agak jauh dari rumah kitorang (dalam 15 minit drive). Sebenarnya, kami dah daftar sekolah anak-anak sebelum dapat rumah sewa. Bila dah dapat sekolah, pertukaran hanya boleh dibuat selepas 6 bulan. Jadi dipendekkan cerita, biarlah diorg terus je bersekolah kat situ hingga hujung tahun 2009. Yang bagusnya, kebanyakan sekolah kat sini cuma pakai t-shirt je. Tapi, ada jugak sekolah yang wajibkan pelajar-pelajarnya pakai uniform. Pilihan warna dan uniform berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Bagi anak lelaki aku, memang senang je, cuma beli sehelai t-shirt di sekolah yang ada logo sekolah. Untuk pelajar perempuan aku pulak, kena beli summer dress, t-shirt sekolah warna biru dan juga t-shirt sukan warna putih. Summer dress ni dipakai pada musim panas yang boleh diselangseli dengan t-shirt sekolah. Manakala pada musim sejuk kena sarungkan jumper di sebelah luar. Bagi pelajar-pelajar lelaki, senang je, t-shirt sepanjang tahun bersama dengan jumper (time winter). Aku lagi suka, tak perlu susah payah nak gosok baju sekolah macam kat mesia tu.


~Muka budak yg bersemangat nak pegi sekolah~

~Summer dresses utk primary & secondary school~


Satu lagi, yang aku suka... institusi pendidikan di sini tidak menghalang pelajar-pelajar muslim memakai tudung. Mereka tak pernah mewujudkan diskriminasi beragama, disamping menghormati agama dan pegangan masing-masing.





Tuesday, 29 June 2010

Belajar Istilah Baru di Oz

Bila aku dah berada di bumi asing ni, maka banyaklah perkataan baru yang sememangnya begitu asing jugak dengan aku... Banyak juga istilah2 baru yang aku kena biasakan selepas ni... Kalau dulu aku biasa dengan Lembah Keramat, Taman Bidara Indah, Masjid Tanah, dan sebagainya, tapi sekarang ni aku kena biasakan menyebut perkataan seperti Thomastown, Mill Park, Reservoir, Heidelberg, Broadway, Bell St, dan macam-macam lagi.. Nak tergeliat jugak lah lidah aku bila nak sebut benda-benda ni... Tapi tempat yang aku tinggal ni pulak dah macam dok kat Mesia je, sebab namanya pun macam senang je nak sebut... Alamat rumah aku 22 Mindoro crescent, Lalor. Tempat yang aku tinggal ni, ramai juga masyarakat muslim. Melalui pemerhatian tak rasmi aku lah kan,,... rasanya diorg ni terdiri daripada orang Turki, Albaniah, Somalia, Arab, Lebanon dan juga Afrika Selatan. Kedai2 yang menyediakan makanan HALAL pun tak susah...Lebih-lebih lagi untuk dapatkan bekalan daging halal. Kiranya dalam 5-6km, aku boleh dapatkan 4 buah kedai yang menjual daging Halal.... Selain tu jugak, terdapat kedai-kedai yang dimiliki oleh orang-orang Vietnam yang menjual dan membekalkan makanan untuk orang Asia. Kalau setakat nak dapatkan maggi, sos cili, sos tomato dan beberapa product Malaysia, memang tak susah. Bawak je duit...semua boleh dapat.

Mula-mula aku sampai kat oz ni aku cam susah hati je... Takut je susah nak dptkan bahan-bahan mentah dan yg pentg makanan halal... Siap buat plan kononnya dok kat sini kena belajar makan roti je. Rupanya, kat sini lagi byk syurga makanan.. Lagi meriah.. Kat Malaysia pun tak semeriah itu. Ingatkan dapat lah aku kuruskan badan bila berada di sini..emmmm tapi sebaliknya berlaku... lagi makan tak ingat dunia... Hilang program dan hajat nak berdiet... Apa taknya suami aku datang sini, siap bawak tukang masak mesia tuu..... So, sebut je apa nak makan, gerenti dapat punya kan...

Monday, 28 June 2010

Life In OZ...Kereta vs GPS

Di Melbourne ni kalau kita nak bergerak ke mana2, byk kenderaan awam yang boleh kita pilih, dan boleh dikatakan efisen jugak masanya seperti tram, bas, teksi dan keretapi. Yang peliknya, cepat dan tepat pulak masa perjalanan diorang ni... tp... klu nk senang kena ada kereta sendiri... so menjadi satu kepentingan bagi kebanyakan student yg ada fmly kt sini utk ada kereta. Biasanya diorg akan beli kereta yang murah sekitar $2000-$3000 je. Asalkan dapat bergerak. Tapi, risiko membeli kereta yang terlalu murah pulak ialah, kekadang suka2 kereta tu nak berhenti kat tengah jalan, kekadang pulak tempreture boleh naik tiba2 dan mcm2 mslh lg yg aku dengar dari mereka yg terdahulu berada di sini. Selama ni kitorg pinjam kerete kwn utk bgerak ke sana ke mari.. Selepas seminggu berada di bumi Melbourne, akhirnya suami aku beli jugak kereta.. Harga $5000, lbh krg RM12500 (sbb masa tu currency $1=RM2.5). kereta second hand...

~Haaaa...Ni la kete kitorang.... ala2 ferrrari gitu...~

Satu lg peralatan yg penting utk membantu kitorg di sini ialah GPS. kiranya lah kan..navigator ni akan membantu kitaorg kalau nk pegi ke mana-mana di bumi Australia ni. Di Malaysia dan Singapura pun dah ada org mgunakannya cuma tk secara meluas lagi kot. Ada benda ni senang je nak bgerak atau nak tuju ke satu2 tempat.. set alamat yang hendak dituju dan klik 'GO', terus je GPS ni tunjuk jalan..siap ada suara lagi (hehehe jakun je aku masa baru2 tgk benda alah ni)...Lepas tu GPS ni akan cakap...turn right, turn left, enter round about... so kalau kita dengar ckp dia.. gerenti tak sesat punyer.... Tanpa bantuan GPS ni, silap haribulan rumah sendiri pun kitorg tak jumpa... Dan masa mula-mula masuk rumah sewa kami ni pun, kami cuba nak balik rumah tanpa GPS, emmmm....3,4 kali pusing tak jumpa jugak jalannya.. hishhh... nampak macam complicated sgt la pulak kan?...

~Inilah rupa bentuk budak cerdik yang aku ckp kan~

Sebenarnya bukan apapun, tempat ni kan masih baru bagi kami, so belum dapat nak kenalpasti lagi jalan kiri kanannya. Maka, kat sinilah kuasa GPS memainkan peranan yg tersangat penting. Tapi kan, GPS ni memang kena ada je kat dalam kereta, sebab banyak tempat yang hendak dituju, kena guna perkhidmatannya...Sekian terima kasih... Nanti cerita bab lain pulak k....

Sunday, 27 June 2010

Life In Oz....Misi Mencari Rumah Sewa...



Seminggu berada di bumi Melben ni, betul2 menguji kesabaran aku. Bayangkan, suhu seminggu tu sekitar 38 C-48 C... Paannnaasss!!!!

Hampir setiap hari juga kami cuba mencari rumah sewa. Lecehhhh betul..! Dalam hati, sentiasa berdoa semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami di sini. Tak seperti di Malaysia, bila tengok rmh, berkenan dan terus boleh masuk rumah pada hari yang sama.. di sini pulak lain caranya... Pertamanya kita kena mencari-cari di dalam internet dengan bantuan En Google dan cari rumah2 yang diiklankan utk di sewa.. pastu kena buat inspection dulu (tengok rmh), itu pun tak boleh sesuka hati je nak datang pukul berapa.. kena ikut time diorang...Kalau appointment tu jam 4.10-4.20 ptg so kita kena tunggu depan rmh yang dibuka untuk inspection.. kalau lambat atau terlepas masa tu, ejen terus balik dan tak layan kita... lain rmh, lain pulak masa inspection dan lain pulak ejen hartanahnya. Kalau masa untuk membuat inspection bertembung, makan kami terpaksa lah melepaskan salah satu daripadanya. Nak dapatkan rumah sewa mesti melalui ejen je. Tak boleh terus deal dengan tuan rumah. Malah, pemilik rumah pun kitorg tak kenal. Mereka akan serahkan kepada ejen utk menguruskan segala-galanya. Dalam cuaca yang extreme panasnya tu, terpaksalah kami terkejar2 ke sana ke mari untuk membuat inspection rumah. Memang leceh dan kena peka kat mana ada rumah yang ada buat inspection.

Dan.. org yang setia membawa kami mencari rmh sewa ni sudah tentu lah Hamzah dan Fiza. Sebab diorg ni dah memang arif dgn selok belok tempat ni. Bila dah tengok rumah, sebelah malamnya suami aku akan pulun pulak mengisi borang. Dah banyak borang permohonan yg kami isi, tp satu pun tk dpt jwpn lagi. Ni yg buat aku stress setiap hari.. Maklumlah.. duduk rmh org.. aku tak selesa nak menyusahkan tuan rumah.. Boleh naik migrain dibuatnye..Memang betul-betul menguji kesabaran aku. Tapi aku patut bersyukur kerana kawan aku ni memang baik sesangat. Cuma aku je yang tak sampai hati sebab takut menyusahkan dia sebab lama sgt menumpang di rumahnya. Untuk Azni... Terima kasih banyak2 ye. Segala budi baik mu akan ku ingat sampai bila-bila.. Insyaallah...

30 Januari 2009, baru lah dpt panggilan telefon dari ejen.... kami dah dapat rmh untuk di sewa dan boleh mula masuk rumah bermula 2 feb. Memang happy sangat.. Tapi kan, ada satu perkara yang korang patut tahu... Bayaran sewa rumah kat OZ ni tak seperti di Malaysia... RM250-RM300 sebulan. Berbeza dengan di sini di mana sewanya adalah AUD250-AUD350 seminggu. Bayaran sewa rumah kami ialah AUD 260 seminggu dan kalau nak di darabkan dgn 4 minggu lbh kurang $1200 sebulan. Kalau kita sesaja nak convert kepada Ringgit Malaysia lbh krg RM3600 sebulan... Wowww!!! tu dh kira org kaya kt Malaysia je yg sewa rumah semahal tu kan..... Tapi inilah kehidupan aku di bumi Australia ni.. Kehidupan harus diteruskan...

Inilah rumah yang kami duduki sepanjang pengajian suami aku di bumi Melbourne ni... Cantik tak????


~22 Mindoro Crescent, Lalor~



Pertama kali Menjejakkan kaki di Bumi Melbourne.....

Pejam celik, pejam celik.. dah setahun lebih aku berada di bumi AUSTRALIA ni.. Rasenya baru je semalam aku menjejakkan kaki di bumi yang sungguh asing buat aku dan keluarga. Sekarang, dah tinggal beberapa bulan lagi kami akan kembali ke tanahair tercinta.. Terbayang lagi detik2 keberangkatan aku sekeluarga ke Melben setahun yang lalu. Macam2 perasaan yg bermain di fikiran. Boleh ke kitorg hidup kat tmpt org? Macamana cara hidup di sana nanti? Yang penting boleh ke nak sesuaikan dgn makanan org OZ? dan macam2 lagi... Sebulan tu memang tak lelap mata. Dok terbayang-bayang tentang kehidupan kami di Australia nanti.

Aku sepatutnya bersyukur sesgt, sbb sebelum tiba di Melbourne ni, suami aku dah berhubung dengan kwn2 yg lebih dulu sampai di Melben ni. Alhamdulillah..aku perlu berterima kasih kepada Azniyati dan keluarganya kerana sudi menumpangkan kami di rumahnya untuk sementara waktu. Hanya Allah saja yg membalas segala jasa dan kebaikannya. Terima kasih yang tak terhingga juga buat Hamzah dan Fizah kerana sudi menjemput kami dari Airport.

Tanggal 19hb Januari 2009, buat pertama kalinya kaki aku berpijak di atas bumi Melbourne ni. Hari pertama tiba, memang excited tak terhingga. Macam tak percaya je kami dah berada di bumi Melbourne ni.
Baru dua tiga hari berada di sini, anak2 dah mula demam, maybe masih belum dapat sesuaikan diri dgn cuaca kt sini yg agak panas...Macam tu jugak dgn aku. Demam, selsema dan batuk.. Eeee tention betul aku masa tu... Selepas seminggu we all sampai,(28,29,30 Januari) Suhu ketika tu mmg terlalu panas.. Menurut org kt sini, summer tahun ni paling panas sejak 30 tahun lalu, suhunya sehingga mencecah 41 C-50 C pada minggu tu. Betul2 menguji kesabaran. Mungkin jugak ianya kesan dari kebakaran Kinglake yang memusnah kan hutan2 dipersekitarannya. Pannas berasap!!. Bayangkanlah kalau semalamnya suhu 16-20 C... tup2 esok suhu blh bertukar kepada 45 C. Aduh.. tk terdaya rasanya untuk menghadapi semua ini. Angin yg bertiup pun bukan angin sejuk tapi angin panas. Semcm duduk dan bersandar kat sebelah oven je. Rasanye kalau letak ayam kat tgh padang pun blh masak kot. Tapi kan, inilah sebahagian dari kenangan-kenangan yang akan kami kenang bila kembali ke tanahair nanti....


Monday, 21 June 2010

POPIA BASAH

Nak sambung pos semalam. Berbalik kepada popia basah pulak...Kalau kat Malaysia aku memang tak pernah dan tak rajin nak buat popia basah ni. Kalau setakat nak makan pegi je kat Bandar Hilir... dan belilah seberapa banyak yang kitorg suka. Tapi kat sini...mana nak cari kan? Lagipun tak sampai hati bila anak2 sebut pasal makanan yang xde kat sini. Hari ni bukan lah kali pertama aku buah kuih ni.. Aku rasa dah 4,5 kali dah kot. Anak2 pulak dok puji lebih2 pasal kuih popia yang aku buat...emmm aku pun lebih2 lah perasannya. Macamana nak buat popia basah ni ek? Sila tengok resepi kat bawah ni...






Bahan2 nya

Untuk Kulit
2 cwn tepung gandum
2 sudu cuka
sebiji putih telur
garam dan air secukupnya
.



Bahan2 utk sambal

cili blend + bwg putih + bwg merah + 2 sudu kicap +garam +gula
tumis semua bahan sehingga garing


Sayur-sayurnya
kobis, lobak merah, sengkuang, tauhu

tumis bwg putih dan bwg merah

masukkan sos tiram, garam. Masak hingga layu



Cara-caranya

1. Bancuh semua bahan di atas agak2 macam nak buat jemput-jemput kot.. lepas tu biarkan setengah jam.. Kemudian gunakan non stick pan utk buat macam kat bwh ni...

2. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal, letak inti dan tabur bwg goreng.


3. Lipat macam biasa.




4. Popia siap untuk dimakan....Yummmyyyyy!!!!

So, selamat mencuba semua.....daaaaa........!!!




Sunday, 20 June 2010

Popia Basah dan Yong Taufu

Hari ni aku buat popia basah dan yong taufu untuk berbuka. Alhamdulillah hari ni dah 7 hari kami berpuasa sempena bulan Rejab. Yang seronoknya berpuasa waktu winter ni sebab masa singkat sangat. Pukul 6 pagi masuk suboh dan maghrib pulak jam 5.08 minit. Sekejap je kan?Rasa rugi sangat kalau aku tak ambik kesempatan utk berpuasa.

Dekat bumi melbourne ni tak susah nak cari bahan2 utk buat YTF ni... yang lebih seronok lagi bahan2 tu semua adalah buatan Malaysia yang pastinya ditanggung HALAAALLLL!!!! Dua hari lepas aku ada buat mee kuning so amat sesuai sgt kalau di makan bersama sup YTF ni.


Dannn.....


INILAH SUP YONG TAUFU VERSI AKU.....!!!!




~YTF sesuai dimakan bersama mee or bihun~


EEMMMMM.....SEDAAAPPP!!!!!!


Nak resepi Popia Basah? Tunggu pos esok je lah ek.....


Sunday, 6 June 2010

The Cutest Marissa!!! Happy 1st Birthday...

Minggu ni ada birthday party lagi.... Yea!!! makan-makan... Kali ni kami dijemput oleh Asra & Wadi untuk menghadiri majlis hari jadi anaknya. Baby comel yang empunya nama Allana Marissa....Secomel namanya...1st Birthday Party!!!... Kalau minggu2 sebelum ni dgn tema hitam putih dan biru putih,..... Kali ni pulak temanya ialah PINK.... Ramai jugak jemputan yang hadir. Yang pastinya mereka ni terdiri drp kenkwn besday girl punya mummy n daddy.

Kalau kita hadiri majlis hari jadi, biasanya ada besday cake... tp kali ni ada sikit kelainan sbb ada besday cookies... Cantik gak sesekali buat perubahan.. Aku suka paternnya.. nampak simple but look nice. Blh ambik idea utk decorate kek aku lepas ni.... hehehe..Yang menariknya lagi, kanak2 yg dtg party hari tu dihiburkan oleh Mr Clown, yang dibawa khas oleh tuan rumah.. Nampak happening sangat....
~Birthday cookies~
~cha dgn mummy n daddy die~
~cha yg sporting~
~cute~
~abg faveret~
~us~
~siap ada mr clown lg~

Akhir sekali, special THANKS to the tuan rumah
(Asra n Wadi) kerana sudi menjemput kam
i...