Friday, 25 February 2011

Daging Goreng

Sekarang ni tengah demam nak masukkan entry masakan la pulak. Tu yang pantang aku masak je, aku terus tangkap gambar..hahah... Hari ni aku masak tomyam, sayur peria berlada dan daging goreng dengan kacang panjang. Saje-saje nak cuba ubah citarasa. Kebetulan pulak kami menjemput kawan untuk makan malam di teratak indah kami ni. Camner dengan rupa paras pada gambar ni? Ok tak...


~Daging goreng bersama kacang~

Sebenarnya aku ni segan je, nak letak resepi kat sini..Macamlah aku ni pandai sangat... Lagipun semua orang boleh buat masakan yang senang camtu... ye tak? Takpelah, bagi sesape yang nak ikut resepi kat bawah ni, amat2 dialu-alukan...Sila-sila lah yea....

Resepi Daging Goreng Berkacang

500 gram daging- hiris nipis-nipis
(gaulkan garam dan kunyit)-digoreng separuh masak
5 ulas bawang putih
4 tangkai cili padi
3 biji bawang merah
2 biji bawang besar (potong bentuk wedges)
sedikit sayur kacang panjang
1 biji lada benggala kaler merah
2,3 biji cili besar-hijau (blh juga guna lada benggala hijau)
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
garam secukupnya

Cara-cara: Daging digoreng, angkat dan ketepikan. Tumbuk bawang putih, cili padi dan bawang kecil (boleh guna bwg besar). Lada benggala dipotong kiub. Cili besar dipotong memanjang. Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan kacang panjang. Jangan lupa masukkan kicap dan garam. Gaul dalam 2,3 minit. Masukkan daging, bawang potong, lada benggala dan cili hijau. Gaul sebati sekejap je dan tutup api.

~peria berlada~

Peria goreng berlada
1 biji peria
4 ulas bawang putih-ditumbuk
1 biji bwg besar-ditumbuk
segenggam ikan bilis- ditumbuk
2-3 sudu cili blend

Cara-cara: Peria yang sudah dipoting nipis direndam dengan air garam lbh kurang 1/2 jam untuk mengurangkan rasa pahit peria. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar. Bila dah garing, masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan peria dan sedikit air untuk empukkan peria. Bila dah kering dan peria sudah empuk, boleh lah diangkat dan sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment