Saturday, 26 February 2011

"SAIFUL NANG" IN MELBOURNE!!


Hari ni aku rasa hari yang sangat bertuah. Sebabnya, aku dapat peluang keemasan untuk berjumpa '4 mata' dengan 'public figure' yang amat terkenal dalam bidang fotografi di Malaysia iaitu SAIFUL NANG.. Saiful Nang ni pernah memenangi " The Most Outstanding Youth 2010" yang menjadikan kerjayanya dibidang fotografi semakin menyerlah dan bersinar-sinar... Sejak aku mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi ni, nama 'Saiful Nang' memang tidak asing lagi dalam diri aku ni. Lama-kelamaan, aku tak dapat nafikan bahawa aku mula meminati karya seninya. Kalau ada peluang je, aku akan cuba belek2 dan tengok hasil sentuhan dia ni. Memang hebat dan mengagumkan!

Tetiba pulak aku dapat info yang Saiful Nang ni ada kat Melben dan berbesar hati untuk bertemu dengan peminatnya.. So, apa lagi...kalau di Malaysia, dah tentu aku kena berebut-rebut dengan puluhan ribu peminat-peminat dia kan... Peluang yang ada ni, memang aku tak sia-siakannya. Yelah kan..... bukan senang tau! Sebenarnya aku dapat info ni pun daripada peminat TEGARnya, Si ibu mengandung, pemilik nama "SITI HANUM" merangkap 'informer' aku....Lepaslah hajat dia nak jumpa Saiful Nang ni kan...dan harapnya, baby yang bakal dilahirkan nanti takdelah meleleh air liur dia....Hehehe......Terima kasih juga buat para suami yang memahami yang sudi menghantar isteri ke lokasi yang ditetapkan... Hmmmm..memang teramat happy, walaupun badan aku tak berapa sihat tapi masih kuat semangat untuk ke bandar melben berjumpa dgn Saiful ni. Memang menjadi hari yang bersejarah buat aku. Dan yang bagusnya, Saiful Nang ni seorang yang simple dan tidak sombong.

Sebelah malamnya, seperti yang dijanjikan aku dan hanum balik ke rumah dengan keretapi... Disebabkan teramat penat lebih2 lagi masing-masing tak sihat sangat, kami plan nak tido je dalam train tu sampai ke stesyen terakhir di Epping...tapi.... malangnya, baru je sampai hentian ke 4..kami kena keluar train dan kena naik bas yang dah disediakan kerana landasan dalam pembaikan... eeeeeee bengangnya..... Anyway, walaupun penat, kami amat berpuas hati dan masih boleh tersenyum lebar sampai ke pagi esoknya...hehehe...

~Me & SN~
~Ini peminat TEGAR SN~

~Dinner @ Madam 'K'~


1 comment:

  1. wahhh lepak kat mana tu? tetiba rindukan melben. sob sob sob!

    ReplyDelete