Apa khabar ek korang semua... Kat Melben ni dah mula rasa sejuk dah. Walaupun musim luruh dah sebulan berlalu, tapi baru seminggu ni je rasa betul-betul autumnnya. Suhu minggu ni lebih kurang 9C-19C. Kalau nak dibandingkan dengan cuaca pada tahun lepas, awal April tu pun dah rasa sejuk sesejuknya dahpun. Tetiba pulak aku jadi cam pekerja ramalan kajicuaca kan....biasa lah kan, kasi intro dulu.
Ok la, kita citer pasal entry hari ni lah ye. Semalam, aku buat puding jagung kastard ni. Kebetulan ada ramai tetamu yg sudi singgah kat rumah aku semalam. Ada yang baru balik collect data dari mesia lain, ada yang datang dari Mesia untuk conference lain, yang saje2 aku ajak datang lain dan ada jugak yang dijemput datang sempena nak berangkat pulang ke tanahair selepas tamat tugasan di bumi melben ni. Alhamdulillah...meriah jugak la rumah aku ni kan...dari breakfast, makan tghari, minum petang dan di akhiri dgn grup dinner. Paginya aku sediakan ketupat, kuah kacang dan rendang ayam sebagai sarapan pagi. Kemudian ada pulak cheff jemputan merangkap bidan terjun untuk buat nasi briani disamping aku sediakan kari daging. Lepas tu kami sesama menikmati puding kastard ni untuk minum petang. Sebelah malamnya pulak aku menjamu kawan yang dah nak balik ke Malaysia for good (Kak nik maheran-Assiociate Prof). Dalam banyak2 menu hari ni, hanya puding kastard ni je yang sempat di'snap' gambarnya di tengah2 kesibukan tu... hehehe.
Sebenarnya, nak buat kastard ni taklah susah sangat. Cuma perlukan beberapa kombinasi bagi menghasilkan kastard yg ada kelainan sikit.. Pertamanya, kena sediakan puding jagung, diikuti dengan susu segar, dan salad cocktail.
Resepi Puding jagung: (aku dapat dari jiran aku di Malaysia, tq kak zan)
1 tin jagung krim
1 tin tepung kastard
4 tin santan + air (blh combine 1 tin santan + 3 tin air) ~kt melben ni aku guna santan tin je
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
Cara-cara: Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau di atas api perlahan. kacau sehingga pekat dan likat. Tutup api, angkat dan masukkan dalam bekas kaca@loyang ataupun acuan yang kecik2....Sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.
Untuk penyediaan:: Sediakan susu segar dan fruit cocktail. Di Melben ni aku guna fruit salad yang dibeli di 'COLES' ataupun 'WOOLWORTH' jenama 'golden circle'. Bezanya fruit salad dangn fruit cocktail ni ialah..fruit salad ni, bahan2 di dalamnya dah pun dihancurkan. so rasa lebih sedap kalau nak di makan bersama puding jagung dan susu ni. Di malaysia, aku tak pasti jenama apa yang ada. Kalau tak pun, boleh je guna fruit cocktail yang biasa yang terdapat di pasaran. Sediakan mangkuk..Masukkan puding jagung, sedikit fruit salad dan tuangkan susu segar. Aku suka guna susu brand 'devondale' sebagai kuah kastard ni.. Lepas tu, apa lagi...suap aje lah ke dalam mulut anda....dan nikmati keenakannya...cewahhhh!!!! Selamat menjamu selera ye.....
Assalamulaikum Jumee
ReplyDeletememang kenalah dengan cuaca yang panas ni memang sedap makan dessert macam ni. lama juga rumah kak ct tak buat pencuci mulut. kalau buat tak yah tunggu lama2 sure bersih. ramai sangat peminat dessert kat rumah akak.. hihi
w'salam kak CT...
ReplyDeletememang pun laju je makan kak...nak pulak bila makan beramai2 sambil berebut-rebut..cepat je licin... yang membuatnya rase seronok je kan...