...tengah demam nak mengupdate blog ni..Jadinya aku kena carik balik gambar2 masakan kat arkib yang mana belum sempat dimasukkan entrynya di sini. Ikan stim ni pun aku dah lupa bila masa aku membuatnya.. Lebih kurang bulan Julai tahn lepas kot...heheheh... lama tuuuu...... Korang nampak tak sawang-sawang kat tepi gambar tu..menunjukkan gambar ni dah berkepuk dah..berabuk sana sini dah pun..Aku tak kira, aku nak jugak masukkan gambar ni... Gambar lama pun lama lah ek.. Asalkan hati aku senang...Hidup tak susahkan sesapa ok....
Stim Fish:
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap @ barramundi
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili padi
3 helai daun limau purut
2 batang serai
3 biji buah asam boi/asam masin (blh ganti dengan perahan air limau)
1 biji buah tomato
beberapa keping cendawan kering/dried shitake
1 sudu sos tiram
sedikit garam dan gula
1/2 cawan air
Cara-cara:
1-Ikan siakap dibersihkan terlebih dahulu.
2- Bawang besar, bawang putih dan halia dimayang
3- Serai diketuk sebatang dan sebatang lagi dimayang
4- Cendawan direndam dalam 1/2 jam sebelum dipotong
5- Tomato dibelah 4, cili padi dibelah dua.
6-Masukkan ikan yang telah dibersihkan di dlm bekas. taburkan ke semua bahan hirisan tadi. Letakkan juga asam boi.
7-Letakkan sos tiram, daun limau purut, air, garam dan sedikit gula. Kukus selama 30-40 minit ataupun sehingga ikan masak. Angkat dan hidangkan...
P/s: Kepada sesape yang takde periuk kukus, ini bukan alasan utk korang malas buat ikan stim ni... Kekadang aku pun malas gak nak keluarkan periuk kukus. Senang je caranya.. Sediakan bahan2 seperti di atas dan masukkan dalam kuali je. letakkan sedikit air (kalau blh letak air lbh sikit).. tutup kuali dan masak seperti biasa menggunakan api perlahan. Sebenarnya, cara ni ikan lagi cepat masak...
Mudah dan senang kan....
Selamat Mencuba ya!!!
No comments:
Post a Comment