Sunday, 20 November 2011

Kerabu Kacang Botol

Assalamualaikum.... Selamat pagi ahad diucapkan buat semua. Ni dah kira masuk hari ahad dah ni..Jam menunjukkan pukul 12.45 pagi. Aku nak masukkan entry ni, sebelum beradu. Hari ni, (sebelah siangnya la kan) nak pegi 2 majlis Walimatul urus kat Putrajaya... Salah satunya adalah majlis perkhawinan bekas pelajar LTU, Melbourne, Australia. Inilah peluang nak jumpa kenkawan yang pernah sama-sama berada di bumi Melbourne dulu. Aku pulak akan berada di Kuala Lumpur selama seminggu. Maybe, kurang bersiaran di laman maya ni. So, sesape yang berada di sekitar sana, blh la calling2. Sesapa yang nak contact number, blh inbox k...Ok, berkaitan dgn kerabu kacang botol tu, aku dah buat ni dah lebih sebulan lepas dah kot, dah terlupa dah..hehehe..punya lah lamanye aku perap gambar ni. Aku buat kerabu ni masa ada pertandingan memasak menu sihat kat sekolah, anjuran unit kesihatan Alor Gajah. Saje je nak share resepi ala-ala untuk kesihatan gitu..Amalkan makan ulam-ulaman...hahahha..ye ke ni?.. Bagi sesape yang nak amalkan memakan ulam-ulaman ni, jom kita tgk cara buat kerabu yang senang, ringkas dan sedap.

KERABU KACANG BOTOL
Bahan-bahan:
10 batang Kacang botol(diracik halus)
1 kuntum bunga kantan (diracik)
5-6 tangkai cili padi(diracik)
1 batang serai (dimayang)
1 biji bawang besar(dimayang)
1 biji limau nipis(diambil airnya)
sedikit gula dan garam

Cara-caranya: Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan digaul rata,. Rasakan dengan gula dan garam. Sedia untuk dihidang...
Kat bawah ni, aku masukkan sedikit info berkaitan dengan kacang botol ni...

INFO SIHAT

KACANG BOTOL ( Psophocarpus tetragonolobus )

Psophocarpus tetragonolobus ialah nama botani bagi kacang botol. Nama sinonim yang lain bagi kacang botol ialah Dolichos tetragonolobus dan Botor tetrogonolobus. Walaupun nama botani ada nama genus, nama kedua atau nama spesies adalah sama, iaitu tetragonolobus dan ini merujuk buah yang mempunyai empat cuping.

Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Ini kerana akar kacang botol menghasilkan banyak bintil yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen. Hubungan simbiotik antara akar kacang botol dengan bakteria dapat hidup dalam bintil-bintil yang boleh mencapai sebesar 1.5 cm ukuran garis pusat. Hasil pengikatan nitrogen atmosfera terhadap bentuk sebatian nitrogen menjadi baja bagi kacang botol.

Khasiat dan nilai perubatan dalam kacang botol

Kacang botol adalah sejenis sayuran yang mengandungi banyak protein. Disamping itu kacang botol muda mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A. Daunnya mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan 5-7 % protein, banyak mengandungi vitamin A, vitamin C dan garam galian.

Biji kacang botol yang masak mempunyai nilai pemakanan yang paling menarik. Manakala buah kacang botol yang muda pula mengandungi 1-3 % protein. Nilai kandungan protein yang terdapat pada kacang botol lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika yang lain yang daripada jenis kekacang. Selain itu, kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya.

Kandungan asid oleik dan linoleik berjumlah 67 % daripada jumlah penuh komponen asid lemak. Asid tepu pula berjumlah 29 %. Nisbah asid lemak tepu atau tidak tepu ialah 1:3. Kandungan tokofenol, garam galian fosforus, zink, dan kalsium adalah tinggi. Manakala ubi kacang botol yang segar mengandungi 8-10 % protein, tetapi kandungan asid aminonya adalah rendah. Kacang botol pula mengandungi 30 % kandungan karbohidrat.

Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit tersebut. Di samping itu, akar kacang botol yang ditumbuk lumat digunakan untuk mengubati penyakit vertigo. Manakala air bancuhan daun kacang botol digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit.

Sumber: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/azmah.htm




No comments:

Post a Comment