Wednesday, 22 April 2020

ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN PARANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP sempena covid 19 dah masuk hari ke 36, yang merupakan PKP fasa 3 hari ke 8.
Tengahari ni sis masak asam pedas berempah ikan parang. Alhamdillah, ikan parang segar pemberian jiran. Syukur, kawasan kami ni berdekatan dengan pantai, jadinya, untuk dapatkan ikan segar memang mudah. Biasanya ikan yang segar di persisiran pantai sini ialah ikan parang, tenggiri, jenahak, kurau, senangis, cencaru dan beberapa jenis ikan lagi.
Ok, kita berbalik pada ikan parang hari ni...jom kita tgk resepi cara sis...


ASAM PEDAS BEREMPAH
bahan-bahan

5 potong ikan parang segar

3 ulas bawang putih-dikisar
1/2 biji bawang besar-dikisar
1 inci halia-dikisar
2 biji bawang putih-dimayang
1/2 biji bawang besar-dimayang
1 sudu ketumbar biji-dikisar
2 sudu lada hitam-dikisar
2 senduk cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
2 batang serai-diketuk
1 kuntum bunga kantan-belah 2
1 sudu besar biji sawi campur
2 tangkai daun kari

1 mangkuk air asam jawa
beberapa helai daun limau purut
1 inci lengkuas-diketuk kasar
1 biji tomato-dibelah 4
garam secukupnya.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dimayang  hingga naik bau. Masukkan daun kari dan biji sawi.
2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, ketumbar dan lada hitam. Masukkan bahan kisar dan cili dalam kuali dan masak hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan sedikit air supaya rempah kari tidak hangus.  Biarkan seketika hingga rempah kari mereneh.
3. Masukkan air asam jawa. Masukkan lengkuas, serai, daun limau purut dan bunga kantan. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak. Perasakan dgn garam secukupnya. Sebelum tutup api, masukkan tomato. Biarkan mendidih sekejap dan tutup api.





#stayathome
#1hari1menu
#kitapastimenang
#stopcovid19
#quarantineday36
#pkpfasa3day8

No comments:

Post a Comment