Tuesday, 21 April 2020

BAWAL TIGA RASA

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk hari ke 35 kita berada di rumah. Sedar tak sedar dah sebulan lebih dah kita diancam oleh wabak covid 19 ni dan berada di bawah PKP.
Tengahari ni sessi mengabiskan stok lauk dalam peti ais. Ikan bawal masak tiga rasa. Masakan ni lbh kurang dgn masak masam manis je, cumanya, en suami tak berapa suka ikan masak masam manis kerana yang pastinya lauk tu nanti akan terasa manis. Menjadi kepantangan pulak kalau lauk2 dimasak ada rasa manis. Jadi kita buat la masak 3 rasa, yang ada sedikit manis dari sos cili sahaja. No sugar added okay!! Sebenanya, sis pun dah terikut2 dgn en suami dan  memang kurang minat dengan lauk yang ada rasa manis ni...
Ok hari ni sis serahkan kepada chef Aamira untuk memasak ikan bawal 3 rasa ni.. Jom kita start...










RESEPI BAWAL TIGA RASA
Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal-kerat 2.

4 ulas bawang putih-diketuk dan diracik
1/2 inci halia-diracik halus
1/2 biji bawang besar-dimayang
2 batang serai-diketuk
4 helai daun limau purut
3-4 biji cili padi-dibelah dua
1/2 biji cili hijau dihiris nipis
sedikit daun sup dan daun bawang
1/4 batang karot dipotong mancis
2 keping nanas-dipotong kiub
1 biji tomato-dipotong kiub
2 sudu cili kisar
minyak untuk menumis
sedikit sos tiram
sedikit sos cili

Cara-cara:
1. Ikan bawal dibersihkan dan digaul garam kunyit. Kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak menggoreng ikan tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing.
4. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masukkan juga bwang besar, serai dan daun limau purut.
5. Masukkan karot, tomato dan nanas dan kacau sedikit.
5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api dan curahkan sos ke dalam pinggan yang berisi ikan bawal goreng tadi.
*** tak perlu letak garam lagi kerana sos dan ikan dah terasa masin. tapi sekiranya belum cukup masin, blh lah ditambah sedikit garam. Boleh tambah sedikit gula jika suka manis.

#stayathome
#kitapastimenang
#stopcovid-19
#quarantineday35
#pkpfasa3day7


No comments:

Post a Comment