Thursday, 30 April 2020

KARIPAP PUSING

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 44, yang merupakan hari ke 3 pkp fasa 4.
Sedar tak sedar dah 7 hari kita berpuasa kan. Karipap pusing ni sis dah buat pada hari selasa lepas (28/4/2020)..Cuma baru bkesempatan nak upload kat sini. Banyak sgt senarai menu berbaris...hehehe...
Cerita pasal karipap pusing ni, sis mula-mula belajar macam mana nak pusing karipap ni ialah ketika sis berada di bumi Melbourne semasa mengikut suami yang menuntut di sana pada tahun 2009-2011. Maklumlah, masa tu menjadi surirumah sepenuh masa, makanya banyak masa dok main masak-masak je. Sis mula-mula belajar dengan seorang kawan yang blh la di kira pangkat adik-adik je pun, tapi sangat hebat dalam memasak ni. Sis mula belajar untuk menulis blog ni pun daripada dia juga.Adik ni lah..yang tolong buatkan blog utk sis yang buta IT ni.. Hehehe besar jasanya kan...
Bila dah tahu skill, rasa seronok pulak buat karipap pusing ni. Bab klim karipap ni pun menjadi kesukaan sis yang dari kecik memang sgt admire bila tgk makcik-makcik blh klim karipap ni. Walaupun tak cantik mana pun, tapi sis tetap bangga dgn kehebatan sis ni ...Hahahah klim karipap je pun..tapi bukan lah kategori rajin nak buat pun...Hikmah PKP ni, adalah masa utk menguli, lebih2 lagi anak dara pun ada kat rumah. Ini lah masanya nak bagi dan turunkan skil kat anak dara sis pulak kan.... Biar dia belajar mengelim karipap pulak hehehe...
Untuk lebih mudah, sis jadikan blog Dapur Tanpa Sempadan sebagai panduan untuk buat karipap pusing ni. Senag sikit bila tgk step by step dari blog tu..takdelah sis terkial-kial nak recall balik ilmu yang belajar di Melbourne 10 tahun dulu kan....
Blh la klik sini sbg rujukan... Dan blog ni menjadi idola sis jugak bila perlukan rujukan resepi-resepi. InshaAllah... kalau ikut betul2 resepi dari blog ni, masakan kita akan menjadi dgn jayanya.. hehehe...
https://www.tiffinbiru.com/2009/04/karipap-lapis.html



Inti Karipap:
5-6 biji kentang-dipotong dadu(tugas anak dara sis la ye)
6 biji bawang putih-ditumbuk
1 biji bawang besar di dadu
2 sudu besar udang kering-rendam dan kisar
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari(blh ejas kurang lebih)
2 tangkai daun kari
sedikit gula melaka
garam secukupnya
Sedikit air (1 cwn atau lbh-utk empukkan kentang)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis daun kari, bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan udang kering.
3. Masukkan rempah kari dan diikuti dgn kentang. Gaul sebati.
4. Masukkan air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan sesekali kaup balikkan hingga kentang empuk.
5. Tutup api dan masukkan dalam bekas.

Doh Karipap:
A
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

B
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening
)



Cara-cara:
  1. UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).
  2. Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.  ***sis bahagikan doh menjadi 3 bahagian***
  3. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
  4. Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
  5. Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak seentak, mat goreng 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh dihidangkan....





Haa dah nampak cantik dah hasil anak dari sis mengelim ni...
dah taktau mana yang mama buat, mana yg dia buat...

Abaikan lah warna gelap karipap tu. Goreng pun 4 biji je itupun tinggal 2-3 min nak berbuka. Kelam kabut dibuatnya. Yang lain, digoreng separa je untuk di frozenkan... blh buat moreh atau sahur anak dara sis.


No comments:

Post a Comment