Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP hari ke 29 yg merupakan hari pertama PKP Fasa 3.
Hari ni, sis nak share resepi kuih tradisional Pahang yang semakin dilupakan. Ada antaranya tak pernah pun makan kuih ni. Kuih yang sis maksudkan ialah kuih Khasidah. Di mana ianya biasa dibuat jika ada keraian atau majlis keramaian seperti kenduri kendara, majis berendui ke berzanji ke dan sebagainya. Haaaa kat bawah tu sis banjer gambar kuih khasidah sis. Sebab apa banyak sgt gambar? Sebab sis teruja nak ambik gambar kuih tradisional ni. Snap punya snap, terbanyak pulak. Nak buat gambar ni nampak comel pulak gambar2 sis ni.. Hahaha dah masuk line perasan pulak dah. Sis mmg suka dgn food photography ni... Simpan sini gambar2 tu sebelum delete dr memory phone.
RESEPI KUIH KHASIDAH PAHANG
Bahan-bahan:
(Ni resepi versi utk 2 org makan je, blh gandakan sukatan ye)
10 ulas bawang merah kecil-dimayang nipis-nipis dan di goreng dalam minyak yang baharu ye.
Goreng hingga bawang garing.. Bila bawang dah garing, angkat dan toskan. Kalau susah nak angkat bawang tu pakai sudip, ikut cara sis. Letak penapis santan atas mangkuk dan tuang je bawang yang telah digoreng tu dalam penapis santan. Pastikan tadah le penapis tu dgn mangkuk supaya minyak jatuh dalam mangkuk tu. Minyak goreng bawang tu simpan dulu ye.
Bahan-bahan kuih:
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan gula
(air pandan + santan jadikan 3 cawan)
1 sudu minyak sapi-bila kuih dah pekat nanti.
Mula-mula kita blend gula, tepung dan air. Kemudian tuang ke dalam kuali. Kalau dapat kuali yang anti lekat lagi bagus sbb bila dah pekat, kuih ni melekat2 pada kuali. Silap-silap tinggal 1/2 cawan je kuih ni hehehe.
Kacau adunan dalam kuali dengan api perlahan. jangan berhenti mengacau ye. Kalau dulu orang selalu marah kita kacau diorg time buat kerja kan.. Haaa tapi kali ni kacau-kacau dalam kuali takde sape nak marah hokay... Kacau-kacau lagi hingga adunan pekat.
Bila dah semakin pekat, masukkan 1 sudu bear minyak sapi. Sis suka tambah dengan 1/2 sudu besar minyak goreng bawang tadi supaya kuih wangi dengan aroma bawang goreng.
Kemudian, masukkan dalam bekas. Kalau nak kuih tu bentuk bulat, cari le bekas bulat, kalau nak kuih bentuk 4 segi cari lah bentuk 4 segi dan begitulah seterusnya, ikutlah bentuk yang dikehendaki.
Sebelum tu, bekas yang kita nak masukkan kuih ni, kita letak 2-3 sudu minyak goreng bawang dan ratakan. Tekan-tekan kuih tu ikut bekasnya. Bila dan sejuk ataupun bila suam-suam kuku pun dah boleh terbalikkan dalm bekas lain utk dapatkan bentuk yang cantik macam sis tu. Tabur la bawang goreng di atas kuih tu bersama dengan sedikit minyak goreng bawang tadi.. Tapi kalau jenis tak suka nak ambik gambar, tak payah lah nak terbalikkan bagai kuih tu. Tabur je bawang goreng dan minyaknya atas kuih tadi. Jangan letak semua bawang goreng tu sbbnya kalau dah lama sikit bawang ni tak rangup. Simpan sikit bila kita nak makan, letak bawang yang rangup tu, perrghhhhh memang sedap bak hang... terasa rangup-rangup bawang tu...
okay selamat mencuba adik kakak semua. Musim PKP ni lah peluang kita nak mencuba semua resepi ni kan.....
No comments:
Post a Comment