Monday, 20 April 2020

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 34. Sengaja sis tuliskan PKP ke brp, ini adalah suapaya ianya menjadi satu memori indah utk dikenang. Bila sesape yang buka blog sis ni, mesti teringatkan peristiwa Perintah Kawalan Pergerakan yang di alami oleh negara kita dan seluruh dunia khususnya.

Cerita tentang sambal tempoyak ikan bilis ni... Dah lama dah anak sis ajak buat bila terpandangkan terung pipit belakang rumah sis ni yang semakin susut. Memang tinggal lebih kurang dalam 1/2 cawan je. Pokoknya sudahla tak mengeluarkan banyak buah. Sepanjang PKP ni dah 3 kali petik buah terung pipit yang tak seberapa ni. iaitu utk masak pais tempoyak ikan patin, dalca dan kari ikan.  Memang sengaja ditinggalkan sedikit lagi utk projek sambal tempoyak ikan bilis yang merupakan makanan agak tersohor dikalangan org Pahang... Today is the day!!! Yeay!!! tercapai lah hasrat utk masak menu ni..Hehehehe....  Kita serah kan kerja memasak menu senang ni kepada anak dara kita je la.. Biar dia belajar hehehehe...  Risiko yang harus ditanggung apabila kita memasak menu ni ialaha, makan tak ingat dunia.. Hilang niat nak makan nasi sesenduk..



RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS
Bahan-bahan:

1. 2 genggam ikan bilis-dibersihkan, ditos dan digoreng separuh masak sahaja. angkat dan ketepikan.
2. 1/2 cawan terung pipit-(itu je yang ada sebenarnya.. kalau ada lbh, lg elok..

3 ulas bawang putih-ditumbuk
3 ulas bawang kecil-ditumbuk
segenggam cili padi-ikut kepedasan. Ditumbuk hingga lumat.
1/2 biji bawang besar dimayang-sis x letak, nak jimat bawang hehehe
3-4 sudu tempoyak
minyak untuk menumis
sedikit air jika perlu.
sedikit garam-hati2 ikan bilis dan tempoyak dan ada rasa masin. 

Cara-cara:
1. Panaskan lbh kurang 1/2 cawan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan tempoyak dan kacau-kacau sedikit.
3. Masukkan terung, ikan bilis dan sedikit air. Biarkan mendidih  dan sebati ikan bilis dgn tempoyak.
4. Bila dah masak, tutup api dan sedia dihidang.

Senang je kan..... kalau rajin memang jadi senang je semua kerja memasak ni...hehheh... 

#stayathome
#kitajagakita
#kitapastimenang
#stopcovid-19



No comments:

Post a Comment