Friday, 17 April 2020

SUP MEE CALONG

Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 31: Sup Calong digandingkan dgn terubok bakar.

Kisah sup mee calong ni(taktau betul ke tak sebutan mee calaong ke sup calong) diperkenalakna oleh jiran masa sis kecik2 dulu. Setiap kali tiba bulan ramdahan, kami semua akan mengambil peluang utk bertukar juadah dgn jiran tetangga. Dan menjadi tugas sis lah utk mengedarkan kuih tradisional yang arwah mak sis buat kepada jiran-jiran. Sesungguhnya arwah mak memang antara yang pakar dlm membuat kuih2 tradisi ni. Cuma nya sis tak sempat nak belajar sbb arwah pergi dulu semasa usia sis 12 thn. Tak sempat pun nak belajar.
Berbalik kepada mee calong ni, sbb jiran sis selalu sebut mee calong, walaupun sis tak nampakpun di mana mee nya. Agaknya sebab antara bahan asas sup ni menggunakan su un, maka ianya disebut mee calong kot. Tak kisahlah, yang oenting sis memang suka bebola ikan handmade ni. Sedap dan manis.
Itu cerita zaman sis kecik2 dulu yang hampir 35 thn dulu. Baru tahun lepas sis dapat tahu cara sebenar utk buat mee calong ni, bila mana sis berjumpa dgn org Terengganu di satu majlis di rumah anak saudara sis. Bila sebut pasal mee calong ni, laju je diorg bagi resepi. Maknanya, betul lah yg sis maksudkan dgn mee calong. Tak salah orang lah sis jumpa pada masa tu. Sebabnya, kalau tanya org Terengganu lain, ada je yang blurr, so blh buat kesimpulan tak semua yang tahu cara buat mee calong ni.
Jom kita tgk resepi nya. Next time kalau sis buat lagi, sis akan cuba ambil gambar hasil pembuatannya ye.

RESEPI SUP MEE CALONG
Bahan-bahan:

4 ekor ikan segar yang belum dibekukan lagi. Bersihkan dahulu. 
(ikan selayang, kembung, pelaling)
-perisikan ikan tu. maknanya keluarkan isi ikan atau kikis isi ikan tu dari tulangnnya. Pastikan nak isinya sahaja ye.
-guna food processor/ataupun guna blender kering. 
-tambahkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
-dah siap, letak tepi.

3 ulas bawang putih- diketuk dan dicincang(tumbuk pun boleh kalau rajin)
3 ulas bawang merah-dimayang atau ditumbuk
beberapa tangkai sawi. Jangan letak sayur lain, nanti hilang originality nya nanti,
su un secukupnya-direndam terlebih dahulu
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan periuk sederhana besar. Masukkan air dalam 2-3 cawan.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan garam secukupnya. Boleh juga kalau nak tumis sedikit bawang tu tadi. Boleh juga tambahkan sedikit serbuk lada hitam utk rasa sup yang enak.
3. Bila air dah mendidih, perlahankan api.
4. Ambil isi ikan yang telah dikisar halus tadi. Gentel bulat-bulat sebesar guli. Jangan nko gente besar  kuih buah melaka pulak ye. Kalau dapat buat kecil sedikit daripada guli, lagi bagus lah. 
5. Gentel lah isi ikan tu hingga selesai.
6. Masukkan su un dan sawi. Kuatkan api, biarkan mendidih seketika. Perasakan dgn garam.
7. Bila sawi dah cukup masak, tutup api dan sedia dihidang. 
Senang je kan. selamat mencuba...




No comments:

Post a Comment