Wednesday, 20 May 2020

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441

Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi baru heheh. Sebabnya, sis sangat suka makan mee tarik. Dan Mee Funggus ni adalah pilihan utama sis kalau masuk restoran mee tarik. Makanya, time pkp ni, sis cuba-cuba buat mee fungus ala2 mee tarik Walaupun tak sama dengan rasa yang original, tapi dah dapat hampir-hampir rasanya. Kira ok lah.. kalau nak betul2 rasa yang sama, sis kena lah kerje kat kedai tu untuk dapatkan ramuan rahsia resepi mee tarik ni.


RESEPI MEE FUNGUS

BAHAN-BAHAN:
1/2 peket spegeti-rebus hingga masak dan ketepikan

1 keping dada ayam-dipotong nipis
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-didadu
1 biji capsicum sederhana-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
segenggam cendawan kering warna hitam-rendam hingga kembang
2 sudu besar biji ketumbar-kisar kasar guna blender kering
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram dan sedikit kicap
1 ketul kiub ayam
1/4 cawan minyak zaitun utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, gaul dan biarkan ianya masak.
3. Masukkan ketumbar yang telah dikisar kasar tadi.
4. masukkan kiub ayam, sos tiram, sedikit kicap, cendawan dan sedikit air. Gaul hingga cendawan masak.
5. masukkan capsicum, tomato dan diikuti dgn spegeti. Gaul sebati
6. Biarkan seketika sambil digaul sebati, tutup api dan siappp...




CREAMY BROCCOLI SOUP & GARLIC BREAD

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441


CREAMY BROCCOLI SOUP
BAHAN-BAHAN:

1 cawan isi ayam-kisar
1 biji bawang besar-di dadu
1 mangkuk brokoli
2 cawan susu segar
2 keping keju cheesedale(sis tak letak sbb takde kat rmh)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu italian herbs(oregano, rose mary, time dsb)
1 sudu kecil lada hitam
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya
1 sudu mentega
1 cawan air.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk sesuai.
2. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan brokoli dan biarkan layu sedikit. Masukkan tepung gandum.
4. Masukkan air, ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
5. Tutup api dan kisar bahan tersebut.
6. Masukkan semula dalam periuk dan hidupkan api.
7. Masukkan susu segar, lada hitam dan italian herbs.
8. Bila dah mendidih, masukkan keju dan kacau sebati.
9. Tutup api dan sedia dihidang.

Garlic Bread
4-5 ulas bawang putih dicincang halus
4-5 sudu besar mentega
sedikit italian herbs

1. Gaul semua bahan hingga sebati dan sapu pada roti. Roti sosej dibelah 2.
2. Panaskan oven setting grill atau seting api atas. Blh juga setting api atas bawah..kita nak guna yg panas atas je.
3. Susun roti dalam tray dan bakar roti dalam 2-3 minit shj.
4. Angkat dan sedia dimakan bersama sup brokoli berkrim












Tuesday, 19 May 2020

CUCUR UDANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih cucur udang resepi che mat gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. Untuk resepi asal, blh klik link di bawah ni..
https://www.tiffinbiru.com/2019/09/resipi-cucur-udang.html









RESEPI CUCUR UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast
1 genggam taugeh, dibersihkan, cuci, toskan dan ramas sedikit
10 tangkai daun kucai, dipotong
1 biji bawang besar, didadu
2 cawan air, kurang lebih
1 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang kertas, saiz sederhana
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh penuh

UNTUK SOS SIS IKUT CARA SIS
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
1 senduk cili kisar
5 ulas bawang putih
1/4 keping gula kabung
3 camca kecil paste asam jawa adabi
1 camca teh garam
1 1/4 cawan air
3/4 sudu besar tepung jagung*
4 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CUCUR UDANG :- Masukkan tepung, kucai taugeh. serbuk kunyit dan instant yeast ke dalam besen besar. Masukkan garam dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan senduk. Bancuh hingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat atau cair. 2 cawan air tu tak habis digunaka, tinggal dalam 2 camca besar macam tu. Kacau rata adunan tadi, tutup permukaan besen dengan plastik cling dan biarkan selama 45 minit. Udang dicuci bersih, kerat bahagian muncungnya yang tajam dan juga buang janggutnya. Lap kering udang tadi dengan tissue dapur sebelum digunakan agar minyak tak meletop masa kita menggoreng cucur udang nanti.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan juga senduk mungkum saiz sederhana, tak kesah lah jenis aluminium atau stainless steel, dengan cara merendam dalam minyak panas, untuk 3 - 4 minit. Keluarkan senduk dari minyak panas dan sudukan bancuhan cucur udang ke dalamnya hingga hampir penuh (adunan cucur udang akan naik, pastikan kacau dulu sebelum kita masukkan ke dalam senduk panas tadi). Ambik seekor udang dan lingkarkan atasnya. Tekan sedikit, dan celop senduk berisi adunan cucur udang ke dalam minyak panas. Masak hingga cucur udang boleh ditanggal dari senduk. 
  3. Terbalikkan biar bahagian yang ada udang berada di bawah. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan udang tadi. Untuk sekali goreng che mat buat 5 - 6 biji cucur udang saja. Bila dah masak, angkat, toskan minyaknya dan susun atas dulang yang dialas tissue dapur, biar minyaknya terserap. Hidangkan cucur udang dengan sos cili atau kalau suka boleh juga dimakan dengan kuah kacang.
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar bawang putih dan air, kisar hingga halus. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam periuk, tambah gula dan garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan paste asam jawa, kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil selama 15 minit. Rasa, jika kurang manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung, kacau dulu bancuhan tepung jagung sebelum dituang ke dalam sos. Kacau dan masak hingga pekat. Boleh matikan api, biar sos cili sejuk dan boleh hidangkan dengan cucur udang.




KUEY TEOW GORENG SIMPLE

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

KUEY TEOW GORENG dan cucur udang. Simple je. Dah hujung2 ni dah kehabisan idea dah ni.



RESEPI KUEY TEOW GORENG SIMPLE
Bahan-bahan

1/2 bungkus kuey teow
3 ekor sotong-dipotong kecil(kerat 3)

3 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang kecil-tumbuk
3 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu kicap pekat manis
garam secukupnya
segenggam taugeh
segenggam daun kucai
2 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bawang dan cili hingga garing.
2. Masukkan sotong, sos tiram, kicap dan telur.
3. Masukkan telur dan kuey teow
4. Gaul sebati. Jika perlu tambah garam dan maggi cukup rasa.
5. Bila dah gaul sebati, masukkan daun kucai dan taugeh.
6. Kaup balikkan bahan-bahan seketika dan tutup api.










Monday, 18 May 2020

KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih badak berendam. lama benar dah berangan nak buat kuih badak berendam ni. Sis ni memang dari kecik mak dah ajar, bila berbuka mesti nak makan benda-benda manis. Dah jadi kebiasan dalam famiy sis sejak kecik. Ini sangat berbeza dengan keluarga en suami yang sangat kurang dengan makanan manis-manis. Jadinya, nak buat apa2 tu macam pikir 40 kali memikirkan en suami yang tak berapa minat dgn kuih2 melayu tradisional ni. hanya kuih-kuih tertentu sahaja yang en suami makan contohnya kuih buah melaka, kuih lopes dan kuih koci.. Selain dari itu, kuih sis takkan diusik.
Tapi kalau nak tunggu dia suka..alamat sampai ke tua lah tak merasa nak buat kan... Sis pun kadang-kadang tu nak jugak asah skill dalam membuat kuih-kuih tradisional ni. Dulu zaman baru kawin, sis tak berapa suka nak buat sbb takde kawan nak makan. Setakat sorang, tak berbaloi dgn buat. Bila anak-anak meningkat dewasa, mereka mula gemar memakan kuih2 manis sbg menu berbuka puasa dan sis mula rasa seronok nak buat bila ada yang nak makan. Dan, bila dah berebut bersilang tangan semasa makan, en suami pun join jugak walaupun tak ambil banyak.

Hari sis terasa nak buat kuih badak berendam. Tapi sis tak guna inti kelapa, sis buat inti gula kabung sama macam buat buah melaka. Ok, makanya, dapatlah sis asingkan 5 biji buah melaka tu untuk disalut dgn kelapa muda. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan sis yg niat nk bagi suami makan. Kebetulan pulak ada dalam 1/4 cawan je kelapa muda lebihan buat kuih buah melaka tempohari. Sis letak frozen, jadinya memang sedap dan fresh lagi kelapa tu. Padahal suami sis tak mintak pun kuih buah melaka, tapi sis lah yang rasa tak sedap..heboh makan kuih peberet x ingat org heheh. Adil lah kan..walaupun dalam 5 biji tu, en suami ambil 2 biji.. haishhh gigih sis buat tau... Tapi en suami sis jenis yg kuat pantang wpun dia suka kuih buah melaka, tapi sebolehnya cuba utk tidak ambil banyak makanan manis utk menjaga pengambilan kalori dalam badan.*** gula tak bagus utk kesihatan yang blh menyebabkan kegemukan...Hehehhe wpun sis tahu tapi sis takleh tahan dan kalah dgn kuih2 tradisi ni.. Dapat pulak badak berendam yg kuih putihnya lembut2 dan masin2 lemak tu.. Ya Allah sedapnya.... Kalau dilayan...blh habis seloyang besar tau...


Resepi KUIH BADAK BERENDAM

Isi
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan(kisar daun pandan dgn 1/2 cawan air dan tapis)
secubit garam
Gula kabung secukupnya (potong kiub kecil kecil)

Cara-cara: 
1. Letak tepung pulut dalam mangkuk. Masukkan secubut garam dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Jangan tuang semua nanti tepung jadi air kalau terlebih hehehe.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila dah mendidih baru masukkan kuih buah melaka.
3. Ambil sebesar ibu jari kaki, masukkan gula di dalam tepung dan gelek-gelek dgn 2 tapak tangan menjadi bebola.
4. masukkan dalam air mendidih dan bila kuih timbul blh diangkat menggunakan senduk dan letak dalam mangkuk berisi air. Ini supaya kuih tidak melekat anatara satu sama lain sebab kuih ni akan melekit.
5. Ambil 5 biji kuih buah melaka dan golek kan atas kelapa muda yg digaul sedikit garam. Masukkan dm bekas sesuai. 
6. Baki kuih tersebut, biarkan dia berehat di dalam air dulu sementara kita nak buat kuah putihnya.

Bahan Kuah
1/4 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat+air (1/2 cawan santan kotak KARA +air supaya campuran tersebut  menjadi 2  cawan). Kalau nk santan tu pekat sukat 1 cwn sntan + 1 cwn air.
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masukkan tepung beras dalam periuk
2. Masukkan santan dan kacau sebati hingga tepung tidak berketul. Masukkan garam.
3. Bila dah pasti air dan tepung dah sebati, baru hidupkan api perlahan dan kacau sentiasa. Jangan tinggal sbb bahan akan cepat mengeras di bahagian bawahnya.
4. Kacau jangan berhenti ye. Dalam 3-4 minit, bahan akan mula likat. Bila nampak likat je, terus tutup api. Jangan tunggu terlalu pekat. 
5. Masukkan kuih tadi dalam loyang atau bekas sesuai. Tuang kuah dalam loyang berisi kuih tersebut.








ROTI JOHN

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni kita buat Roti John dan Badak Berendam. Resepi roti john ni adalah subangan resepi dari seorang kawan semasa kami sama-sama berkelana di bumi Melbourne.
Meh kita tgk roti john senang ni...

RESEPI ROTI JOHN MUDAH
Bahan-bahan:

Beberapa keping roti mini john(blh beli kat kedai)
1 tin sardin-ambil isi ikan shj(4 ekor ikan sardin)
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
daun sup dan daun bawang secukupnya
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
4 biji telur
minyak utk menggoreng roti john
1 biji bawang besar-dikisar/didadu

sayur kobis-hiris halus
timun-potong bulat nipis
tomato-potong nipis.
sos cili
sos bbq
mayonis


Cara-cara:
1. Masukkan isi ikan dalam mangkuk besar. Hancurkan.
2. Masukkan cili kisar/serbuk cili, bawang, daun sup, daun bawang, garam, lada hitam dan serbuk kari.
3. Masukkan telur. Kacau sebati.
4. Panaskan kuali dan tuang minyak.
5. Ambil sekeping roti, belah dua dan tuangkan bahan campuran pada permukaan roti dan masak atas kuali. Biarkan permukaan roti masak dan terbalikkan roti tersebut. Angkat dan letak atas dulang.
6. Susun tomato, timun dan kobis. Tuang sos bbq, sos cili dan mayonis. (buat macam org kedai pasar malam buat roti john tu ye.... heheheh











Sunday, 17 May 2020

KERABU JANTUNG PISANG

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 61 PKP: Hari ke 5 pkp fasa 5
17 MEI 2020: 24 RAMADHAN 1441

Semasa posting yang awal tadi, sis dah bgtau macam mana cerita si jantung pisang sis ni. Ceritanya di mana, sejak sis tanam pokok pisang lebih 10 tahun dulu, pokok pisang belum pernah mendatangkan hasilnya. Bayangkan... Bila sampai masanya dia berbuah.. tak lama lepas tu, batang pokok akan mengecut dan tumbang. Punah harapan nak rasa buah pisang di pokok sendiri. Tapi, setiap tahun selama berbelas tahun ni, memang sis ambil hasil daunnya utk buat kuih di bulan ramadhan. Takpelah.. tak dapat buah pun, dapat guna daunnya dah cukup baik kan. takdelah sis nak kena beli daun utk buat kuih kan.. Alhamdulillah... Cumanya.. pasal dia taknak berbuah tu, mungkin salah satu sebabnya sis tak pernah letak baja..siram pun harap ehsan hujan je. Manalah pokok pisang tu nak berbuah kan... tak cukup zat...kurus kering kawan tu hahahah. Cuma masuk PKP ke 3 baru sis mintak en suami belikan baja..itupun beli online je...Harap2 lepas ni, pokok sekeliling rumah sis akan dapat nutrien yang baik...

Tapi kali ni sis sgt bangga sebab pokok pisang ni mcm nak jadi je buahnya.. Siap sis msg abang ipar sis tanya pasal pokok pisang ni. Dan abang ipar pesan supaya buang jantung supaya buahnya dapat nutrien yang cukup. kalau tidak, jantung tu akan serap zat dari buah yang baru berputik tu.. Ohhhh maybe itu salah satu, buah pisang sis tak pernah menjadi kot.. makanya sis potong si jantung hati ni dah simpan utk buat kerabu, walaupun dah tersimpan selama 2 minggu, hari ni baru dapat buat.. Dah naik lebam jantung tu dok dalam peti ais.. sis ambil resepi dari kawan sekerja sis yang sangat pakar buat kerabu jantung pisang ni.



RESEPI KERABU JANTUNG PISANG

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1/2 cawan kelapa-goreng sedikit
segenggam ikan bilis(sis guna isi ikan, lagi sedap dan manis)
1/2 biji bawang besar dimayang halus
1/2 cawan santan (ambil santan kotak dan campur sedikit air jadikan 1/2 cawan)
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk halus
5 ulas cili padi-hiris halus

Cara-cara:
1. Jantung pisang belah 2 dan celur hingga masak. Toskan airnya dan hiris nipis. masukkan dalam mangkuk besar.
2. Untuk kelapa dan isi ikan tu-sis ada lebihan sambal ikan dan kelapa yang buat nasi kerabu minggu lepas. Ngam-ngam pulak dapat masukkan dalam kerabu ni. Senang kerja sis. Cuma sis tumbuk lumat sikit sambal kelapa dan ikan tu. Kemudian masukkan dalam mangkuk yang berisi jantung tadi.
3. Masukkan bawang, gula, garam, cili padi, lada hitam dan santan.
4. Gaul sebati dan rasalah secukupnya garam dan gula tadi.
5. Dah siap, alihkan dalam mangkuk yang sesuai..


SAYUR LEMAK LABU dengan CENDAWAN SISIR

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 61 PKP: Hari ke 5 pkp fasa 5
17 MEI 2020: 24 RAMADHAN 1441

hari ni sis memang pilih utk masak menu lauk kampung je. Betul2 menu kampung ni hehehe...
Kita masak sayur lemak pucuk labu dgn cendawan sisir. Cendawan sisir ni sis dah beli entah zaman bila, jumpa dalam peti ais. Sis semai biji labu ni semasa hujung PKP ke 2 hari tu semata-mata target nak masak pucuk labu buat sayur. Alhamdulillah hampir sebulan menunggu akhirnya sis dapat tuai hasil pucuk labu tanaman sis. Nak cari kat pasar memang susah lah nak jumpa kan. Dah alang-alang sis terperuk kat rumah ni, sis semai lah atas tanah yg sekangkang kera ni.

Satu lagi nak cerita, pokok pisang sis ni dah bertahun tanam, tak pernah berbuah. Bila elok je keluar jantungnya, batang dia akan mengecut dan tumbang. Dah macam kena sumpahan je sis rasa. Asyik keguguran je pokok pisang ni hahaha... Sehinggalah 2 minggu lepas sis terkejut, pokok pisang sis mengeluarkan jantungnya. Terpegun sekejap... Yang kelakarnya sis pun x dpat nak cam pokok pisang apa sbb jantungnya nmpk besar. Oleh kerana sis pernah tengok di econsave, sebiji jantung pisang berharga RM4, makanya sis potong jantung pisang ni utk buat hidangan wpun taktau bila nk masaknya. Sis perap la jantung hati ni dalam peti ais selama 2 minggu. Naik lebam jantung ni hahaha. Alhamdulillah..hikmah pkp ni, banyak pulak hasil tanaman sekeliling rumah sis ni mendatangkan rezeki utk sis sekeluarga. Kacang bendi yang sis tanam hari yang sama dgn semai labu pun dah mengeluarkan hasil sejak minggu lepas. 3 hari kumpul dapat la 15 biji.. Lepas la nk masak..tapi masalahnya, sis tak masak nasi hari2... terpaksa la simpan masuk peti. Hari ni je sekali petik dapat dekat 15 biji kot kacang bendi ni...Oleh kerana taktau bila lagi nak masak nasi utk berbuka, makanya sis combine kan menu hari ni..alang2 tema kampung kan.

Kita masak lemak kuning pucuk labu dgn cendawan, kerabu jantung pisang dan ikan masin goreng dgn ketumbar. Untuk resepi kerabu jantung pisang kita ke next posting ye. Sepatutnya pucuk labu tu nak buat lemak putih, oleh kerana dia digandingkan dgn cendawan sisir, sis teringin nak buat lemak cili api cendawan tu..Untuk resepi ikan kering/masin goreng ketumbar blh klik link di bawah ni ye..
https://jumeezaila.blogspot.com/2011/03/ikan-masin-dgn-ketumbar-dan-sup-sayur.html

RESEPI Lemak kuning pucuk labu dengan cendawan sisir

Bahan-bahan
10 batang pucuk labu
1 cawan cendawan sisir-rendam dan cuci bersih

3 ulas bawang kecil
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
segenggam ikan bilis
3/4 kota kecil santan KARA
garam secukupnya

Cara-cara
1. Patahkan pucuk labu dan gosok2 dengan kedua tapak tangan utk buang bulu/duri pada pucuk daun dan batang labu tu. Buat hingga selesai dan baru dibasuh bersih
2. Masukkan cendawan dan pucuk labu dalam periuk.
3. Masukkan bawang, cili padi,  kunyit hidup dan ikan bilis dalam blender. Masukkan 1 cawan air dan kisar halus.
4. Tuang ke dalam periuk tadi. Masukkan asam keping.
5. Hidupkan api dan biarkan kuah mendidih. kaup balikkan sayur supaya masak serata.
6. Masukkan garam dan biar ianya mendidih.
7. Bila dah masak, masukkan santan dan perlahankan api. tunggu kuah menggelegak sekejap dan terus tutup api. Jangan tunggu lama nanti santan pecah minyak, kuah jadi tak cantik dan kurang sedap.




sekali tgk jantungnya mcm pisang tanduk kan...
tp lepas 2 minggu dah nampak mcm pisang nangka

Hari ni je petik blh dpt byk ni..
alhamdulillah kita kongsi rezeki dgn kawan kita




Saturday, 16 May 2020

PIZZA HOMEMADE YANG SEDAP & MUSHROOM SOUP

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 60 (ngam 2 bulan sis dok rumah): Hari ke 4 fasa 5
16 Mei 2020: 23 Ramadhan 1441

Hari ni juga merupakan hari besar buat kami insan yang bergelar guru. Malangnya, sambutan hari guru hanya dapat diadakan secara maya sahaja memandangkan kita semua masih lagi terikat dgn PKP. Yang penting kita semua harus menjaga diri sendiri utk memastikan penularan rantaian covid_19 dapat diputuskan. Semoga ianya cepat berlalu dan kita semua dapat bekerja sepaerti biasa.

Hari ni sis buat homemade pizza. Ala-ala makan pizza dan mushroom soup. Wahhh nikmat je kan... Selalunya, dalam bulan ramadhan, sehari memang ada menu PHD samada makan di restoran PHd atau PHD Delivery.
Tapi tahun ni kita buat kelainan sedikit di mana sis akan jadi acik pizza tu. Kita buat pizza from scratch ye...Haishhhh berdabau pulak hati ini. Takut je, expectation tak sama dgn hasil. Takde menu lain utk berbuka ni tau... Sedikit seram jugak lah kalau x sedap walaupun pernah buat sekali dua sedikit masa dulu..

Banyak jugak sis buat research dari blog ke blog, tak dengan itu, tengok youtube lagi, resepi mat saleh pun sis jengah utk mencari resepi doh yang lembut. Akhirnya sis guna resepi dari youtube "Resepi ringkas". Dohnya sangat lembut, garing ditepi dan lembut di dalamnya.. Memang puas hati lah dengan hasilnya.
Menggunakan resepi doh dari youtuba tersebut, sis buat Hawaiian Chicken Pizza. Wahhhh bunyi macam nama pizza kat pizza hut kan. Serius... pizza sis buat lagi sedap dari itu hehehe. Rotinya pulak, kalau sejuk pun liat.


Sos Pizza cara sis-sos versi melayu
Bahan-bahan:
1/2 tin tomato puree
4 sudu besar cili kisar
4-5 ulas bawang putih-ditumbuk halus.
sedikit italian herbs (oregano, rose marry, thym dan sebagainya)
minyak zaitun utk menumis
sedikit gula dan garam

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang dan cili kisar hingga masak.
2. Masukkan sos tomato puree, gula dan garam.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk herba kering. 1 sudu kecil setiap satunya atau mengikut citarasa masing-masing.
4. Angkat dan ketepikan

Bahan-bahan: Tumis isi ayam

4 ulas bawang putih-tumbuk halus
2 keping dada ayam-dikisar(sis kisar guna food processor)
1-2 sudu serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam
Sedikit minyak zaitun (2 sudu besar)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan isi ayam kisar dan kacau hingga air ayam tu kering.
4. Masukkan kiub ayam dan serbuk lada hitam.
5. Perasakan dgn garam(kiub dah masin)..tambah garam bila perlu shj
6. Bila dah masak, angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan toping
Serbuk cheese parmesan
Keju Mozarella secukupnya
Capsicum
Nanas-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
1/2 tin cendawan butang (kalau ada cendawan shitake fresh lg sedap)
1/2 biji bawang holland

Resepi Doh Pizza yang Lembut

Bahan-bahan doh
1/2 cawan air suam
1 sd besar yis
1 sd kecil gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sd kecil garam
1 sd kecil pelembut roti
2 sd besar minyak zaitun/minyak masak

Cara-cara:
1. bancuh yis dan gula bersama air suam. Biarkan berbuih(lbh kurang 5-10 minit)
2. Di dalam bekas lain, gaul tepung, garam dan pelembut roti.
3. Masukkan minyak dan air yis tadi. Uli hingga menjadi doh. Sis masuk dalam mixer je. Tambahkan sedikit air jika doh terlalu keras. Uli hingga sebati.
4. Sapukan bekas dengan minyak dan letak doh tadi, biarkan ianya naik 2 kali ganda. Perap lbh kurang 1 jam ataupun naik 2 kali ganda.
5. Bahagi doh kepada 2 bahagian ataupun mengikut kesesuaian bekas masing-masing. Canai doh menjadi leper dan letak di atas pan pizza atau bekas yang sesuai (tudung periuk pun blh.

Cara penyediaan pizza:
1. Sapu sos kegemaran dan letak lah toping mengikut citarasa masing-masing.
2. Lepas sapu sos, taburkan parmesan cheese dan parutan mozarela cheese.
3. Kemudian taburkan isi ayam tadi, diikuti dgn bahan2 spt nanas, capsicum, tomato dan sebagainya.
4. Blh juga ganti dgn crab stick, sausage dan lain2 lagi.
5. Akhir sekali, taburkan parutan mozarella hingga penuh menutupi bahan2 tadi.
6. Bakar api bawah selama lbh kurang 20 minit. Selepas 20 minit, guna api atas utk cairkan lagi cheese tu...(bergantung kpd jenis oven masing-masing ye)
7. Bila dah masak, angkat dan sedia dihidang. Kalau ada pizza cutter lg cantik lah potongan pizza tu nanti. Tetiba pizza cutter sis hilang entah ke mana tak dpt dikesan.
8. Sis buat 1 extra large pizza(ikut acuannya), dan satu lagi small pizza. Yang small pizza tu, sis letak sos bbq. Mula2 nak buat yg large tu letak bbq sos, tapi takut tak sedap... Rupanya letak bbq sos pun sgt sedap... heheheh.














 tgk keju cair ni blh meleleh air liur tau...