Assalamualaikum wbt
2 RAMADHAN 2021/14 APRIL 2021
Bila tiba bulan ramadhan ni, tekak mula terbayangkan kuih2 manis sebagai pencuci mulut. Tapi tu la kan.. terasa nak makan dalam masa yg sama dok bajet taknak makan byk, jadinya kita buat sikit je la kan. Makan dgn anak perempuan sis je. En suami memang tak kan makan kuih pelik2 ni hehehe. Makanya, tiba bulan puasa ni, memang sis dgn anak akan buat kuih macam main pondok-pondok je.
Hari ni kita buat bubur butir nangka yg bancuhan siapnya sebesar telur ayam je. Susah tu nak ejas sikit sangat. Cukup la dpt sorang semangkuk kecik. Banyak buat, banyak la masuk tekak kan...Jadi kita buat sikit je la....
Resepi bubur butir nangka.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung pulut
air secukup nya
pewarna merah, hijau, kuning
1/2 kotak santan
1 cawan air
1-2 sudu gula pasir(sis guna gula perang)
1/2 camca garam
1/2 camca halba
Sehelai daun pandan.
Cara-cara
1. Bancuh tepung dengan sedikit air. Tepung ni kena hati2. Masukkan air sikit-sikit ye. Kalau tak, cepat je tepung korang jadi bubur sebelum masak. heheheh
2. Dah jadi doh, bahagikan 3 bahagian dan letak pewarna.
3. Panaskan air dalam periuk.
4. Bila dah didih, masukkan doh ni yang dibuat bulat-bulat memanjang macam biji butir nangka tu ye.
5. Masak macam buat kuih buah melaka. Bila dah timbul, angkat dengan penapis teh dan masukkan dalam bekas yang berisi air bersih. Letak dalam air ni supaya biji-biji nangka ni tak melekat sesama dia ye.
6. Masukkan air 1atau 1 1/2 cawan air bersih dalam periuk berasingan. Masukkan gula, garam, halba dan daun pandan. Jangan letak santan dulu ye, nanti santan berketul, tak cantik pulak bubur kita tu.
7. Bila dah mendidih, masukkan kuih butir nangka tadi. Jangan pulak ko masukkan air rendam butir nangka tu tau!!!
8. Last sekali, perlahankan api dan masukkan santan.. Kacau sentiasa supaya santan tak berketul. Bila dah naik buih2 kecil, terus tutup api dan sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment