Tuesday, 13 April 2021

KUIH ONDE-ONDE @ KUIH BUAH MELAKA

Assalamualaikum wbt

Salam 1 Ramadhan 2021

Bersiaran lagi kita di tahun 2021 ni utk simpanan koleksi menu yang sis buat sepanjang ramadhan 2021 ni. Harap blog ni lengkap la sebulan ramadhan tahun ni. supaya mudah dijadikan rujukan sesiapa sahaja yang keputusan idea utk memasak di sepanjang bulan ramadhan ni. 
Hari ni hari pertama puasa, sis siapkan juadah simple sahaja utk di bawa berbuka di rumah mertua yang mengambil masa 40-45 minit perjalanan. Kita masak sesiap supaya dah sampai sanan nanti tidaklah kelam kabut kan.
Menu pertama yang merupakan menu favourite ramai org bila tiba bulan ramadhan ni ialah kuih buah melaka ataupun kuih onde-onde namanya. hehehe..
Jom la kita ulang tayang resepinya. Kali ni sis guna pati daun pandan untuk menaikkan aroma pandan asli. 

Kuih onde-onde

2    3 helai daun pandan- blend dgn 1/2 cawan air
1 1/2 cawan tepung pulut
sedikit garam
Air-jika perlu.
Kelapa muda utk salutan
gula kabung secukupnya dipotong kiub kecil-kecil

Caranya:
1. Tapis air pandan
2. Masukkan tepung dan secubit garam dalam besen yang sesuai.
3. Tuang sedikit sedikit dalam adunan tepung dan uli sehingga menjadi doh
4. Panaskan air secukupnya dalam periuk
5. Ambil sedikit tepung, masukkan gula kabung dan gentel-gentel lah cantik2 bulatnya lalu dicampakkan dengan berhati-hati ke dalam periuk air yg mendidih. Bila dah timbul, angkat menggunakan penapis teh yang besi ye. 
6. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam
7. Siap utk dihidang.


SAMBAL IKAN KURAU SEGAR

2 ekor ikan kurau. belah 3-4  bahagian
Gaul garam kunyit dan digoreng hingga agak2 garing. Ketepikan.

Bahan Sambal

*4 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang besar-dimayang
1- 2 senduk cili kisar
minyak secukupnya
Air asam jawa
Garam
kiub ikan bilis atau maggi cukup rasa.

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
3. Masukkan bawang, besar garam, maggi cukup rasa dan air asam jawa secukupnya.
4. Masukkan ikan dan gaul rata,
5. Siap...





No comments:

Post a Comment