Saturday, 22 January 2011

Summer Holiday @ Venus Bay pt 2



Percutian kami masuk hari ke-2. Kami singgah di State Coal Mine yang terletak di Wonthaggi. Di situ, para pengunjung di bawa melawat ke tempat melombong arang batu yang berada jauh di bawah tanah. Kita akan dapat tahu macamana org zaman dulu melombong arang batu. Oleh kerana kami dah pun pergi ke tmp ni tahun lepas, jadi aku dan anak-anak buat keputusan untuk tunggu kat luar je sambil lepak2 kat taman di situ. Hanya keluarga Aris dan Sam je yang masuk. Suami aku pun pegi gak lah, ala-ala pemandu pelancong tak bertauliah gitu..hehehe...Suka hati mak bapak aku je nak tulis kan.

Kemudiannya kami lunch kat park yang disediakan di State Coal Mine tu dengan makanan tengahari ditaja oleh Ena's Kitchen....
Seterusnya hari ni kami cover pantai yang berada di sepanjang area Bunurong Marine National Park dan Bunurong Coastal Drive. Antara tempat-tempat yang kami singgah ialah Twin Reefs, Shack Bay, Eagles Nest dan The Carves.


~lunch @ state coal mine~

~eagle nest~

~dr shack bay blh nmpak eagles nest tu~
nampak tak bentuknya macam sebhg drp peta ostolia

~sempat tangkap gmbr lembu tu~

Sebelah petangnya, masih sempat lagi bergegas ke pantai untuk memancing. Aku.. biasalah, bertindak sebagai jurukamera bertugas. Merakamkan aksi insan-insan yang bersemangat untuk memancing walupun x dapat ikan. Kali ni kami pergi ke beach 5 yang terletak lbh kurang 1 km je dari rumah.

~jauh gak nak turun tangga dari tmpt park kereta~
~gaya pemancing yg 'pro'...........sak~


Friday, 21 January 2011

Summer Holiday @ Venus Bay

Pada kali ni kami pergi bercuti di Venus Bay dan Wilson Promontory bersama keluarga Sam & Ena, dan juga Aris & Sue. Kalau Great Ocean Road terkenal dengan bentuk hakisan batuan yang cantik dan menarik, Venus Bay pulak terkenal dengan keindahan pantainya. Memang seronok sangat. Kami bertolak dari rumah Clayton dan singgah di Coal Creek. Ianya merupakan salah satu tempat tinggalan sejarah dan dijadikan mini muzium. Ada orang cakap, tempat ni kiranya macam small Balarat. Hmmmm tu semua tak penting sebabnya, apa yang teramat penting ialah free entry....betul tak?


Kemudian kami teruskan lagi perjalanan menuju ke Venus Bay. Kami menyewa sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik yang berhampiran dengan pantai. Dah macam resort kat Malaysia lah pulak. Siap ada kemudahan utk memasak sekali.. Oleh kerana taknak buang masa, petang tu jugak kami pegi ke pantai. Anak aku dah tak sabar nak belajar memancing. Ha cerita bab memancing ni pulak, kat sini kena ada lesen untuk memancing. Kalau sesape yang pegang mata pancing dan kebetulan masa tu di tangkap, dendanya kalau tak slaah aku ialah AUD3000..Mak aiiii!!!!!!!!! mahalnye..... Jadinya, sebelum pergi lagi suami aku dah dapatkan lesen yang blh didapati di K-Mart ataupun melalui online dgn bayaran AUD6 untuk 24 jam. Lesen ni kita kena ambik 48 jam dengan bayaran $12.. Mujurnya, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun adalah free. Kaum bapa kenalah ambik lesen tu sbbnya nanti nak pegang n ajar anak2 pegang mata pancing. kang tak pasal2 kena denda $3000...Memang tak berbaloi bila dh kena... Venue pertama untuk memancing ialah ke beach 4. Tapikan, korang jangan gelak okay...satu ikan pun tak dapat...hehehe..aku lak yang nak tergelak...

~venue pertama di beach 4~

Oleh kerana menunggu sekian lama, sekor ikan pun tak dapat, ye lah kan..mana apa orang pancing kat tempat air cetek...pulak tu, asalkan baling je mata pancing, sekejap je angin bawak ke tepi....Tapi yang penting anak-anak dapat pengalaman dan ilmu macamana caranya nak baling mata pancing tu kan..kan. Kami kemudiannya pergi ke venue yang ke-2... kali ni kat muara sungai pulak...eh..betul ke muara? Alaa kiranya tempat ni airnya akan mengalir ke laut jugak lah.. Lebih terkepung dgn harapan dapat lah 3,4 ekor ikan..hehehe, macam biasa, takde ikan yang berminat dengan mata pancing kitorang tu..



~cantikkan tempat ni?~

~aku sempat ambik gambar sunset~

Nama muara ni ialah Anderson Inlet Fisheries Reserve. Hmmmm berbelit gak mula2 nak sebut. Maklumlahhhhh.....
Misi di tempat ke-2 ni pun gagal jugak. heheh...kami beralih ke venue yang ke-3. Lagipun tempat ni dekat-dekat je. Tempat ni memang disediakan kemudahan tempat duduk untuk pemancing-pemancing. Sampai senja kami tunggu ikan ni, takde jugak hasil... Puas jugak berperang dengan nyamuk, akhirnya kami mengalah dan balik ke rumah penginapan. Makan malam hari ni di taja oleh Aris/Suraini. Kalau nak tunggu kitorang yang bawak balik ikan ni, alamatnya takde dinner lah malam tu....




Friday, 14 January 2011

PAU KACANG MERAH

Aku buat kuih pau ni semalam. Dah lama anak aku request nak makan pau ni. Baru semalam aku dapat kekuatan untuk membuatnya. heheheh...macamlah aku sibuk sangat kat sini kan....
Nak nak pulak dah tiga empat hari ni hujan membasahi bumi Melbourne. Kalau ada kuih yang dapat makan panas2 mesti best kan.. Laju je makan, tak pandang orang kiri kanan dah. Kebetulan ada tetamu kat rumah. Walaupun kuih tu tak sedap mana, tapi bila dah berebut, memang nampak lagi kesedapannya... Hahaha..ni dah kes masuk bakul, angkat sendiri ni... Kalau tanya anak-anak dan suami aku, sure diorang bagi gred A++ punye..(Itupun kalau diorang ni tak berpaling tadah lah...) Kalau tengok pada gambar tu camner? Agak-agak, boleh jual kat simpang rumah aku tak?....hahaa...korang jangan nak muntah pulak dgn statement aku yg macam org tak ingat ni ye... Kalau ada sesape yang teringin nak buat sendiri, boleh ikut resepi kat bawah ni. kalau malas, penyelesaiannya senang je.... Beli kat kedai simpang....

RESEPI PAU

Untuk kulit@ doh
500 gram tepung gandum
1 peket yis (1 1/2 sudu yis)
1/2 cawan gula pasir
1/4 minyak jagung
1 1/4 air suam
1 sudu teh garam

Cara;
1. Satukan tepung, yis dan minyak.
2. Dalam bekas berlainan, satukan gula dan air suam.
3. Kemudian tuangkan air gula ke dalam adunan tepung. Uli sehingga menjadi doh.
4. Bahagikan kepada lebih kurang 15 biji bola-bola kecil.
5. Letak atas dulang dan taburkan tepung.
6. Biarkan lebih kurang 10-15 minit.
7. Kemudian, masukkan inti kacang merah.
8. Kukus sehingga masak.

***Untuk inti kacang merah
Rendam kacang merah semalaman. Kemudian rebus kacang hingga betul-betul lembut. Bila kacang dah hancur, masukkan gula dan sedikit minyak.



~TALAM LABU~




Aku tengah bersemangat nak publish resepi ni. Kalau ada sesape yang teringin nak makan kuih ni,boleh ikut resepi kat bawah ni ye....


RESEPI TALAM LABU

Lapisan Bawah:


100 gram labu

50 gram gula halus

300 ml santan

65 gram tepung beras
1 camca teh tepung gandum
sedikit garam dan pewarna kuning


Lapisan Atas

200 ml santan

20 gram tepung jagung

2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam


Cara:

1. panaskan kukus, lensa loyang dengan minyak atau mentega

2. Satukan lapisan bawah, tapis dan masukkan labu yang telah dilecek tadi.

3. Tuang dalam loyang, tutup dengan foil aluminium, kukus selama 15 minit

4. Bancuh bahan atas, tapis dan tuang ke atas bahagian bawah.

5. Kukus lagi 20 minit atau sehingga masak.





Thursday, 13 January 2011

Geelong


Tempat ni kami pergi, dalam perjalanan balik dari Twelve Apostle. Perjalanan ke sini ambik masa lebih kurang 1 jam setengah dari 12 Apostles. Kami singgah kat sini, sebelum meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah aku...Kiranya driver take five sambil kitorang posing-posing kat sini. Akhirnya, bukan jadi take five...dah jadi take one hour..hihihi... Apapun, tempat ni termasuk dalam salah satu iternery kitorg hari ni.....

~statue ni pening tgk gelagat kitorang kot~


~Vadei for tea time~


Ada sesape nak resepi camner buat kuih vadei ni . Kat Malaysia, jangan harap aku nak buat. Beli je kat pasar malam 2 hinggit. Kenyang anak-beranak sampai esoknya. Kat bumi Melben ni semua benda aku kena buat sendiri. Kalau lah ada makcik sempang, kan senang... Ye lah feberet suami dan anak-anak aku. Kena lah buat kan. Lagipun sesekali kalau buat ni untuk minum petang, sedap gak kan.... Kalau dah buat kuih ni, aku pun jadi feberet gak..Silap2 aku makan lagi banyak... First angkat dari kuali, aku dah belasah 3 keping untuk QC, Ala-ala quality control gitu.. Pastu bila dah makan ramai2, aku makan lagi. Macamana lah aku nak teruskan misi untuk kecikkan saiz baju ni....... Takpelah..jom kita tgk resepi senang tapi cerewet jugak nak buat.

Resepi VADEI

500 gram kacang dhal (rendam lbh kurang 5-6 jam)
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 sudu kecil jintan kasar dikisar (jintan manis/fennel)
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar ikan bilis dikisar
2 sudu besar tpg gandum
1 tangkai daun kari diracik
2 biji cili kering, buang biji dan hiris halus
2 sudu cili kisar
garam
minyak untuk menggoreng

Cara-cara; tos kacang dhal, blend sederhana halus dan di tapis untuk membuang airnya. Campurkan semua bahan ke dalam kacang dhal. Gaul sebati.
Buat bentuk leper macam gambar kat atas tu dan goreng menggunakan api sederhana. kalau dah masak boleh angkat dan sedia untuk dihidang.......

.



Wednesday, 12 January 2011

Twelve Apostles, Great Ocean Road





Yang ni adalah kenangan aku pergi berposing-posing kat twelve apostle baru-baru ni
(09-01-2011) bersama Nadia dan Azril. Tahun 2009 dulu, aku dah pun pergi kat sini, malangnya, masa kitorang sampai kat 12 apostle ni, hari dah malam...pulak tu bateri kamera dah habis,...So kami x dapat nak posing-posing kat sini. Kebetulan pulak Nadia dan Azril pun senasib dengan aku, so kitorang plan pergi kat twelve apostles ni utk snap gambar..Hari ni, aku ambik peluang sepuas-puas nya snap gambar the twelve apostle ni... Emmmm..kiranya, kes balas dendam lah kan... Tak sedar aku dah snap sampai 200 keping gambar tau. Pening lak nak pilih gambar yang mana satu...hehehe... Perjalanan dari rumah aku, ambil masa lebih kurang 3 1/2 jam untuk sampai ke sana.. Apapun, berpuas hati dengan trip hari ini ditambah lagi dgn cuaca yg amat cantik dan indah sekali...



~nampak tak org yang kelihatan sayup je tu~


KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...