Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

Cake 4 Me!

Assalamualaikum.....
Emmmm...apa nak cakap ek... Aku buat kek ni selepas 2 hari besday aku. Biase la...xde sape nak buatkan kek untuk aku masa jadi besday girl..So, buat sendiri la kan...hahaha.. Yang sebenarnya, aku saje je nak test oven aku ni. Belum pandai nak godak-godak function nya. Jadinya, aku ambik kesempatan buat kek devil's food choc ni. Buat pun kecik je, sebab kes tak puas hati bila buat 2 minggu sblm tu kek tak berapa nak comei je hasilnya (macam tak naik sgt dan tak berapa gebu).. Kebetulan tak sibuk sangat kat sekolah, so, kuranglah penatnya bila sampai kat rumah. Selalunya, bila dah balik dari sekolah tu, penat giler. lepak habis.

Hari ni, memang berpuas hati dengan hasil kek tu walaupun letak ganache nya senget benget, tapi kira oraitlah kan... Lepas tu, suka2 je letak tulisan "happy birthday", kononnya sempena hari jadi aku la...sendiri buat kek, sendiri wish...Boleh gitu???? Hikhikhik.......



Ada sesape nak resepi kek ulang tayang ni tak? Sila klik sini untuk resepinya ye...Thanks kak nor dari secubit garam kerana sudi share resepi..p/s: ni kiranya mode malas nak salin resepinya...heheheh

Kepada sesapa yang ada kesempatan, sila lah cuba resepi kek ni. Bagi peminat kek coklat, ramai yang kata kek ni sedap. Aku ni memang tak suka kek coklat, suka buat je.

Ok, jumpa lagi ye...



Thursday, 1 March 2012

Happy Birthday to me!!!

Alhamdulillah..1.3.2012...Tarikh bermakna untuk aku..Aku amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi ciptaanNya ini. Hari ni bertambah lagi umur aku ke angka baru...iaitu ke 38.... Yang menjadi kan aku berada di penghujung 30an... 2 years more to go.... ke angka baru.... Tapi itu semua bukan ukurannya. Yang penting hidup mesti ceria selalu kan..kan..kan...Semoga dengan pertambahan umur ini menjadikan kita lebih matang dan berusaha untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di dunia dan akhirat. Ya Allah Ya Tuhankan... Permudahan segala urusanku, kurniakanlah aku kesihatan dan kesejahteraan hidup, murahkan rezeki ku, panjangkan umur dan teguhkan imanku....Aminnn....

Today is my 38th birthday, and I guess it’s time for a bit of reflection. 38 is definitely in the “late thirties” category, yet I don’t feel that old at all. I feel as though I’m in my late twenties, maybe.

Friday, 16 September 2011

SELAMAT HARI MALAYSIA




Assalamualaikum.... Salam satu Malaysia buat kenkawan di bumi Malaysia tercinta. Hari ni, 16 September telah pun diisytiharkan sebagai Hari Malaysia sempena penubuhan Tanah Melayu pada 16 September 1963. Buat semua, aku ucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA dari aku di bumi Melbourne. Sambutan hari Malaysia ni jugak diadakan di bumi Melbourne. Bagi University tempat suami aku belajar ni pun mengadakan Malaysian Festival pada hari ini mengambil sempena Hari Malaysia. Malaysian Festival ini diadakan bagi memperkenalkan negara Malaysia kepada pelajar-pelajar antarabangsa. Pada hari ni dipertunjukkan pelbagai jenis masakan Malaysia, budaya dan adam resam negara kita. Aku sendiri ditugaskan untuk membuat "Teh Tarik" yang menjadi satu trade mark orang-orang di Malaysia. Majlis tersebut akan bermula jam 11 pagi. Lepas ni akan aku upload gambar-gambar sekitar Malaysian Festival di La Trobe University itu nanti.
Sekali lagi...

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT NEGARAKU TERCINTA...

AKU BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!!!





Monday, 6 June 2011

Happy Birthday Hanish!!!!

Hari Ahad semalam, aku menghadiri majlis hari jadi satu-satunya puteri faridah/hairul.. Sekali lagi aku diberi kepercayaan untuk men'deco' Birthday cake for Hanish. terima kasih Faridah!!!!... seronok rasanya kalau dapat menghias kek ni. sekurang-kurangnya, dapatlah aku meng'improve'kan skill... tapi, bila buat kek untuk org lah yg buat aku kecut perut..takut tetiba x menjadi...Maluuu beb!!! Kalau last minit x jadi.. apa aku nak gantikan kek yg rosak kan... Sebab tu, bila nak menghias kek ni perlukan ketenangan, kepala takleh kelam kabut... Alhamdulillah, berhasil jugak...Sayangnya, aku x dapat datang awal atas beberapa urusan yg tak boleh dielakkan... Last minit, macam-macam hal pulak yg datang. Sib baik aku dah hantar kek tu awal2 lagi..Kalau tak, sah2 diorg tertunggu-tunggu dan aku lak yang jadi kelam kabut nanti. Tapi tak kisah lah kan, datang awal ke, datang cepat ke, datang lambat ke, datang lambat ke..janji datang....

~Happy birthday Hanish!!!~
~budak pipi tembam mcm aunty jumee...he3~
~hepi fmly~
~aku pun nak pose jugak~
~sebahagian tetamu yg balik lambat~

Happy birthday aunty ucapkan untuk hanish.. Semoga membesar menjadi anak yg berjasa untuk agama, bangsa dan agama...


Saturday, 21 May 2011

~HAPPY 13th BIRTHDAY IRFAN !!!~

~1 am 13~

18 Mei baru-baru ni adalah hari jadi anak bujang aku yg ke 13. Takde buat majlis pun, maklumlah..dah besar2 ni kan.. lagipun budak lelaki, bukannya heran sgt dgn party2 ni kan... Jemput kenkwn??? memang dia dah cakp awal2, xnak jemput kwn sbb nanti susah nk entertain kenkwn mat salleh ni.. Maklumlah..kalau kawan dia datang, nak kena layan lah kan..so dia malas nak commit dgn benda2 tu.. Ok lah...menghormati permintaan besday boy. Bukan ape, kang dia ckp aku double standard lak kan... Kalau dia sendiri yg xnak..fine!!! setle masalah....

Tapi, perasaan seorang ibu kan..tetap jugak nak buatkan kek untuk dia walaupun xde majlis. Kebetulan semalamnya, mak mertua n bapa mertua aku baru sampai. Jadi kiranya majlis meraikan kedatangan mereka berdua di bumi Melben ni. Lagi satu kebetulannya, 21 Mei adalah Anniversary aku yg ke 16....Hehehe.... Yang ni anak aku x suka, sbb selalu kongsi majlis dgn dia...Kiranya 2 in 1 lah.... Alaahhh... bukan apapun, saje je suka2.... Kiranya, majlis makan2 di kalangan keluarga dan kawan terdekat je. Aku buatkan jugak sebiji kek, walaupun dlm keadaan kelam kabut dan tak plan..jadinya kek dia pun buat tergesa2 dan aku rase memang tak berapa cantik di mata aku.... Yelah kan..bab2 men'deco' kek ni perlukan ketenangan, takleh buat kelam kabut...nanti hasilnya pun nampak cam kelam kabut... Pepagi lagi aku dah start kayuh kaki tangan..singsing lengan (walaupun cuaca dh mula sejuk).... bakar kek, tggu sejuk dan deco lbh kurang.. buat nasi ayam dan sedikit pulut kuning. Kalau si kakaknya nk kan tulisan di atas kek tu dgn tulisan "Korea", si adik ni pulak nakkan aku tulis dgn tulisan/bahasa France...Mak aiiii!!!! tak kalah tuuu!!!!.... Belasah je lah kan..janji diorg suka....

Jemput jugak 2,3 kawan rapat dan beberapa kenalan lama yg baru first time nak datang rumah aku... Terima kasih semua kerana memeriahkan majlis.... Tanpa kalian, majlis ringkas ini tidak akan memberi erti...

~Joyeux Anniversaire a irfan!~
~deco kek yg tak hensem..huhuhu~

~moga persaudaraan kalian sentiasa utuh~

~with grandpa~

~hepi besday irfan~

Align Centre
~ni utk mama/abah~
~Happy anniversary to us~

~we are family~

~thax yas, for coming~

Monday, 11 April 2011

Happy 15th Birthday to Aamira Haifaa!!!!!

Boleh tak, kalau aku cakap, sebenarnya aku dah terlupa nak masukkan entry ni... Pada tarikh 11.04.11 adalah hari jadi satu-satunya anak dara aku yang ke 15 tahun.. Hmmm sekejap je...dah besar panjang anak aku ni kan... sebelum tu, korang mesti pelik kan, sbbnya aku post entry ni 2 kali. baru-baru ni aku dah post dah pun tapi aku pun taktau ape terjadi pada blogger.com ni, tetiba aku selak2 balik, post entry tu dh hilang...Aikkk!!! Magic betul..dah macam ilmu ghaib lah pulak.. Ni yang aku tongah poning ni..ntah2 byk lagi entry aku yg hilang... (harap2nya x hilang lah kan)...

Seperti thn lepas jugak lah kan..Bila mamanya dah pandai men'deco' kek ni (lepaslah setakat nak deco kek anak beranak walaupun belum mencapai standard).. Besday girl suka-suka hati dia je nak request kek bentuk macamana kan..Siap paksa aku tulis happy besday dalam tulisan Korea pulak tu... mentang-mentanglah tengah hangat citer Korea..aku pun terlibat sama kena tulis Korea...So, sebelum mulakan deco. aku kena berlatih tulis dalam tulisan korea tu...nak tercabut jugak lah tgn aku ni..mengigil-gigil nko...tulis jawi lagi sonang rasanye....
Sebenarnya, majlis ni tak jemput ramai pun. Memang plan nk jemput kawan sebaya dia je.. Kiranya jemput kawan baik besday girl je lah kan... Oleh kerana tak ramai kawan sebaya besday girl kat bumi Bundoora ni, jadinya tak ramai jugaklah tetamu yg dijemput. Sekadar menjemput untuk minum petang sambil-sambil makan kek.. Takdelah ckp majlis hari jadi pun... Dalam pada tu, aku sediakan jugak bihun soto sebagai sampingan (x sempat nk snap gambar bihun sup)... Buat kek ni pun sekadar suka2 je. Takde juga acara tiup-tiup lilin. Cuma buat kek ni sekadar syarat je lah.. Lagipun bukannya budak-budak umur 5,6 thn yg nak meriah dgn besday party. Oleh kerana takde nyanyi hepi besday to you, jadi aku dedikasikan lagu kat bawah ni untuk besday girl aku ni. Didatangkan khas dari negeri Korea.. Hambik kau..nak sangat lagu Korea kan... Ce dengar, ce dengar...LAYANZZZ!!!!











Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 15 TAHUN. Semoga sentiasa menjadi insan berguna dan cemerlang di dunia mahupun di akhirat...

Sunday, 6 June 2010

The Cutest Marissa!!! Happy 1st Birthday...

Minggu ni ada birthday party lagi.... Yea!!! makan-makan... Kali ni kami dijemput oleh Asra & Wadi untuk menghadiri majlis hari jadi anaknya. Baby comel yang empunya nama Allana Marissa....Secomel namanya...1st Birthday Party!!!... Kalau minggu2 sebelum ni dgn tema hitam putih dan biru putih,..... Kali ni pulak temanya ialah PINK.... Ramai jugak jemputan yang hadir. Yang pastinya mereka ni terdiri drp kenkwn besday girl punya mummy n daddy.

Kalau kita hadiri majlis hari jadi, biasanya ada besday cake... tp kali ni ada sikit kelainan sbb ada besday cookies... Cantik gak sesekali buat perubahan.. Aku suka paternnya.. nampak simple but look nice. Blh ambik idea utk decorate kek aku lepas ni.... hehehe..Yang menariknya lagi, kanak2 yg dtg party hari tu dihiburkan oleh Mr Clown, yang dibawa khas oleh tuan rumah.. Nampak happening sangat....
~Birthday cookies~
~cha dgn mummy n daddy die~
~cha yg sporting~
~cute~
~abg faveret~
~us~
~siap ada mr clown lg~

Akhir sekali, special THANKS to the tuan rumah
(Asra n Wadi) kerana sudi menjemput kam
i...

Saturday, 29 May 2010

Hanish's birthday

Hari ni kami menghadiri majlis Hari Jadi Nur Hanish Farhana yang ke 5 tahun... Puteri kesayangan Faridah dan Hairul @ Norrisbank.. Pagi lagi aku dh bangun utk siapkan kek untuk dia... Requested by her mother. Besday girl nak aku buatkan kek princess Cinderella kaler Blue... Budak tembam ni... tahu je dia nak pilih tema utk hari jadi dia... Siap pesan lagi... tema blue n white..

Selepas selesai men'decorate' kek besday, aku buat cheese cake sebagai buah tangan utk dibawa ke majlis tu... Idea nk buat cheese cake ni pun dtg betul2 minit yang terakhir bak kata org putih last minit...hehehe... nasib baik jadi... ~kek biru putih~

~gambar sekitar majlis akan menyusul selepas ini~
~harap maklum~
~my Cheese cake~
Ramai jugak jemputan tuan rumah... memang nampak meriah sgt.. Yang penting makanan yang disediakan pun sedap2 belaka... Itu yang aku suka.. heeee


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah di atas jemputan tu.

To the sweet little princess,....
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.... Semoga Membesar Menjadi Anak Yang Baik Dan Berjaya Di dunia Mahupun Di akhirat.... AMINNN!!!!



KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...