Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, 4 April 2020

KEK BATIK LEJEN

Assalamualaikum wbt

HARI KE 18 PKP. Bermakna kita dah masuk PKP FASA 2 HARI KE 4

Hari ni dah hari ke 18 kita semua berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Nampaknya, rata2 yg terkurung dlm rumah sendiri ni dok memikirkan apa la makanan yg nak dibuat bg mengisi masa lapang kat rumah. Yang ada anak2 kecik tu, kerjanya nak mengunyah je. Sis kat rumah ni, walaupun ada sorang dara, tp dia pun sama naik je ajak mamanya projek buat macam-macam. Habis rosak diet mama ni kakak oi. Petang semalam dia ajak buat kek batik. Sis tanya nak kek batik yg viral letak cheese kat atas tu ke ataupun nak yg letak coklat kat atas tu?.. Dia jwb..Nak kek batik lejen versi mama. Ok, mama bg resepi kakak buat ok. So resepi tu kita kena buat 1/2 je drp resepi ni sbb nya kita berdua je yg makan...Lagi satu, lagi banyak kek tu dlm peti, maka lagi banyak la kebarangkalian kita nak bukak tutup peti ais.. kita juga yg makan banyak..Ha nampak tak kat situ?? Adoiyaiii sis dah mula seram... tolong jangan tukar saiz badan bila habis pkp ni...

Ok, kat bawah ni, terhasil lah kek batik hasil sentuhan tangan anak dara sis. Sis akan bg resepi sebenar dan resepi kuarantin hahaha.

Sejarah resepi kek batik ni.. Sis belajar buat kek ni dari mak kepada adik angkat sis yg ketika itu umur sis 15 tahun. Haa nak citer, umur 15 thn dah pandai masak okay... haaaa loghat je nk citer... bak kat org melaka laaa. Semasa kat asrama, dia selalu bg sis rasa kek batik buatan mak dia ni. Sampai lah suatu hari sis ikut dia balik rumah hujung minggu. Dan mintak mak dia ajar buat kek batik ni dan sehingga ke hari ni, sis masih lagi setia dgn resepi kek batik versi mak kpd adik angkat sis ni. Moga ilmu yg mengalir ni akan memberi pahala juga buat makcik ni. Datanglah macam2 jenis kek batik yg ada, yg viral di zaman sekarang, macam2 versi siap toping coklat la, toping cheese la... tp kek batik klasik versi mak adik angkat sis ni juga yg tetap dihati.

Ptg semalam, dgn konfidennya, Mira keluarkan bahan2 nak buat kek batik ni. Bia semua dah disediakan, baru perasan susu pekat manis takde kat rumah.. Hahahah mati lanakkkk. Nak keluar beli semata-mata 1 tin susu dgn jam dah menunjukkan pukul 7.30 ptg..ko rase????

Ok sis bg resepi asal kek batik ni dulu.

HARI NI KITA BUAT KEK BATIK VERSI KUARANTIN PULAK.

RESEPI KEK BATIK

400 gram biskut merrie (belah 4)
1/2 cawan gula pasir
8 biji telur
250 gram butter
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar milo
1 sd teh esen vanila
gravy browning(ssh nak jumpa sekrang)
-sis ganti dgn coklat emulco (3 sudu-utk dptkan warna hitam)
1 sudu perisa coklat(botol mcm esen vanila)

Cara-cara:
1. Letak kuali atas dapur. Masukkan butter dan cairkan dengan api perlahan.
2. Dalam mangkuk, masukkan telur dan gula. Pukul sedikit hingga gula larut..
3. Bila butter dah cair, masukkan telur dan gula tadi.
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Sambil tu kena kacau2 sebab semasa proses ni, telur mula melekat-lekat di kuali dan hampir mengeras. Api perlahan ye.
6. Masukkan milo, esen vanila, perisa coklat dan coklat emulco.Kacau sehingga kita nampak bahan tadi hampir pekat.
7. Masukkan biskut dan kacau rata hingga semua biskut melekat dgn bahan2 di atas.
8. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang.
9. Cari plastik bersih, masukkan tangan dalam plastik tu dan tekan tekan lah guna jari jemari yg halus tu. Tekan padat2 supaya biskut tu tersusun cantik bila dipotong. Tutup loyang tu dgn plastik dan simpan dalam peti ais lbh kurang 2-3 jam. jangan letak tempat beku pulak. kang cakap letak peti bawah, ada pulak zaman skrg ni pesen freezernya belah bawah... so nk cakap simpan kat mana tu???Pandai2 la korang decide.
***Kalau dah tak sabar nak makan, lepas 1-2  jam blh la di potong cantik2, ambik gambar tunjuk kat sis dulu baru blh dimakan. Hehehe


Kat bawah ni pulak sis bagi resepi versi kuarantin, guna bahan darurat yg ada di rumah.
Sebabnya xde susu pekat manis kat rumah, kita ejas guna susu kotak(fresh milk).
Lagi satu, sis ni jenis yg x suka sgt kuih yg manis2 ni. takde feel nak makan. Biasanya resepi atas tu pun sis akan kurangkan sukatan gulanya. here is the recipe.


RESEPI KEK BATIK VERSI KUARANTIN

250 gram biskut merri(1 peket), belah 4
125 gram butter
1/4 cawan gula
3/4 cawan susu segar(anchor)
4 biji telur gred B
1 sudu besar milo
1 sd kecil esen vanila
1 sd kecil esen coklat(kalau xde pun xpe)
1 1/2 sudu besar coklat emulco
2 sudu besar paste capucino emulco

Cara-cara: blh je ikut cara kat atas tu.. Samo yooo....

SELAMAT MENCUBA YE.

#stayathome
#tqfrontliners
#PKPfasa2day4

Wednesday, 22 February 2012

Kek Karemel Versi Aku


Assalamualaikum....
Bila sebut je nama kek karemel ni, aku teringat pada blog popular Masam Manis. Bila tengok dia buat kek ni, memang rase teruja sangat dan rasanya bukan aku sorang yang teruja, malah semua pengikut blog dia akak teruja dgn hasil kek karemel yang dia buat, yang disertakan gambar2 yang cantik menarik. Terpanggil untuk mencuba. Tapi tu lah kan.. aku ni, kalau nak buat aktiviti masak memasak terutama dalam membuat kek ni, kena persediaan dari segi mental dan fizikal.. Malam semalam, aku kuatkan semangat nak cuba buat kek yang dah lama menjadi idaman aku ni. Walaupun badan ni penat, tp tetap kuatkan semangat nak buat. Hasilnya, kek karemel aku ni tak brp menarik perhatian. Rupa paras pun tak secantik kek yang kak ita buat. Karemelnya pulak nipis je sebab loyang yang aku guna agak besar (itu je loyang yg aku ada). Tapi takpelah kan..yang penting rasenya tetap sedap.
Bagi sesape yang nak mencuba resepi ni, boleh lah pegi ke blog masam manis. Kat situ ditunjukkan step by step cara untuk buat kek karemel ni... Buat kak ita, mintak share resepi kat blog ni juga ye.


KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



Saturday, 17 September 2011

KEK DAM


Assalamualaikum.....

Apa khabar ye semua? Harap-harap semuanya sihat-sihat aje. Aku ni, masih lagi dilanda batuk dan selsema yang tak berkesudahan. Bilalah penyiksaan ni akan berakhir ye. Stress betul lah. Dalam pada tak sihat tu masih sempat jugak membaking kek. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni aku terlebih rajin pulak nak membaking. Semakin aku nak kemaskan semua peralatan membaking ni, semakin bersemangat pulak aku nak buat kek. Sudahla tu, bila tiba semangat berkobar-kobar tu, rasanya masa tu jugak aku nak buat, tak boleh nak tunggu esok lagi. Satu hari tu, aku terpandangkan kek ni pada photo album kak ita ni. Adoiyaiiii...cantiklah pulak. Walaupun nak membuatnya agak rumit tapi aku kuatkan jugak semangat nak mencuba. Menurut kat ita, resepi kek ni di adaptasikan dari Koleksi Resepi Kek Lapis by Yeni. Nama asal kek ni ialah kek domino yang diubahsuai namanya oleh kak ita kepada 'Kek Lebaran'. So aku pulak pepandai je ubah nama kek ni kepada kek dam.. Sebab bentuknya pun dah macam dam je kan...kotak-kotak gituu... Pada kak ita, nak mintak share resepinya kat blog ni pulak ye untuk panduan kawan-kawan dan kenalan diluar sana. Semoga kita sama-sama mendapat manafaatnya.

KEK DAM
sumber resepi: Kak Ita (kek lebaran)
by: Yeni

Lapis Coklat
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula kaster
50 gm tepung HongKong
30 gm serbuk koko
20 gm susu tepung
200 gm mentega cair
1 sudu teh coklat emulco
2sudu teh ovellete
1/4 sudu teh cream of tatar


Sediaka sebuah 2 loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan dasar loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan sama banyak ke dlm 2 loyang yang berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar
pewarna hijau


Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.



Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry

Mula-mula ambil kek warna hijau dan potong lebarnya satu pembaris dapat anggaran 6 keping.
Potong pula kek kuning dgn ukuran yang sama anggaran dalam 6 keping
Susun kek secara berselang-seli seperti dam.
Lekatkan setiap lapisan dengan jam strawberry. Bila dah siap ketepikan.
Ambil pula lapisan kek coklat sapukan atasnya dengan jam dan ratakan.
Ambil kek lapisan domino dan lekatkan.
Sapu jam lagi dan lapiskan pula dengan lapisan kek coklat yang ke 2
Potong tepi dan kemaskan kek.








Tuesday, 13 September 2011

Kek Mentega



Selamat malam semua. Sebelum melabuhkan tirai pada malam ni, aku nk masukkan dulu entry untuk buat kek mentega. Memang senang je buat kek ni. Pekam mata pun boleh buat kot. Ni pun aku suruh anak dara aku je yg bancuh kek ni. Atas permintaan si adik yang nak makan butter cake ni.


Butter Cake

sumber: Sue


Bahan-bahan:
7 oz sugar
7 oz flour + 2 teaspoon baking powder ***
*** boleh ganti dengan self raising flour
7 oz butter
2 teaspoon vanila essen
1/4 cup fresh milk
4 eggs

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu, dan esen vanila.
3. Masukkan tepung berselangseli dengan susu.
4. Bakar pada suhu 160C-170C selama lbh kurang 45 minit- 1 jam atau sehingga kek
masak.

Senang je kan... Bagi sesape yg jarang2 dan takut nak buat kek pada peringkat permulaan macam aku ni..boleh lah start buat kek ni dulu..konpem jadi...insyallah...

ok, dah ngantuk..ngam ngam kul 12 tgh malam..detik 12 malam, nak tido dulu bye....






Friday, 9 September 2011

Projek Buat Kek Banji

Assalamualaikum... Aku kembali bersiaran pada hujung hari Jumaat ni.. Inilah dia projek besar yang aku cakapkan tadi. Projek buat kek banji roll. Kek ni memang menjadi feberet kami anak beranak sejak mula diperkenalkan oleh jiran aku 4 tahun dulu. Kalau di Malaysia, kami selalunya akan order je kek ni dengan jiran depan rumah aku. Setiap kali aku nak belajar dengan jiran aku ni, ada je halangan. Sedar tak sedar tahun 2009 aku dah datang Melbourne. Setahun kemudian, jiran aku ni pulak dah berpindah balik kampung asal di kedah. Kami hanya berhubungan di alam maya je. Dari semalam lagi aku dah berjanji kat diri sendiri, aku mesti buat kek benji hari ni. Kalau tak,ntah bilalah aku dapat peluang nak belajar membuatnya. Kena yakin pada diri sendiri dgn motto "I Can Do It". Fighting!!!!!...hehehe guna semangat dalam citer korea lah pulak.. Oleh kerana cara pembuatannya yang rumit, sememangnya aku kena kumpulkan sepenuh kekuatan terutama dari segi mental dan fizikal. Ianya perlukan ketelitian yang amat tinggi. Jadinya, untuk itu, aku kena betul-betul tenang supaya kek ni menjadi seperti yang diharapkan. Kalau fikiran berserabut, memang takleh nak buat kek ni. Maklumlah, seperti yang aku selalu katakan, kalau sesuatu yang aku nak buat tu adalah first time dan rumit, aku kena betul-betul bersedia mental dan fizikal sebelum membuatnya. Tak kiralah nak buat apapun samada memasak, menjahit atau apa-apa yng memerlukan kreativiti. Sebabnya, aku mengharapkan percubaan pertama tidak menghampakan,..Kalau tak, nanti aku akan terus putus asa nak buat lagi. Itu satu sikap aku yg mmg takleh nak elak. Memang mnggigil satu badan bila nak mula buat kek ni tau!!!

Hari ni,pepagi lagi aku dah bangun sediakan checklist apa yg patut dibeli. Semestinya bahan untuk buat kek, baking paper, beli tray baru dan sebagainya. Kiranya, banyak jugaklah aku kuarkan modal untuk merealisasikan hasrat aku ni kan.. Takpe, takpe, kalau nak buat sesuatu kena bersungguh-sungguh, barulah dapat hasil yang memuaskan..betul tak.. Nak pulak benda yang kita buat ni adalah minat kita... Memang kena kuatkan semangat. Dah ready nak kuar tup2 hujan lebat la pulak. Kena tunggu hujan reda dulu...hehehe
.. Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan, akhirnya terhasillah kek banji roll aku ni. Secara pribadi, aku memang amat berpuas hati dengan hasilnya kali ini..Susah payah di sebalik pembikinannya, biarlah aku saje yang tahu.,......Inilah dia Kek Banji Roll aku..

TARRAAAAAA...



p/s: Camner? ok tak kek ni? Resepinya nanti aku post di lain entry ye. Aku nak mintak kebenaran dari tuan empunya resepi dulu okay.


Thursday, 28 April 2011

Red Velvet Cupcake

Haaa...tengok pada namanya pun dah ikut nama omputeh kan.. Ye la kan, aku pun cedok resepi ni dari omputeh.. Jadinya kan..untuk mengekalkan ke'originalan'nya, aku copy n paste je resepi dari blog mat saleh tu... korang nak resepi ni kan..Haa tgk je kat bwh ni okay!.

Red Velvet Cupcakes:

125 gram tepung kek/ self raising flour (diayak)
1 1/4 sudu teh garam
1 sudu besar (10 gram) serbuk koko
57 grams unsalted butter
150 grams gula caster (aku guna 100 gram je)
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanila
120 ml buttermilk
1 sudu besar pewarna merah
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:
113 grams cream cheese (suhu bilik)
1/4 sudu kecil vanila
30 gram icing sugar
80 ml whipping cream (double cream)(35-40% butterfat)

Cara-cara:
Panaskan oven 175 C. Dalam satu bekas, ayak serbuk koko, garam dan tepung. Ketepikan. Dalam mesen mixer, pukul butter hingga lembut. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga telur sebati. Masukkan esen vanila.

Campurkan buttermilk dengan pewarna merah. Gunakan mixer pada kelajuan perlahan, masukkan buttermilk berselangseli dengan campuran tepung, garam dan koko tadi..

Di dalam bekas kecil, campurkan soda dan cuka makan. Campuran ini akan menghasilkan gas dan cepat-cepat masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaupbalikkan dan masukkan dengan cepat ke dalam cup yang telah di sediakan. Bakar lebih kurang 18-23 minit atau sehingga kek masak.

Cream Cheese Frosting:
Masukkan semua bahan dan putar sehingga kembang. Masukkan dalam bekas piping dan sedia utk menghias cukcake anda.

*** Kalau korang tak paham ayat aku yg tunggang langgang ni, lebih baik baca original resepi kat bawah ni ye....

Red Velvet Cupcakes: Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and line 12 muffin tins with paper cupcake liners.

In a large bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder.

In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the egg and beat until incorporated. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.

In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.

In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.

Working quickly, divide the batter evenly among the 12 muffin cups and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 18 - 23 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cupcakes comes out clean.

Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes and them remove from pan. Let cool completely before frosting. Either spread the frosting with a knife or offset spatula, or use a large 1M Wilton open star decorating tip to pipe the frosting.

Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Makes 12 cupcakes.



Kek Chiffon Pandan

Hari ni aku nak masukkan entry resepi kek chiffon pandan yang aku dah buat baru2 ni... Kepada kenkawan semua, bolehlah mencuba resepi kat bawah ni. Sebelum tu aku nak bagi kredit kat Sel Tarmizi atas sumbangan resepi ni.

Kek chiffon pandan:

Bahan-bahan:
(A)


5 kuning telur (size A)

60g minyak masak/jagung

70g santan

80g tepung kek

pes daun pandan



(B)

5 putih telur

110g gula kastor

1/2 sudu kecil cream of tartar


Cara-cara:
1) Masukkan bahan (A) ke dalam mangkuk mixer dan pukul hingga sebati. ketepikan.
2) Pukul putih telur hingga kental. Masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga sebat (sampai bertanduk).
3) Kaup balikkan bahan (B) ke dalam (A) perlahan-lahan dan cermat, jangan sampai bancuhan menjadi berat dan mendap.
4) Tuangkan ke dalam loyang kek chiffon berukuran diameter 25 cm, tanpa gris.
5) Bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 175 C selama 45-50 minit.
6) Selepas loyang dikeluarkan dari oven, terbalikkan loyang dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan untuk dipotong dan dihidangkan...

Ok kenkawan semua, selamat mencuba resepi kek chiffon ni ye!!!!!!!!!!
Chow dulu!!!!!!!!!!!!

Monday, 11 April 2011

Happy 15th Birthday to Aamira Haifaa!!!!!

Boleh tak, kalau aku cakap, sebenarnya aku dah terlupa nak masukkan entry ni... Pada tarikh 11.04.11 adalah hari jadi satu-satunya anak dara aku yang ke 15 tahun.. Hmmm sekejap je...dah besar panjang anak aku ni kan... sebelum tu, korang mesti pelik kan, sbbnya aku post entry ni 2 kali. baru-baru ni aku dah post dah pun tapi aku pun taktau ape terjadi pada blogger.com ni, tetiba aku selak2 balik, post entry tu dh hilang...Aikkk!!! Magic betul..dah macam ilmu ghaib lah pulak.. Ni yang aku tongah poning ni..ntah2 byk lagi entry aku yg hilang... (harap2nya x hilang lah kan)...

Seperti thn lepas jugak lah kan..Bila mamanya dah pandai men'deco' kek ni (lepaslah setakat nak deco kek anak beranak walaupun belum mencapai standard).. Besday girl suka-suka hati dia je nak request kek bentuk macamana kan..Siap paksa aku tulis happy besday dalam tulisan Korea pulak tu... mentang-mentanglah tengah hangat citer Korea..aku pun terlibat sama kena tulis Korea...So, sebelum mulakan deco. aku kena berlatih tulis dalam tulisan korea tu...nak tercabut jugak lah tgn aku ni..mengigil-gigil nko...tulis jawi lagi sonang rasanye....
Sebenarnya, majlis ni tak jemput ramai pun. Memang plan nk jemput kawan sebaya dia je.. Kiranya jemput kawan baik besday girl je lah kan... Oleh kerana tak ramai kawan sebaya besday girl kat bumi Bundoora ni, jadinya tak ramai jugaklah tetamu yg dijemput. Sekadar menjemput untuk minum petang sambil-sambil makan kek.. Takdelah ckp majlis hari jadi pun... Dalam pada tu, aku sediakan jugak bihun soto sebagai sampingan (x sempat nk snap gambar bihun sup)... Buat kek ni pun sekadar suka2 je. Takde juga acara tiup-tiup lilin. Cuma buat kek ni sekadar syarat je lah.. Lagipun bukannya budak-budak umur 5,6 thn yg nak meriah dgn besday party. Oleh kerana takde nyanyi hepi besday to you, jadi aku dedikasikan lagu kat bawah ni untuk besday girl aku ni. Didatangkan khas dari negeri Korea.. Hambik kau..nak sangat lagu Korea kan... Ce dengar, ce dengar...LAYANZZZ!!!!











Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 15 TAHUN. Semoga sentiasa menjadi insan berguna dan cemerlang di dunia mahupun di akhirat...

Saturday, 9 April 2011

Devil's Food Chocolate Cake


Wow!!!!...Ganazz je nama kek ni kan? Kalau tengok pada nama kek ni, memang menakutkan... ye lah, takut termakan baaaanyaakkkk....Hehehe. Nanti bertambahlah jumlah kalori dlm badan kan....Dah lama betul aku berangan nak buat kek ni...Kena kumpulkan segala kekuatan untuk membuatnya..Bukan ape, takutt je tak jadi.. kekadang tu, bila aku tengah semangat nak buat kek, tup tup, ada je bahan yang ter'miss' kat dalam stok simpanan kat rumah aku....

Tengok pada tajuknya pun dah rasa amat menyeramkan...Akhirnya, aku berjaya juga merealisasikan impian aku untuk buat kek ni... Tanpa berlengah lagi, hari ni jugak aku upload gambar kek ni..camner??? ok tak kek yang aku buat ni... Rasenya....emmmmm....memang tersangat sedap..Ini kira komen ikhlas dari aku, orang yang memang tak suka makan kek coklat.... Kalau nak tahu, resepi ni aku cedok dari blog Secubit Garam... dan menurut si pemilik blog ni, dia pun dapat dari blog seseorang jugak..So aku nak minta izin la pulak utk letak resepi ni kat blog aku sebagai simpanan pribadi aku..Senang bila next time aku nak refer balik kan... Selain dari tu, dapat gak panjangkan ilmu ni kan...Jadi, sesape yang berminat nak cuba, boleh lah ikut resepi kat bawah ni ye....


Kalau ikutkan, sebenarnya nak buat kek ni mesti guna loyang berukuran 8X8...tapi aku tgk adunan tu macam sikit je, jadinya aku letak la dalam loyang kecik... Tu yang kek aku nampak tinggi tak sepadan dengan ganache yang kat atas tu... Maybe next time aku kena ikut arahan dari pemilik asal resepi ni kan...heheheh... (gambar yg kat atas tu aku dah potong sikit bhg bawahnya bg nmpk comei....))

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
sumber: Ayu S'pore

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

Friday, 1 October 2010

Kek Kukus


Takde apa yang lebih menyeronokkan, bila first time kita buat sesuatu tu dan ianya menjadi.... Baru-baru ni buat julung-julung kalinya aku mencuba buat kek kukus buah-buahan. Seronoookkkk sesangat, sebab kek kukus aku tu menjadi... Memang teramat bangga lagi bila kek kukus aku nampak cantikkkk je.... hahahha..ni dah kira terlebih2 perasan ni kan... Sebenarnya, aku buat kek ni, kebetulan ada kawan nak datang berhari raya rumah aku hari tu.... So, kalau makan beramai-ramai baru rasa macam sedap je.. Kalau makan kami anak beranak je, kek yang sedap pun takde maknanya.. Jenuh nak mengabiskan kek tu nanti... Lagi satu, salah satu sebab aku nak cuba buat kek kukus ni adalah untuk menyahut cabaran suami aku... Suami aku sebenarnya tak minat sangat nak makan kek.. Jadinya kan, setiap kali aku buat kek yang pelik-pelik (cheese cake @ carrot cake), dia tak pernah nak rasa.. Alasannya senang je, dia suka kek kukus dan butter cake je. Kebetulan, bila aku baca kat blog mat gebu ni, ada pulak resepi kek kukus tu.. Jadi aku buat lah.. Emmm nasib baik suami aku makan..Kalau takkkkkk.... memang lahhhh.... kannn...

Oh ya..lupa nak bagitau. Kalau ada sesape yang berkenan dan ada niat nak buat kek kukus ni, boleh la melawat blog ni (klik di sini)... Sebab aku pun ikut sebijik-bijik dari resepi tuan empunya badan.... Aku rasa, memang tak rugi kalau ada sesape yang nak mencubanya.


Sunday, 6 June 2010

The Cutest Marissa!!! Happy 1st Birthday...

Minggu ni ada birthday party lagi.... Yea!!! makan-makan... Kali ni kami dijemput oleh Asra & Wadi untuk menghadiri majlis hari jadi anaknya. Baby comel yang empunya nama Allana Marissa....Secomel namanya...1st Birthday Party!!!... Kalau minggu2 sebelum ni dgn tema hitam putih dan biru putih,..... Kali ni pulak temanya ialah PINK.... Ramai jugak jemputan yang hadir. Yang pastinya mereka ni terdiri drp kenkwn besday girl punya mummy n daddy.

Kalau kita hadiri majlis hari jadi, biasanya ada besday cake... tp kali ni ada sikit kelainan sbb ada besday cookies... Cantik gak sesekali buat perubahan.. Aku suka paternnya.. nampak simple but look nice. Blh ambik idea utk decorate kek aku lepas ni.... hehehe..Yang menariknya lagi, kanak2 yg dtg party hari tu dihiburkan oleh Mr Clown, yang dibawa khas oleh tuan rumah.. Nampak happening sangat....
~Birthday cookies~
~cha dgn mummy n daddy die~
~cha yg sporting~
~cute~
~abg faveret~
~us~
~siap ada mr clown lg~

Akhir sekali, special THANKS to the tuan rumah
(Asra n Wadi) kerana sudi menjemput kam
i...

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...