Showing posts with label Snow - Australia. Show all posts
Showing posts with label Snow - Australia. Show all posts

Thursday, 14 July 2011

Skiing @ Lake Mountain 2010

Salam muhibbah untuk semua. Hari ni aku nk post lagi gambar-gambar aksi aku anak beranak ber'ski' pada tahun lepas. Sementara ambik mood kenkawan di Melbourne yg pergi snow sempena cuti sekolah tahun 2011 ni. Bila tgk diorg semua upload gambar2 ber'snow', aku pun datang semangat dan tumpang gak lah mood diorg tu kan...heheheh... Tapikan, org lain upload gambar baru, aku pulak dok sibuk post gambar2 dari arkib negara... Tak kisahlah kan...asalkan aku rasa bahagia dgn cara aku ni. Bagi yg suka tengok, silalah ye..

Sebenarnya, inilah kali pertama aku bawak anak-anak ber'ski' ni. Yelah...sementara dok di bumi asing ni, ambik la peluang... Orang kata, jangan tidak... sekurang-kurangnya, anak-anak ni merasa jugak lah bermain ski. Kalau di Malaysia, mana pulak nk main ski ni. Kalau dah pertama kali ber'ski' ni, jadi paham-paham jelah... kejap tergolek belah kanan, kejap tergolek belah kiri...jalan yg lurus pun dah nmpk macam bengkang bengkok. Aku??? Takde maknanya aku nk main benda ni, buatnya aku jatuh berdebuk..eeeeee buruk je rupanya. So, dipendekkan cerita, aku tak termasuk dalam aksi-aksi ski ni okay!!! Jom kita layanzzz aksi tiga beranak ni pegang kayu ski...


~seblm mula, baik aku pose dulu~

~misi bermula~
~gaya dah ada~
~pose dulu~
~inilah juara yg paling kurang jatuh tergolek~





***Bila agaknya dapat pergi snow lagi?

Friday, 8 July 2011

Snow @ Mt. Baw Baw 2010

Sekarang ni tengah demam orang pergi bermain salji di kawasan pergunungan di sekitar Victoria. maklumlah, dah pertengahan winter.. Ingat nak bawak diorang pergi main snow jugak, yelah kan kesian pulak kat anak2, tak bawak pergi mana2 sempena cuti sekolah ni. Padahal diorg ni tak heran pun, asalkan dpt komputer sorang satu, tak pikir nk pegi mana2 dah pun. Bila tanya diorang, ada pulak sorang nak pegi dan sorang lagi xnak pegi... Kena pulak main oooo zoommmm!!! So, untuk setakat ni, takde plan utk ke mana-mana tmp yg ber'snow'. Sebenarnya, aku yang ketar kepala lutut nak pegi snow... hehhee...sempena ambik mood kenkawan yg pergi ke kawasan pergunungan pada tahun ni, aku post je entry ni walaupun yang tahun lepas punya okay... Ini adalah kali kedua kami ke Mt. Baw Baw. Sebelum ni aku dah post entry ke Mt baw baw tahun 2009.

Kali ke-2 pergi ke sini, salji tak banyak sangat, kebanyakannya dah defrost disebabkan hujan lebat dan angin kencang. Sib baik sempat jugak merakamkan aksi-aksi kami sebelum angin kencang dan hujan lebat.



















~snow pun tak byk sgt~
~sempat jugak bermain tobogan~


Snow @ Mt. Baw Baw 2009

Yang ni pulak adalah kali kedua kami pergi snow pada tahun 2009, lbh kurang 2,3 hari sebelum menyambut bulan ramadhan. Kami pergi bersama Rizal dan Nazura dengan menyewa kereta. Yang seronoknya, pergi kali kedua ni ialah, kami dapat merasa snow falls. Emmm best, best, terasa cam dok obersi. Tapi, suasana salji di sini tak semeriah di Mt Buller. Kebetulan, hari yang kami pergi tu, tak banyak salji yang turun dan pulak tu, hari sekolah...Pengunjung pun tak ramai ..ada lah dalam 2,3 kerat je termasuk kitorg..So blh bilang dgn jari je..hehehe.. Takpelah..yang penting...enjoy jugak lah walaupun tak sehebat ketika berada di Mt Buller.. Jom layan gambar2 yang tak seberapa ni ye. Di sebabkan hujan salji dan angin yang kuat, kami tak dapat nak snap byk...soojuukkkkk!!!!.














Saturday, 2 July 2011

Snow @ Mt. Buller 2009

Sekarang ni dah masuk pertengahan musim sejuk. Biasanya, bila tiba time winter ni, orang-orang ostolia akan sibuk pergi ke kawasan pergunungan untuk bermain salji. Kami anak beranak pun tak lepaskan peluang. Maklumlah,peluang berada di luar negara bukan selalu datang. Lebih-lebih lagi dapat merasa bermain salji. Kalau dulu, tengok gambar je, dan kadang2 tgk filem kat TV. Sekarang dapat pulak merasa dan bermain salji ni. Tahun pertama kami berada di bumi Australia, kami pergi ke Mt Buller yang mengambil masa lbh kurang 4 jam perjalanan menaiki kereta atau bas. Maklumlah, kali pertamakan..so ikut rombongan kenkawan La Trobe Uni yang menganjurkan rombongan cik kiah ke Mt Buller ni. Memang seronok dan happening sangat. Inilah antara gambar-gambar kami yang diambil pada 2 tahun lepas iaitu 7hb Julai 2009 sebagai mengimbas kembali kenangan pertama kali pergi snow.



















KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...