Showing posts with label DESERT. Show all posts
Showing posts with label DESERT. Show all posts

Thursday, 2 July 2015

Ramadhan 15: Sagoo Delight

Assalamualaikum... Salam 15 Ramadhan buat semua. Jom kita layan resepi sagoo delight ataupun dalam bahasa kampungnya kuih sagu gula melaka. Hehehe saje je sebut omputeh sikit..nmpk glam-glam sikit u ols...
Nak resepi??? Orait..kita scroll ke bawah ye..

resepi sagu:
1 cawan sagu mata ikan ( yg halus)
2-3 cawan air.
** ddihkan air, masukkan sagu yg telah di basuh dan ditoskan. kacau sagu sehingga hilang biji2 putih pd sagu tu ye. Masukkan pewarna yg korang suka..merah ke hijau kepepel ke.. suka hati la...
Masukkan dalam bekas kecik2 supaya mudah utk dihidangkan.. Nak letak dalam bekas besar pun boleh je, then sendukkan le sikit2 dalam mangkuk bila nk makan nanti ye.
Kemudian sejukkan...So buat le awal sikit..jangan le dekat2 nak berbuka, u ols sibuk pulak dok kacau sagu ni kat atas dapur. bila masa pulak korang nk makan nanti kan... perlu dibiarkan sejuk utk sagu mengeras sikit hokay ye hakak2 semua. Letak dalam peti sejuk bawah.

Kuah:
1. Sediakan santan KARA 1 kotak (200 ml)
campurkan dgn sedikit air panas, lbh kurang 1/4 kota mengikut kepekatan yg kita nak.. jangan cair tau!! sedikit garam. Kacau sebati. Nak panaskan sekejap di atas dapur pun ok je supaya santan tahan lama. Masakkan sekejap je.. Jangan masak lama... agak2 2-3 minit je.. Jangan sampai ianya bketul... Tapi kan..kalau tak masak pun ok je... bukan kita nk simpan esok kan... kira habis terus la...hehehhe

2. Didihkan 1-2 ketul gula melaka/gula kabung dengan 1 cawan air. kalau nk manis sikit, tambahkan gula pasir dalam 1 sudu. biasanya gula melaka/kabung ni dah cukup manis nya. Bila gula sebati dgn air, keluarkan dan tapis untuk membuang habuk dari gula tersebut.

3. Sediakan bekas kecil. Masukkan sagu, tuangkan air gula dan santan. Sedia untuk dimakan!!!



Ini pula lauk untuk berbuka pd hari ini... Sambal ayam dan sup sayur cendawan.




Wednesday, 14 September 2011

Strawberry Cicah Coklat



Selamat malam semua.
Hari takde entry menarik. Cuma, siang tadi aku pergi beli sayur kat A1 Market yang jaraknya kira-kira 4 km je dari rumah aku. Lama dah aku tak beli strawberry ni. Tetiba hari ni terpandang pulak pada buah ni dalam bekas dia. Cantik je ropanya...Harga hari ni pulak agak murah dari biasa... 3 pack for $4... Kira oklah..murah sangat la tu. Selalunya, kalau aku beli strawberry ni, anak-anak takdelah teruja sgt, agaknya sbb selalu sgt beli kot. Bila si kakak tu bukak je bekasnye, aku pun tumpang sekaki,.. Emmmm manis lah pulak strawberry kali ni. Anak dara aku si Aamira ni pulak terlebih rajin nak cairkan coklat. Dia godak-godak kat dalam kabinet, terjumpa pulak coklat masakan baki buat almond london hari tu. Bila coklat siap, yang lain-lain termasuk abahnye dok berebut cicah strawberry dgn coklat tu,
Aku pulak sibuk nak deco untuk ambik gambar...hehehe.. Coklat ni bukanlah feberet aku, so takde lah heran sangat. Cuma, tu lah kan..bila dah snap, snap...tengok balik gambar ni nampak cantik dan meriah pulak dgn kaler merah ni..heheheh..maklumlah..warna kegemaran aku... Merah terserlah gitu... So, aku memang teruja dan bersemangat je nak masukkan entry ni.... Kalau setakat nak masukkan resepinya, takdelah sangat sbb cuma cairkan coklat je...hehhee...Takpelah, aku masukkan jugak resepinya kat sini...Sumbangan anak dara aku....(mesti bangga je dia).

Strawberry cicah coklat
sumbangan idea: Aamira Haifaa

Strawberry dan cooking chocolate secukupnya.

Cara-cara: Cairkan coklat menggunakan teknik double boil. Bila coklat dh cair, celup kan pada strawberry dan sedia untuk dinikmati. Ok lah ..jom layan gambar-gambar strawberry aku yg merah meriah ni...

p/s: kena makan strawberry ni puas-pusa sementara berada di Melbourne ni kan...




Tuesday, 23 August 2011

Serradura Pudding

Assalamualaikum....
Kalau tadi aku dah masukkan N3 ayam percik dan butter prawn, kali ni aku nak masukkan pula resepi "SERRADURA Pudding", yang juga merupakan resepi dari kawan aku. Kiranya, hari ni Entry yang aku masukkan adalah dari tuan empunya resepi yg sama. Pudding ni memang sedap. Tak dapat nak dipastikan dari mana asalnya pudding ni..tapi aku rasa macam pernah makan piudding ni kat rumah kawan aku berbangsa Turki. Rasa dia lebih kurang macam ni jugak lah....yang bezanya, pudding yg kawan aku buat tu bergetah sikit...Rupa-rupanya inilah pudding yg enjadi tanda tanya...Nam membuatnya pun takdelah susah sangat. Jom tengok resepi kat bawah ni, sumbangan dari kawan aku. Aku CNP je kat sini.

SERRADURA PUDDING:

Recipe:
10 keping (lebih kurang la) biskut marie (that's original recipe) , I used digestive biscuit.
Biscuit crush dulu. Tips; Letak dlm zip-lock bag, roll dgn rolling pin.

Cream:
400 ml whipping cream
100 ml condensed milk (boleh kurang kan ikut selera)
2 tsp vanilla extract
10 gm gelatine (saya tak guna pun)
Whip cream until form peak, then beat in condensed milk (sikit2) n vanilla. Layer wt crushed biscuit alternately.

Lepas tu, sejukkan dalam peti ais, sebelum dimakan.
Enjoyyyy!!!!







KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...