Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

Tuesday, 19 May 2020

CUCUR UDANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih cucur udang resepi che mat gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. Untuk resepi asal, blh klik link di bawah ni..
https://www.tiffinbiru.com/2019/09/resipi-cucur-udang.html









RESEPI CUCUR UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast
1 genggam taugeh, dibersihkan, cuci, toskan dan ramas sedikit
10 tangkai daun kucai, dipotong
1 biji bawang besar, didadu
2 cawan air, kurang lebih
1 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang kertas, saiz sederhana
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh penuh

UNTUK SOS SIS IKUT CARA SIS
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
1 senduk cili kisar
5 ulas bawang putih
1/4 keping gula kabung
3 camca kecil paste asam jawa adabi
1 camca teh garam
1 1/4 cawan air
3/4 sudu besar tepung jagung*
4 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CUCUR UDANG :- Masukkan tepung, kucai taugeh. serbuk kunyit dan instant yeast ke dalam besen besar. Masukkan garam dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan senduk. Bancuh hingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat atau cair. 2 cawan air tu tak habis digunaka, tinggal dalam 2 camca besar macam tu. Kacau rata adunan tadi, tutup permukaan besen dengan plastik cling dan biarkan selama 45 minit. Udang dicuci bersih, kerat bahagian muncungnya yang tajam dan juga buang janggutnya. Lap kering udang tadi dengan tissue dapur sebelum digunakan agar minyak tak meletop masa kita menggoreng cucur udang nanti.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan juga senduk mungkum saiz sederhana, tak kesah lah jenis aluminium atau stainless steel, dengan cara merendam dalam minyak panas, untuk 3 - 4 minit. Keluarkan senduk dari minyak panas dan sudukan bancuhan cucur udang ke dalamnya hingga hampir penuh (adunan cucur udang akan naik, pastikan kacau dulu sebelum kita masukkan ke dalam senduk panas tadi). Ambik seekor udang dan lingkarkan atasnya. Tekan sedikit, dan celop senduk berisi adunan cucur udang ke dalam minyak panas. Masak hingga cucur udang boleh ditanggal dari senduk. 
  3. Terbalikkan biar bahagian yang ada udang berada di bawah. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan udang tadi. Untuk sekali goreng che mat buat 5 - 6 biji cucur udang saja. Bila dah masak, angkat, toskan minyaknya dan susun atas dulang yang dialas tissue dapur, biar minyaknya terserap. Hidangkan cucur udang dengan sos cili atau kalau suka boleh juga dimakan dengan kuah kacang.
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar bawang putih dan air, kisar hingga halus. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam periuk, tambah gula dan garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan paste asam jawa, kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil selama 15 minit. Rasa, jika kurang manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung, kacau dulu bancuhan tepung jagung sebelum dituang ke dalam sos. Kacau dan masak hingga pekat. Boleh matikan api, biar sos cili sejuk dan boleh hidangkan dengan cucur udang.




KUEY TEOW GORENG SIMPLE

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

KUEY TEOW GORENG dan cucur udang. Simple je. Dah hujung2 ni dah kehabisan idea dah ni.



RESEPI KUEY TEOW GORENG SIMPLE
Bahan-bahan

1/2 bungkus kuey teow
3 ekor sotong-dipotong kecil(kerat 3)

3 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang kecil-tumbuk
3 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu kicap pekat manis
garam secukupnya
segenggam taugeh
segenggam daun kucai
2 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bawang dan cili hingga garing.
2. Masukkan sotong, sos tiram, kicap dan telur.
3. Masukkan telur dan kuey teow
4. Gaul sebati. Jika perlu tambah garam dan maggi cukup rasa.
5. Bila dah gaul sebati, masukkan daun kucai dan taugeh.
6. Kaup balikkan bahan-bahan seketika dan tutup api.










Sunday, 17 May 2020

KERABU JANTUNG PISANG

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 61 PKP: Hari ke 5 pkp fasa 5
17 MEI 2020: 24 RAMADHAN 1441

Semasa posting yang awal tadi, sis dah bgtau macam mana cerita si jantung pisang sis ni. Ceritanya di mana, sejak sis tanam pokok pisang lebih 10 tahun dulu, pokok pisang belum pernah mendatangkan hasilnya. Bayangkan... Bila sampai masanya dia berbuah.. tak lama lepas tu, batang pokok akan mengecut dan tumbang. Punah harapan nak rasa buah pisang di pokok sendiri. Tapi, setiap tahun selama berbelas tahun ni, memang sis ambil hasil daunnya utk buat kuih di bulan ramadhan. Takpelah.. tak dapat buah pun, dapat guna daunnya dah cukup baik kan. takdelah sis nak kena beli daun utk buat kuih kan.. Alhamdulillah... Cumanya.. pasal dia taknak berbuah tu, mungkin salah satu sebabnya sis tak pernah letak baja..siram pun harap ehsan hujan je. Manalah pokok pisang tu nak berbuah kan... tak cukup zat...kurus kering kawan tu hahahah. Cuma masuk PKP ke 3 baru sis mintak en suami belikan baja..itupun beli online je...Harap2 lepas ni, pokok sekeliling rumah sis akan dapat nutrien yang baik...

Tapi kali ni sis sgt bangga sebab pokok pisang ni mcm nak jadi je buahnya.. Siap sis msg abang ipar sis tanya pasal pokok pisang ni. Dan abang ipar pesan supaya buang jantung supaya buahnya dapat nutrien yang cukup. kalau tidak, jantung tu akan serap zat dari buah yang baru berputik tu.. Ohhhh maybe itu salah satu, buah pisang sis tak pernah menjadi kot.. makanya sis potong si jantung hati ni dah simpan utk buat kerabu, walaupun dah tersimpan selama 2 minggu, hari ni baru dapat buat.. Dah naik lebam jantung tu dok dalam peti ais.. sis ambil resepi dari kawan sekerja sis yang sangat pakar buat kerabu jantung pisang ni.



RESEPI KERABU JANTUNG PISANG

Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
1/2 cawan kelapa-goreng sedikit
segenggam ikan bilis(sis guna isi ikan, lagi sedap dan manis)
1/2 biji bawang besar dimayang halus
1/2 cawan santan (ambil santan kotak dan campur sedikit air jadikan 1/2 cawan)
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam(atau secukupnya)
1 sudu kecil lada hitam-tumbuk halus
5 ulas cili padi-hiris halus

Cara-cara:
1. Jantung pisang belah 2 dan celur hingga masak. Toskan airnya dan hiris nipis. masukkan dalam mangkuk besar.
2. Untuk kelapa dan isi ikan tu-sis ada lebihan sambal ikan dan kelapa yang buat nasi kerabu minggu lepas. Ngam-ngam pulak dapat masukkan dalam kerabu ni. Senang kerja sis. Cuma sis tumbuk lumat sikit sambal kelapa dan ikan tu. Kemudian masukkan dalam mangkuk yang berisi jantung tadi.
3. Masukkan bawang, gula, garam, cili padi, lada hitam dan santan.
4. Gaul sebati dan rasalah secukupnya garam dan gula tadi.
5. Dah siap, alihkan dalam mangkuk yang sesuai..


SAYUR LEMAK LABU dengan CENDAWAN SISIR

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 61 PKP: Hari ke 5 pkp fasa 5
17 MEI 2020: 24 RAMADHAN 1441

hari ni sis memang pilih utk masak menu lauk kampung je. Betul2 menu kampung ni hehehe...
Kita masak sayur lemak pucuk labu dgn cendawan sisir. Cendawan sisir ni sis dah beli entah zaman bila, jumpa dalam peti ais. Sis semai biji labu ni semasa hujung PKP ke 2 hari tu semata-mata target nak masak pucuk labu buat sayur. Alhamdulillah hampir sebulan menunggu akhirnya sis dapat tuai hasil pucuk labu tanaman sis. Nak cari kat pasar memang susah lah nak jumpa kan. Dah alang-alang sis terperuk kat rumah ni, sis semai lah atas tanah yg sekangkang kera ni.

Satu lagi nak cerita, pokok pisang sis ni dah bertahun tanam, tak pernah berbuah. Bila elok je keluar jantungnya, batang dia akan mengecut dan tumbang. Dah macam kena sumpahan je sis rasa. Asyik keguguran je pokok pisang ni hahaha... Sehinggalah 2 minggu lepas sis terkejut, pokok pisang sis mengeluarkan jantungnya. Terpegun sekejap... Yang kelakarnya sis pun x dpat nak cam pokok pisang apa sbb jantungnya nmpk besar. Oleh kerana sis pernah tengok di econsave, sebiji jantung pisang berharga RM4, makanya sis potong jantung pisang ni utk buat hidangan wpun taktau bila nk masaknya. Sis perap la jantung hati ni dalam peti ais selama 2 minggu. Naik lebam jantung ni hahaha. Alhamdulillah..hikmah pkp ni, banyak pulak hasil tanaman sekeliling rumah sis ni mendatangkan rezeki utk sis sekeluarga. Kacang bendi yang sis tanam hari yang sama dgn semai labu pun dah mengeluarkan hasil sejak minggu lepas. 3 hari kumpul dapat la 15 biji.. Lepas la nk masak..tapi masalahnya, sis tak masak nasi hari2... terpaksa la simpan masuk peti. Hari ni je sekali petik dapat dekat 15 biji kot kacang bendi ni...Oleh kerana taktau bila lagi nak masak nasi utk berbuka, makanya sis combine kan menu hari ni..alang2 tema kampung kan.

Kita masak lemak kuning pucuk labu dgn cendawan, kerabu jantung pisang dan ikan masin goreng dgn ketumbar. Untuk resepi kerabu jantung pisang kita ke next posting ye. Sepatutnya pucuk labu tu nak buat lemak putih, oleh kerana dia digandingkan dgn cendawan sisir, sis teringin nak buat lemak cili api cendawan tu..Untuk resepi ikan kering/masin goreng ketumbar blh klik link di bawah ni ye..
https://jumeezaila.blogspot.com/2011/03/ikan-masin-dgn-ketumbar-dan-sup-sayur.html

RESEPI Lemak kuning pucuk labu dengan cendawan sisir

Bahan-bahan
10 batang pucuk labu
1 cawan cendawan sisir-rendam dan cuci bersih

3 ulas bawang kecil
10 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
segenggam ikan bilis
3/4 kota kecil santan KARA
garam secukupnya

Cara-cara
1. Patahkan pucuk labu dan gosok2 dengan kedua tapak tangan utk buang bulu/duri pada pucuk daun dan batang labu tu. Buat hingga selesai dan baru dibasuh bersih
2. Masukkan cendawan dan pucuk labu dalam periuk.
3. Masukkan bawang, cili padi,  kunyit hidup dan ikan bilis dalam blender. Masukkan 1 cawan air dan kisar halus.
4. Tuang ke dalam periuk tadi. Masukkan asam keping.
5. Hidupkan api dan biarkan kuah mendidih. kaup balikkan sayur supaya masak serata.
6. Masukkan garam dan biar ianya mendidih.
7. Bila dah masak, masukkan santan dan perlahankan api. tunggu kuah menggelegak sekejap dan terus tutup api. Jangan tunggu lama nanti santan pecah minyak, kuah jadi tak cantik dan kurang sedap.




sekali tgk jantungnya mcm pisang tanduk kan...
tp lepas 2 minggu dah nampak mcm pisang nangka

Hari ni je petik blh dpt byk ni..
alhamdulillah kita kongsi rezeki dgn kawan kita




Thursday, 14 May 2020

VIETNAMESE SPRING ROLLS @ POPIA VIETNAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 58: Hari ke 2 pkp fasa 5
21 RAMADHAN 1441

Menu berbuka kami hari ni ialah mee goreng mamak dan vitenam spring rolls. Lama benau dah sis dan anak dok berangan nak buat popia vietnam ni. Dah masuk list tapi asyik tak sampai je giliran popia ni nak bersiaran. Hari ni baru dapat direalisasikannya. Tapi.. itulah kan.. kemain semangat sis nak reveal kan perkara baru yang sis nak buat hari ni. Siap parut sayur2 dagn cantik dan susun molek2 dalam mangkuk. Tup tup sis lupa nak snap gambar.. Hahaha boleh gitu???? Apa lah yang difikirkan..Adoiyaiii... Nasib baik tak lupa nak snap gambar hasil popia yg dah siap ni..


RESEPI POPIA VIETNAM

Bahan-bahan:
6 keping kulit popia yang kering. Bila nak gulung, rendam sekeping popia ni dah letak atas pinggan.
12 ekor udang-buang kulit dan rebus sekejap
4 batang isi jejari ketam-clur sekejap
1/2 batang lobak merah-disagat
1/4 biji sengkuang-disagat
1/2 batang timun-disagat
Sedikit daun salad
Su un secukupnya-rendam dgn air panas

Cara-cara:
1. Ambil sekeping kulit popia kering tu. Masukkan dalam mangkuk berisi air. Tak perlu rendam lama. Cuma letak kulit popia sekali lalu je dlm mangkuk tu dan angkat. Masa angkat kulit popia masih keras lagi. Nanti dia lembut dengan sendirinya.
2. Bila letak atas pinggan leper(masih keras lg kulitnya), susun lah bahan-bahan sayur tu. Masukkan salad, karot, sengkuang dan timun. Letakkan 2 ekor udang atau 1 batang crab stick.
3. Bungkus popia dengan kemas dan susun dalam bekas sesuai.

 Bahan SOS
Sebenarnya takde sos spesifik. Ikut citarasa masing-masing.

Cara 1
3 ulas bawang putih dan 2 biji cili padi ditumbuk hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk kecil.
Tuangkan 3-4 sudu sos cili, 1/4 cawan air panas, gula dan garam. Kacau sebati. Kalau tak cukup masam, blh perah asam limau. Jika tak cukup pedas, boleh tambah cili padi. Boleh letak 1 sudu sos ikan utk tambahkan rasa sos.
Selesai.

Cara 2-guna sos stim ikan yg sis beli dgn seorang kawan. Atau blh beli sos plum kat pasaraya. Botol macam botol sos cili biasa tu.
4 sudu besar sos stim ikan/sos plum-dah ada rasa bawang putih, rasa masam limau dan pedas.
1/4 cwn air. Tambahkan gula melaka dan kacau sebati.
Masukkan 2 sudu besar kacang tumbuk. Kacau lagi dan Selesai.







Wednesday, 13 May 2020

AYAM PANDAN

Assalamualaikum wbt.
Hari ni PKP ke 57: Hari pertama pkp fasa 5
20 Ramadhan 1441

Sepeti yang sis nyatakan lbh awal tadi.. Sis buat ayam pandan, ketam lemak cili padi dan bendi berlada.

Jom kita ke resepi ayam pandan pula.



RESEPI AYAM PANDAN:

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam bahagian dada- dipotong kiub sebesar ibu jari kaki.

BAHAN A (kisar)
4 ulas bawang putih
4 uas bawang merah/kecil
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji.
2 batang serai
** kisar semua bahan di atas kecuali ayam dgn sedikit air)

BAHAN B
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar madu lebah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
1 ketul sebesar 1 inci gula melaka/kabung(sis guna 3 sudu besar air gula kabung dlm peti ais)
(gula melaka blh ganti dgn gula perang atau gula putih biasa)
Garam secukupnya

Daun pandan dan lidi penyucuk secukupnya

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan letak dalam besen. tuang bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukkan bahan B dan gaul sebati lagi. Kalau bulan tak puasa, blh lah rasa manis dan masinnya bahan perapan tersebut. Mesti ada rasa masin dan manis ni.
3. Perap 1-2 jam. Kalau dapat buat awal dan perap 3-4 jam lagi mesra rempah ratus tu, lagi sedap. Sis perap 4 jam. Ayam yang diperap semakin lembut dan dapat meresep bahan perapan.
4. Ambil daun pandan dan bungkus ayam satu2. Cucuk dgn lidi sate utk kemaskan daun pandan tersebut.
5. Panaskan minyak terendam. Kena deep fry baru ayam ni masak sekata. Kalau nak jimat penggunaan minyak, goreng dalam periuk yang kecil, jadi blh goreng terendam ayam tu. Eh betul ke ayat sis ni? Tak kisahlah janji faham kan...

Selamat Mencuba



 



KETAM LEMAK CILI PADI DAN BENDI BERLADA

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 57: Hari pertama PKP Fasa 5
20 ramadhan 1441
Setelah 2 hari kita berbuka dgn menu berasaskan mee. Hari ni kita berbuka dgn nasi pulak. Dah lama ketam ni menunggu giliran utk dimasak. Ketam baru yang pastinya terasa manis walaupun jenis tak besar. Dah lama teringin nak makan lemak ketam ni..dapat pulak ketam ni banyak telur dia. memang sedap. Sayur pulak kita goreng bendi berlada, hasil sulung kacang bendi yang  sis tanam di akhir PKP fasa 2 hari tu.  Setiap hari kena petik supaya bendi ni tidak tua di pokok. makanya, pagi2 lagi sis masuk kebun dan petik 3-4 biji kacang bendi. Dapat 5 hari memang banyak jugak dan cukup lah utk sayur kami bertiga. Dah dapat hulur kat jiran belakang rumah jugak bendi kebun sis ni. Alhamdulillah, dapat kongsi hasil dgn jiran.

Ketam yang sis buat masak lemak ni adalah lebihan ketam yang sis buat shell out tempohari. Kebetulan 1kg ketam yang beli hari ada 12 ekor. Makanya, 6 ekor dah buat shell out, baki 6 ekor ni kita buat masak lomak cili api. Oklah kan, dapat la sorang 2 ekor... tak jadi lauk pun, dapat ratah2 je sbb ketam pun cute miut je. Hari ni juga sis buat ayam pandan yang juga dah masuk list cukup lama..kalau tak silap di awal ramadhan hari tu aamira dah ajak masak tapi, memikirkan menu tak sesuai utk digandingkan. Sebabnya, kalau blh taknak masak banyak lauk dalam satu hari. Jadi..hari ni, ketam ni tak blh jadi lauk, makanya..sangat sesuai la kita buat hari ni. Resepi ayam pandan kita ke next page ye.


RESEPI KETAM LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan:
 6 ekor ketam sederhana
4 ulas bawang kecil
15 biji cili padi
1 ketul kunyit hidup
2 batang serai-1 dikisar, 1 diketuk
4-5 helai daun limau purut
2 keping asam keping
1/2 kotak kecil santan KARA (kalau santan jenama lain guna 1 kotak)
garam secukupnya
air secukupnya

Cara-cara:
1. Ketam dibasuh dan dimasukkan ke dalam kuali/periuk. 
2. Kisar bawang, cili padi, 1 batang serai dan kunyit hidup dgn 1/2 cawan air hingga lumat.
3. Tuang ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan asam keping, serai yang diketuk, daun limau purut dan garam. Biarkan mendidih. Ketam akan keluarkan air.
4. Tambahkan lagi 3/4 cawan air. Bila dah mendidih, perlahankan api,masukkan santan dan kacau biar santan  sebati. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul nanti tak cantik. Bila dah didih sedikit, tutup api dan sedia dihidang. 


KACANG BENDI BERLADA

Bahan-bahan:
12 batang kacang bendi-dibasuh dan ketepikan
3 ulas bawang putih-diketuk dan diracik
3 ulas bawang kecil-dimayang
2 sudu besar cili kisar
1 asam keping
sejemput ikan bilis-ditumbuk (blh juga ganti udang kering)
sedikit garam jika perlu (ikan bilis dah masin)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumis bawang dan cili kisar hingga naik bau.
2. Perlahankan api paling minimum.
3. masukkan asam keping dan garam hujung sudu shj.
4. Ambil kacang bendi dan hiris satu-satu masuk ke dalam kuali terus. (blh juga nak hiris semuanya awal-awal tapi nanti bendi akan keluarkan lendi yang banyak.)
5. Sambil2 tu kacau sekali sekala. Kalau agak2 bendi belum masak, blh masukkan sedikit air lbh kurang 5-6 sudu mcm tu. Jangan letak banyak, nanti bendi tu akan berlendir bila letak air byk. Bila bendi agak2 dah layu, tutup api dan sedia dihidang.








Monday, 4 May 2020

KELI BERLADA

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 48, hari ke 7 PKP fasa 4.
11 Ramadhan 2020
Hari ni menu berbuka kami ialah keli berlado. Untuk keli berlado ni kena ada sedikit manis baru rasa feel dia. Tapi tak boleh lah terlebih manis...mmg en suami xleh gang dgn masakan lauk manis ni hehehe..Tapi hari ni sis sedikit derhaka, ye lah kan..xleh nak rasa..Dapat pulak kebetulan cili x pedas..memang kalah la en suami ni...


Resepi Keli Berlada
Bahan-bahan:

5 ekor ikan keli-gaul garam kunyit dan tabur sedikit tepung jagung
-goreng hingga garing, ketepikan

3 ulas bawang putih**
3 ulas bawang merah**
3 biji cili besar warna merah**
10 ulas cili padi**
7 tangkai cili kering-rendam air panas**
(Kisar semua bahan bertanda).

1 biji bawang besar-dimayang

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak (lebihkan sikit minyak supaya senang nk garingkan cili).Semasa menumis, agak2 x cukup minyak, blh tambah lagi
2. Masak hingga cili dan bahan tumis pecah minyak
3. Tambahkan garam dan sedikit gula.
4. Masukkan 1 sudu cili sos utk kilatkan sambal.
5. Masukkan bawang besar dan siap..
6. Bila dah tutup api, biarkan cili sejuk. Masa ni cili akan banyak terasing. Cedok dgn senduk untuk buang minyak yang bertakung.
7. Cara kedua, tuang cili tadi dalam tapis santan dan tadah di bawah dgn mangkuk. Minyak akan tos ke dalam mangkuk. Ambil cili saja dan tuang ke atas ikan tadi. Kalau nak ada minyak2 sikit, ambil minyak yg ditakung td dan tuang 2-3 sudu ke atas sambal cili...



Saturday, 2 May 2020

LAKSAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 46... Hari ke 4 pkp fasa 4. 9 Ramadhan 2020

Sebenarnya nak buat laksam dah lama rancang, cumanya sis tengah tunggu kejadian taugeh yang sis tanam sendiri menjadi dengan jayanya. Alhamdulillah..hari ni sis dah tuai taugeh sis yang sangat cantik akan kejadiannya. Puas hati dapat makan hasil tanam sendiri kan. Jadinya hari ni, sis buat laksam yang sangat femes di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Dulu, masa kecik-kecik selalu tengok arwah mak gigih buat laksam bila tiba bulan ramadhan. Sis sangat bertuah mempunyai mak yang pandai memasak walaupun detik bersama arwah mak tak lama...iaitu setakat sis berumur 12 tahun je. Tetapi memori itu terpahat di hati lebih-lebih lagi bila tiba bulan ramadhan. Walaupun sis tak berapa rajin sangat tapi, seni memasak tu memang dah ada dalam diri sis ni, yang mungkin menurun dari arwah mak kot. Hehehe...

Cerita nak buat laksam ni, bab kuahnya, ok lagi..tapi kalau bab nak buat isi laksam ni, sis memang ada letih sikit. Tiap kali nak buat, tiap kali tu lah sis menggoogle cari resepi. Cuma kalau tak hati-hati, dapat salah resepi..haussss.... dapat pulak masa dah singkat nak berbuka puasa, lagi parah bila nko takde back up makanan lain..nko rase????? Memang cari nahaslah jawabnya kan.
Maka hari ni, sis tak sempat nak google banyak, utk cari resepi laksam ni dek kerana keterujaan tak habis lagi pasal taugeh sis tu.. Hahahaha... dipendekkan cerita, sis terus pm je kawan sis, yang sis tau dia mmg pakar dalam buat laksam ni. Keberangkalian utk tak jadi tu, tipis lah sikit kan... Ok, resepi tu, sis share kat bawah ni ye...

RESEPI LAKSAM
Bahan-bahan:

2 cawan tepung besar
1/4 cawan tepung gandum
secubit garam
3 cawan air sejuk (dalam resepi guna 2 cwn air panas dan 1 cwn air sejuk)-sis guna air biasa je
1 sudu minyak

Cara-cara:
Campur semua bahan dan gaul sebati.

Panaskan kukusan hingga mendidih. Sapukan minyak pada penutup periuk dan letak dalam kukusan. Kemudian tuang air bancuhan ke dalam tutup periuk dan kukus lebih kurang 5 min sehingga naik gelembung pada adunan yang telah masak.
Angkat dan gulung. Melalui pemerhatian sis, kalau kita gulung panas-panas, adunan tu akan melekit-lekit sedikit. Biarkan sejuk baru gulung.
Ulang langkah hingga adunan siap.

Kuah laksam

500 gram ikan parang (ikan ni je yang ada dlm peti ais)
-rebus dan asingkan isi dgn tulang.
4 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukupnya
1 kotak santan KARA

Cara-cara:
1. Kisar tulang ikan dgn air rebusan, tapis dan ambil airnya.
2. Kisar isi ikan dgn air. Masukkan juga bawang, halia dan lada hitam. Tuang ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air lagi. Agak-agaklah ikut kepekatan ikan tu ye. 
3. Masukkan asam keping, gula dan garam. Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan santan.
4. Kacau supaya santan tidak berketul. Bila dah masak, tutup api dan sedia dihidang.

Sambal
Bahan-bahan: Cili kering, belacan, dan garam
Ambil cili kering secukupnya. rendam air panas.
Tumbuk dgn belacan dan garam hingga lumat.

Ulam-ulam
taugeh(yang sis tanam sendiri-hehehe)
daun kesum
daun selasih
kacang-sis tak letak
kobis-sis tak letak





Friday, 1 May 2020

BUTTERMILK CHICKEN @ AYAM MENTEGA

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 45, hari ke 3 pkp fasa 4. * Ramadhan 2020.
Selain dari masak ayam kam heong, hari juga kami masak buttermilk chicken oleh chef Aamira. Alasannya, masak moden-moden ber'mentega' ni tak berapa kena dengan tekak en suami. Makanya kita buat sedikit ayam buttermilk dan sedikit ayam kam heong. Kalau ikut pada en suami, tak payah masak banyak jenis lauk... tapi si isteri dan si anak ni takut yang si abahnya tak blh nak telan kang...haaa parah... lauk lain takde nak jadi back up kan. So, kita masak je siap-siap lauk ayam kam heong... resepi ada di page sebelah... blh je klik link kat awah...
https://jumeezaila.blogspot.com/2020/05/ayam-kam-heong.html


RESEPI BUTTERMILK CHICKEN @ AYAM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:

250 gram isi ayam-potong kecil/kiub
3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
3 ulas cili padi-dihiris
1/2 cawan susu
1/4 cawan whipping cream
1 sudu besar mentega
garam secukupnya

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan. Gaul dgn garam, kunyit dan tepung jagung.
2. Goreng tenggelam hingga garing.
3. Keluarkan minyak.
4. Masukkan butter dalam kuali dan tumis bawang putih dan daun kari.
5. Masukkan cili padi.
6. Tuangkan susu cair dan whipping krim.
7. Masukkan garam dan ayam. Biarkan mendidih,
8. Jika kurang pekat, blh lah bancuh 1 sudu teh tepung jagung dgn sedikit air(dalam 4-5 sudu air macam tu).
9. Tutup api dan sedia dihidang.




KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...