Showing posts with label Ramadhan 2020. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2020. Show all posts

Wednesday, 20 May 2020

MEE FUNGUS ala2 Mee Tarik

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441

Mee fungus ni sis cuba2 je buat resepi baru heheh. Sebabnya, sis sangat suka makan mee tarik. Dan Mee Funggus ni adalah pilihan utama sis kalau masuk restoran mee tarik. Makanya, time pkp ni, sis cuba-cuba buat mee fungus ala2 mee tarik Walaupun tak sama dengan rasa yang original, tapi dah dapat hampir-hampir rasanya. Kira ok lah.. kalau nak betul2 rasa yang sama, sis kena lah kerje kat kedai tu untuk dapatkan ramuan rahsia resepi mee tarik ni.


RESEPI MEE FUNGUS

BAHAN-BAHAN:
1/2 peket spegeti-rebus hingga masak dan ketepikan

1 keping dada ayam-dipotong nipis
4 ulas bawang putih-dicincang halus
1 biji bawang besar-didadu
1 biji capsicum sederhana-potong kiub
1 biji tomato-potong kiub
segenggam cendawan kering warna hitam-rendam hingga kembang
2 sudu besar biji ketumbar-kisar kasar guna blender kering
5 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram dan sedikit kicap
1 ketul kiub ayam
1/4 cawan minyak zaitun utk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, gaul dan biarkan ianya masak.
3. Masukkan ketumbar yang telah dikisar kasar tadi.
4. masukkan kiub ayam, sos tiram, sedikit kicap, cendawan dan sedikit air. Gaul hingga cendawan masak.
5. masukkan capsicum, tomato dan diikuti dgn spegeti. Gaul sebati
6. Biarkan seketika sambil digaul sebati, tutup api dan siappp...




CREAMY BROCCOLI SOUP & GARLIC BREAD

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 64 PKP: Hari ke 8 pkp fasa 5
20 MEI 2020: 27 RAMADHAN 1441


CREAMY BROCCOLI SOUP
BAHAN-BAHAN:

1 cawan isi ayam-kisar
1 biji bawang besar-di dadu
1 mangkuk brokoli
2 cawan susu segar
2 keping keju cheesedale(sis tak letak sbb takde kat rmh)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu italian herbs(oregano, rose mary, time dsb)
1 sudu kecil lada hitam
1 ketul kiub ayam
garam secukupnya
1 sudu mentega
1 cawan air.

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dalam periuk sesuai.
2. Tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan brokoli dan biarkan layu sedikit. Masukkan tepung gandum.
4. Masukkan air, ayam dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
5. Tutup api dan kisar bahan tersebut.
6. Masukkan semula dalam periuk dan hidupkan api.
7. Masukkan susu segar, lada hitam dan italian herbs.
8. Bila dah mendidih, masukkan keju dan kacau sebati.
9. Tutup api dan sedia dihidang.

Garlic Bread
4-5 ulas bawang putih dicincang halus
4-5 sudu besar mentega
sedikit italian herbs

1. Gaul semua bahan hingga sebati dan sapu pada roti. Roti sosej dibelah 2.
2. Panaskan oven setting grill atau seting api atas. Blh juga setting api atas bawah..kita nak guna yg panas atas je.
3. Susun roti dalam tray dan bakar roti dalam 2-3 minit shj.
4. Angkat dan sedia dimakan bersama sup brokoli berkrim












Tuesday, 19 May 2020

CUCUR UDANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih cucur udang resepi che mat gebu dari Dapur Tanpa Sempadan. Untuk resepi asal, blh klik link di bawah ni..
https://www.tiffinbiru.com/2019/09/resipi-cucur-udang.html









RESEPI CUCUR UDANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast
1 genggam taugeh, dibersihkan, cuci, toskan dan ramas sedikit
10 tangkai daun kucai, dipotong
1 biji bawang besar, didadu
2 cawan air, kurang lebih
1 camca teh serbuk kunyit
20 ekor udang kertas, saiz sederhana
Garam secukup rasa, anggaran 1 camca teh penuh

UNTUK SOS SIS IKUT CARA SIS
BAHAN-BAHAN SOS CILI :-)
1 senduk cili kisar
5 ulas bawang putih
1/4 keping gula kabung
3 camca kecil paste asam jawa adabi
1 camca teh garam
1 1/4 cawan air
3/4 sudu besar tepung jagung*
4 camca besar air*(*disatukan dan kacau rata)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK CUCUR UDANG :- Masukkan tepung, kucai taugeh. serbuk kunyit dan instant yeast ke dalam besen besar. Masukkan garam dan gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan senduk. Bancuh hingga mendapat adunan yang tak terlalu pekat atau cair. 2 cawan air tu tak habis digunaka, tinggal dalam 2 camca besar macam tu. Kacau rata adunan tadi, tutup permukaan besen dengan plastik cling dan biarkan selama 45 minit. Udang dicuci bersih, kerat bahagian muncungnya yang tajam dan juga buang janggutnya. Lap kering udang tadi dengan tissue dapur sebelum digunakan agar minyak tak meletop masa kita menggoreng cucur udang nanti.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Panaskan juga senduk mungkum saiz sederhana, tak kesah lah jenis aluminium atau stainless steel, dengan cara merendam dalam minyak panas, untuk 3 - 4 minit. Keluarkan senduk dari minyak panas dan sudukan bancuhan cucur udang ke dalamnya hingga hampir penuh (adunan cucur udang akan naik, pastikan kacau dulu sebelum kita masukkan ke dalam senduk panas tadi). Ambik seekor udang dan lingkarkan atasnya. Tekan sedikit, dan celop senduk berisi adunan cucur udang ke dalam minyak panas. Masak hingga cucur udang boleh ditanggal dari senduk. 
  3. Terbalikkan biar bahagian yang ada udang berada di bawah. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan, balik2kan agar masak sekata. Buat kaedah sama untuk baki adunan dan udang tadi. Untuk sekali goreng che mat buat 5 - 6 biji cucur udang saja. Bila dah masak, angkat, toskan minyaknya dan susun atas dulang yang dialas tissue dapur, biar minyaknya terserap. Hidangkan cucur udang dengan sos cili atau kalau suka boleh juga dimakan dengan kuah kacang.
  4. UNTUK SOS CILI :- Kisar bawang putih dan air, kisar hingga halus. Masukkan bahan kisar dan cili ke dalam periuk, tambah gula dan garam. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan paste asam jawa, kacau rata dan biar mendidih dengan api kecil selama 15 minit. Rasa, jika kurang manis, boleh tambah sedikit lagi gula. Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung, kacau dulu bancuhan tepung jagung sebelum dituang ke dalam sos. Kacau dan masak hingga pekat. Boleh matikan api, biar sos cili sejuk dan boleh hidangkan dengan cucur udang.




KUEY TEOW GORENG SIMPLE

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 63 PKP: Hari ke 7 pkp fasa 5
19 MEI 2020: 26 RAMADHAN 1441

KUEY TEOW GORENG dan cucur udang. Simple je. Dah hujung2 ni dah kehabisan idea dah ni.



RESEPI KUEY TEOW GORENG SIMPLE
Bahan-bahan

1/2 bungkus kuey teow
3 ekor sotong-dipotong kecil(kerat 3)

3 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang kecil-tumbuk
3 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tiram
4-5 sudu kicap pekat manis
garam secukupnya
segenggam taugeh
segenggam daun kucai
2 biji telur

Cara-cara:
1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bawang dan cili hingga garing.
2. Masukkan sotong, sos tiram, kicap dan telur.
3. Masukkan telur dan kuey teow
4. Gaul sebati. Jika perlu tambah garam dan maggi cukup rasa.
5. Bila dah gaul sebati, masukkan daun kucai dan taugeh.
6. Kaup balikkan bahan-bahan seketika dan tutup api.










Monday, 18 May 2020

KUIH BADAK BERENDAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni sis buat kuih badak berendam. lama benar dah berangan nak buat kuih badak berendam ni. Sis ni memang dari kecik mak dah ajar, bila berbuka mesti nak makan benda-benda manis. Dah jadi kebiasan dalam famiy sis sejak kecik. Ini sangat berbeza dengan keluarga en suami yang sangat kurang dengan makanan manis-manis. Jadinya, nak buat apa2 tu macam pikir 40 kali memikirkan en suami yang tak berapa minat dgn kuih2 melayu tradisional ni. hanya kuih-kuih tertentu sahaja yang en suami makan contohnya kuih buah melaka, kuih lopes dan kuih koci.. Selain dari itu, kuih sis takkan diusik.
Tapi kalau nak tunggu dia suka..alamat sampai ke tua lah tak merasa nak buat kan... Sis pun kadang-kadang tu nak jugak asah skill dalam membuat kuih-kuih tradisional ni. Dulu zaman baru kawin, sis tak berapa suka nak buat sbb takde kawan nak makan. Setakat sorang, tak berbaloi dgn buat. Bila anak-anak meningkat dewasa, mereka mula gemar memakan kuih2 manis sbg menu berbuka puasa dan sis mula rasa seronok nak buat bila ada yang nak makan. Dan, bila dah berebut bersilang tangan semasa makan, en suami pun join jugak walaupun tak ambil banyak.

Hari sis terasa nak buat kuih badak berendam. Tapi sis tak guna inti kelapa, sis buat inti gula kabung sama macam buat buah melaka. Ok, makanya, dapatlah sis asingkan 5 biji buah melaka tu untuk disalut dgn kelapa muda. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan sis yg niat nk bagi suami makan. Kebetulan pulak ada dalam 1/4 cawan je kelapa muda lebihan buat kuih buah melaka tempohari. Sis letak frozen, jadinya memang sedap dan fresh lagi kelapa tu. Padahal suami sis tak mintak pun kuih buah melaka, tapi sis lah yang rasa tak sedap..heboh makan kuih peberet x ingat org heheh. Adil lah kan..walaupun dalam 5 biji tu, en suami ambil 2 biji.. haishhh gigih sis buat tau... Tapi en suami sis jenis yg kuat pantang wpun dia suka kuih buah melaka, tapi sebolehnya cuba utk tidak ambil banyak makanan manis utk menjaga pengambilan kalori dalam badan.*** gula tak bagus utk kesihatan yang blh menyebabkan kegemukan...Hehehhe wpun sis tahu tapi sis takleh tahan dan kalah dgn kuih2 tradisi ni.. Dapat pulak badak berendam yg kuih putihnya lembut2 dan masin2 lemak tu.. Ya Allah sedapnya.... Kalau dilayan...blh habis seloyang besar tau...


Resepi KUIH BADAK BERENDAM

Isi
1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan air daun pandan(kisar daun pandan dgn 1/2 cawan air dan tapis)
secubit garam
Gula kabung secukupnya (potong kiub kecil kecil)

Cara-cara: 
1. Letak tepung pulut dalam mangkuk. Masukkan secubut garam dan tuang air daun pandan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Jangan tuang semua nanti tepung jadi air kalau terlebih hehehe.
2. Panaskan air dalam periuk. Bila dah mendidih baru masukkan kuih buah melaka.
3. Ambil sebesar ibu jari kaki, masukkan gula di dalam tepung dan gelek-gelek dgn 2 tapak tangan menjadi bebola.
4. masukkan dalam air mendidih dan bila kuih timbul blh diangkat menggunakan senduk dan letak dalam mangkuk berisi air. Ini supaya kuih tidak melekat anatara satu sama lain sebab kuih ni akan melekit.
5. Ambil 5 biji kuih buah melaka dan golek kan atas kelapa muda yg digaul sedikit garam. Masukkan dm bekas sesuai. 
6. Baki kuih tersebut, biarkan dia berehat di dalam air dulu sementara kita nak buat kuah putihnya.

Bahan Kuah
1/4 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat+air (1/2 cawan santan kotak KARA +air supaya campuran tersebut  menjadi 2  cawan). Kalau nk santan tu pekat sukat 1 cwn sntan + 1 cwn air.
2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1. Masukkan tepung beras dalam periuk
2. Masukkan santan dan kacau sebati hingga tepung tidak berketul. Masukkan garam.
3. Bila dah pasti air dan tepung dah sebati, baru hidupkan api perlahan dan kacau sentiasa. Jangan tinggal sbb bahan akan cepat mengeras di bahagian bawahnya.
4. Kacau jangan berhenti ye. Dalam 3-4 minit, bahan akan mula likat. Bila nampak likat je, terus tutup api. Jangan tunggu terlalu pekat. 
5. Masukkan kuih tadi dalam loyang atau bekas sesuai. Tuang kuah dalam loyang berisi kuih tersebut.








ROTI JOHN

Assalamualaikum wbt
Hari ni hari ke 62 PKP: Hari ke 6 pkp fasa 5
18 MEI 2020: 25 RAMADHAN 1441

Hari ni kita buat Roti John dan Badak Berendam. Resepi roti john ni adalah subangan resepi dari seorang kawan semasa kami sama-sama berkelana di bumi Melbourne.
Meh kita tgk roti john senang ni...

RESEPI ROTI JOHN MUDAH
Bahan-bahan:

Beberapa keping roti mini john(blh beli kat kedai)
1 tin sardin-ambil isi ikan shj(4 ekor ikan sardin)
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil lada hitam/lada sulah
daun sup dan daun bawang secukupnya
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
4 biji telur
minyak utk menggoreng roti john
1 biji bawang besar-dikisar/didadu

sayur kobis-hiris halus
timun-potong bulat nipis
tomato-potong nipis.
sos cili
sos bbq
mayonis


Cara-cara:
1. Masukkan isi ikan dalam mangkuk besar. Hancurkan.
2. Masukkan cili kisar/serbuk cili, bawang, daun sup, daun bawang, garam, lada hitam dan serbuk kari.
3. Masukkan telur. Kacau sebati.
4. Panaskan kuali dan tuang minyak.
5. Ambil sekeping roti, belah dua dan tuangkan bahan campuran pada permukaan roti dan masak atas kuali. Biarkan permukaan roti masak dan terbalikkan roti tersebut. Angkat dan letak atas dulang.
6. Susun tomato, timun dan kobis. Tuang sos bbq, sos cili dan mayonis. (buat macam org kedai pasar malam buat roti john tu ye.... heheheh











Friday, 15 May 2020

KUIH TAPAK KEDIDI

Assalamualaikum wbt
Hari ni, PKP ke 59: Hari ke 3 pkp fasa 5  
15 Mei 2020: 22 Ramadhan 1441
Hari ni sis cuti masak sbb Aamira nak makan nasi beriani yang dia pernah makan di Nilai. So abahnya beli on the way balik dari office. Alang2 hari ni coti masak makanan berat, so sis rajinkan diri utk buat juih yang julung kalinya bersiaran time ramadhan je. setahun sekali je rakan2 FB sis menantikansis post kuih ni. Mungkin disebabkan keunikan nama kuih dan bentuknya yang sedikit berbeza menyebabkan mereka teruja menanti posting dari sis setiap kali tiba bulan ramadhan. Dah masuk ramadhan hari ke 22 baru ada kerajinan nak buat, lagipun kuih ni terpaksa beratur menanti gilirannya hehehe. Sis ni suka sgt snap gambar, jadi simpan sini semua gambar. Taktau nak delete yg mana... Lagi senang paste semua gambar kat sini kan..

Resepinya blh tengok link ni

https://jumeezaila.blogspot.com/2013/12/kuih-tapak-kedidi.html?m=0


 Bagi yang rasa susah nak buat bentuk bintang sis bg idea buat bentuk macam ni... yang penting rasanya tetap sama...












Thursday, 14 May 2020

VIETNAMESE SPRING ROLLS @ POPIA VIETNAM

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP ke 58: Hari ke 2 pkp fasa 5
21 RAMADHAN 1441

Menu berbuka kami hari ni ialah mee goreng mamak dan vitenam spring rolls. Lama benau dah sis dan anak dok berangan nak buat popia vietnam ni. Dah masuk list tapi asyik tak sampai je giliran popia ni nak bersiaran. Hari ni baru dapat direalisasikannya. Tapi.. itulah kan.. kemain semangat sis nak reveal kan perkara baru yang sis nak buat hari ni. Siap parut sayur2 dagn cantik dan susun molek2 dalam mangkuk. Tup tup sis lupa nak snap gambar.. Hahaha boleh gitu???? Apa lah yang difikirkan..Adoiyaiii... Nasib baik tak lupa nak snap gambar hasil popia yg dah siap ni..


RESEPI POPIA VIETNAM

Bahan-bahan:
6 keping kulit popia yang kering. Bila nak gulung, rendam sekeping popia ni dah letak atas pinggan.
12 ekor udang-buang kulit dan rebus sekejap
4 batang isi jejari ketam-clur sekejap
1/2 batang lobak merah-disagat
1/4 biji sengkuang-disagat
1/2 batang timun-disagat
Sedikit daun salad
Su un secukupnya-rendam dgn air panas

Cara-cara:
1. Ambil sekeping kulit popia kering tu. Masukkan dalam mangkuk berisi air. Tak perlu rendam lama. Cuma letak kulit popia sekali lalu je dlm mangkuk tu dan angkat. Masa angkat kulit popia masih keras lagi. Nanti dia lembut dengan sendirinya.
2. Bila letak atas pinggan leper(masih keras lg kulitnya), susun lah bahan-bahan sayur tu. Masukkan salad, karot, sengkuang dan timun. Letakkan 2 ekor udang atau 1 batang crab stick.
3. Bungkus popia dengan kemas dan susun dalam bekas sesuai.

 Bahan SOS
Sebenarnya takde sos spesifik. Ikut citarasa masing-masing.

Cara 1
3 ulas bawang putih dan 2 biji cili padi ditumbuk hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk kecil.
Tuangkan 3-4 sudu sos cili, 1/4 cawan air panas, gula dan garam. Kacau sebati. Kalau tak cukup masam, blh perah asam limau. Jika tak cukup pedas, boleh tambah cili padi. Boleh letak 1 sudu sos ikan utk tambahkan rasa sos.
Selesai.

Cara 2-guna sos stim ikan yg sis beli dgn seorang kawan. Atau blh beli sos plum kat pasaraya. Botol macam botol sos cili biasa tu.
4 sudu besar sos stim ikan/sos plum-dah ada rasa bawang putih, rasa masam limau dan pedas.
1/4 cwn air. Tambahkan gula melaka dan kacau sebati.
Masukkan 2 sudu besar kacang tumbuk. Kacau lagi dan Selesai.







MEE MAMAK

Assalamualaikum wbt
Hari ni PKP hari ke 58: Hari ke 2 PKP Fasa 5
21 RAMADHAN 1441
Malu nak cakap yang sis masak mee goreng yang snagat simple iaitu mee goreng mamak. Suami request nak mee goreng ala2 mamak. Taknak rencah sotong, udang dan ayam bagai. Cukup sekadar pecahkan telur je. Orite..sonang kojo sis. Dah alang2 kojo sonang hari ni, sis tambah lagi satu menu iaitu sis buat popia vietnam.

MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang merah-tumbuk
4 sudu besar cili kisar
1 keping tauhu-potong kiub kecil
2 pokok sawi-dipotong
1 mangkuk taugeh
2 biji telur
sedikit cili besar dihiris
1/2 biji tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil maggi cukup rasa(atau 1/2 kiub ayam)
sedikit garam

Cara-cara
1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga naik bau.
2. Masukkan tauhu, maggi cukup rasa, garam, sos tiram dan kicap. Kacau sekejap.
3. Masukkan sawi dan mee kuning. Gaul seketika
4. Masukkan telur dan gaul sebati. (Kalau mee lebih, tambah telur lg sebiji).
5. Sebelum tutup api, masukkan taugeh dan gaul rata. Tutup api supaya taugeh tidah terlalu layu.
6. Hias dgn cili hiris dan tomato.
7. Mee Goreng Mamak SiAPPPPP













Wednesday, 13 May 2020

AYAM PANDAN

Assalamualaikum wbt.
Hari ni PKP ke 57: Hari pertama pkp fasa 5
20 Ramadhan 1441

Sepeti yang sis nyatakan lbh awal tadi.. Sis buat ayam pandan, ketam lemak cili padi dan bendi berlada.

Jom kita ke resepi ayam pandan pula.



RESEPI AYAM PANDAN:

Bahan-bahan:
2 keping isi ayam bahagian dada- dipotong kiub sebesar ibu jari kaki.

BAHAN A (kisar)
4 ulas bawang putih
4 uas bawang merah/kecil
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji.
2 batang serai
** kisar semua bahan di atas kecuali ayam dgn sedikit air)

BAHAN B
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu besar madu lebah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
1 ketul sebesar 1 inci gula melaka/kabung(sis guna 3 sudu besar air gula kabung dlm peti ais)
(gula melaka blh ganti dgn gula perang atau gula putih biasa)
Garam secukupnya

Daun pandan dan lidi penyucuk secukupnya

Cara-cara:
1. Ayam dibersihkan dan letak dalam besen. tuang bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukkan bahan B dan gaul sebati lagi. Kalau bulan tak puasa, blh lah rasa manis dan masinnya bahan perapan tersebut. Mesti ada rasa masin dan manis ni.
3. Perap 1-2 jam. Kalau dapat buat awal dan perap 3-4 jam lagi mesra rempah ratus tu, lagi sedap. Sis perap 4 jam. Ayam yang diperap semakin lembut dan dapat meresep bahan perapan.
4. Ambil daun pandan dan bungkus ayam satu2. Cucuk dgn lidi sate utk kemaskan daun pandan tersebut.
5. Panaskan minyak terendam. Kena deep fry baru ayam ni masak sekata. Kalau nak jimat penggunaan minyak, goreng dalam periuk yang kecil, jadi blh goreng terendam ayam tu. Eh betul ke ayat sis ni? Tak kisahlah janji faham kan...

Selamat Mencuba



 



KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...