Tuesday, 18 May 2010

Mei Event......

Banyaknya peristiwa yang berlaku pada bula Mei ni. Baru2 ni sambutan hari ibu di
seluruh dunia dan Sambutan Hari Guru buat semua pendidik di Malaysia. Happy Belated Teacher's Day to all my friends.

Hari ni pula adalah hari jadi anak no 2 aku yang ke 12 tahun. Emmmmm...dah besar panjang dah anak bujang aku sorang ni. Happy Birthday, Irfan!!!. Semoga membesar menjadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sempena hari jadi Irfan, hari ni
aku masak nasi beriani. Special dish for a special day konon2 nya lah. Oleh kerana hari ni selasa so kami bercadang nak buat majlis kecil-kecilan pada hari Sabtu depan. Bukan ape pun sekadar menjemput 2,3 tetamu je. Ye lah kan, bulan lepas dah buat besday kakak dia yang nampak happening sangat dengan warna MERAH PUTIH.. Sure tak puas hati kalau aku tak buat majlis untuknya. Yang aku pening, besday boy nak majlis hari jadinya nanti bertemakan HITAM dan PUTIH...dan dia mintak aku buatkan kek kaler hitam putih gak.... Eeeee tak dapat aku bayangkan rupa bentuk kek tu nanti.. Kepala aku pun dok ligat berpusing nk memikirkan patern kek tu.


Sebenarnya warna hitam putih ni mengikut warna pasukan Australian Football Club yang mana menggunakan lambang burung yang bahasa ostolianya nama MAGPIE... Emmm tak pasal2 aku kena ambik tahu pasal kelab bola ni.

Tengok je lah logo ni... Takkan lah aku nak buat kek gambar macam tu... eeeee nanti kek tu jadi ntah ape2 kan? Tapi yang pasti besday boy sgt berpuas hati sbb dapat present yang kami berikan padanya.. Nasib baik dia happy dgn hadiah ni. Bukan ape, dia ni cerewet sikit, kalau dia tak suke, dia tak kan pakai walaupun beli dgn harga yg mahal. So tak bolehlah nak buat surprise kali ni takut nanti membazir pulak kan. Terpaksa bawak dia masa beli present ni. Haaaa..Inilah hadiahnya..... Jam Swatch Collingwood!!!!!




































No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...