Friday, 4 March 2011

~Sambal Telur Puyuh~


Sedar tak sedar, hari ni dah hari jumaat semula. Sekejap je masa berlalu kan. Malam ni, sambil aku dok melanguk ni, aku teringat pasal sambal telur puyuh aku yang belum di upload. Sekadar untuk memenuhi N3 pada hari ni, aku masukkan lah N3 yg tak seberapa ni ek.

Kisahnya, sambal tulis puyuh ni adalah favourite anak bujang aku. Suatu hari, bila nampak je telur puyuh ni kat kedai Vietnam, memang excited sangat. Maknanya, takde yang mustahil kat bumi Melben ni kan?. Sebut je apa nak, cepat atau lambat, mesti dapat punya. Di pendekkan cerita, bila kitorang jumpe telur puyuh ni, memang terus ingat kat anak-anak. Tapi kan, korang nak tahu tak...beberapa bulan yang lepas, bila aku ternampak telur puyuh ni kat kedai, apa lagi, aku terus je beli bila memikirkan yang anak2 suka makan. Aku pun semangat je rebus n siapkan lah bahan-bahan untuk buat sambal telur puyuh ni. Biasalah... telur ni kena lah rebus dulu kan.. pastu aku pun mula kupas telur ni..... Korang nak tahu????? hehehe..suspen je..... Rupa-rupanya ada anak burung kat dalam tu tau..eeeeeee... memang terkejut beruk betul aku...Aku ingat kan sebiji je yg jadi camtu, rupa2nya semuanya sekali... Mak aiii!!!!!!!!!!!!!! Rupa-rupanya, orang-orang vietnam ni memang makan telur yang ada embrio kat dalam tu. Aku, punya lah rase geli geleman.... Memang takleh nak bayangkan masa tu..

Jadinya kan...selepas beberapa bulan, suami aku beli lagi telur puyuh ni dan siap tanya kat minah vietnam tu. Rupa-rupanya, memang telur puyuh ni dijual dalam 2 versi... yang ada embrio dan yang plain... Dan...... kat atas tulah hasilnya telur puyuh aku yang sudah ku'sambalkan'...hehehe... Mahal tau, telur puyuh ni. 15 biji harga dalam $5.... lagi mahal daripada telur ayam yang harganya 12 biji baru $2.50... Apa boleh buat, nak lepaskan hajat anak-anak kan....
Kat bawah ni adalah resepinya...

Bahan-bahannya:

15 biji telur puyuh (boleh tukar dengan telur ayam jugak)-rebus dan buang kulitnya.
Secawan ikan bilis (goreng garing)

Bahan tumis:(dikisar)
Sebiji bawang besar(yg kaler merah tu ye)
5-6 ulas bwg putih
1 senduk cili kisar(agak-agak lah ikut suka hati)
sedikit air asam jawa (or asam keping)
garam dan gula secukupnya
minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara:: Tumis bawang putih dan b.merah. Masukkan cili dan tumis sehingga cili betul2 masak... Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Kalau ada pati ayam, boleh masukkan juga. Masukkan telur puyuh dan ikan bilis. Kacau rata dan tutup api.... senang je kan......


No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...