Sunday, 19 June 2011

Hujung Minggu Yang Meriah!!!

Hari ni aku masak lebih dari biasa. Sebabnya, pada minggu lepas sieha, tina, fisah dan ara bersama keluarga masing-masing dah plan nak datang rumah aku... So, we all dah set kan tarikhnya pada hari ni. Kalau ada tetamu nak datang rumah ni, aku mula la dok pikir-pikir apa yang nak dimasak kan utk diorang. Kalau boleh, biarlah masakan tu simple dan kena dengan selera semua orang. So, aku buat ayam masak lomak cili api, sup sayur untuk anak-anak kecil, sambal belacan beserta salad sebagai ulamnya. Semalamnya, kebetulan jugak kak Noriah dan Zarina bagitau nak datang rumah. Jadinya, aku ajak diorang datang lunch sekali beramai-ramai.. Alang-alang kan...Lagi ramai lagi bagus ye tak...Memeriahkan suasana. Cuma Zarina, Bob dan Farah hanya dapat datang selepas maghrib.

Lepas makan tengahari, kami lepak-lepak sambil menonton rakaman Maharaja Lawak minggu ni...

~
~kami & bob/farah/ina/umar comel~

Sayangnya, kak noriah dan family balik awal sebab ada urusan. Jadinya, tak dapat nak abadikan kenangan dalam gambar di atas. Lain kali ye kak!!!

Terima kasih diucapkan kepada tetamu yang sudi bertandang. Jangan serik untuk dtg lagi okay!!!!

No comments:

Post a Comment

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...