Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan

ketenangan dan keamanan

Tuesday, 6 July 2010

Bushfire @ Kinglake

Share
7 APRIL 2009





Semasa aku mula-mula tiba di bumi Melben ni, kami dikejutkan dengan kebakaran hutan yang terbesar berlaku di Kinglake, Melbourne. Tempat ni lebih kurang 45 minit drive dari rumah kitorang. Kebetulan semasa kejadian tu time summer, jadi api memang merebak dengan cepat memusnahkan rumah-rumah, ladang-ladang, ternakan dan harta-benda penduduk tempatan kat situ. Ramai jugak yang mati kerana terperangkap dalam kebakaran tu. Memang betul-betul tragis peristiwa tu dan memang menjadi sejarah hitam buat mereka yang mengalaminya. Tapi masa tu, aku takde lah ambik berat sangat pasal beritu sebab masih sibuk menguruskan beberapa perkara. Yang aku tahu, semasa kebakaran tu lah, suhu mencecah kepada 45-50 C... yang menjadi sejarah terpanas bagi orang di Melbourne sejak 30 tahun yang lalu.


Bila keadaan dah reda, kami pulak berombongan ke tempat kejadian tu. Kononnya nak tengok kesan2 kebakaran yang dahsyat. Dalam pada tu sempat jugak kami bawak bekalan dan berkelah sekali kat hutan yang dah terbakar tu.

Selepas 2 bulan berlalu, kami pun pergi melawat tapak2 tinggalan yang musnah dijilat api tu. Bila tengok tempat2 tu, memang rasa sayu je. Kesian kat diorang sebab semuanya tak dapat diselamatkan.




























































0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
.

Thank's for visiting my blog