Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

Sunday, 12 April 2020

SAMBAL IKAN PARANG

Assalamualaikum.....
Hari ni PKP ke 26 sempena kuarantin covid 19. 2 hari lagi akan berakhir pkp fasa 2. Dan selepas itu kita akan masuk ke pkp fasa 3 pula. Semoga wabak ini segera berakhir. Buat rakyat Malaysia...stay at home, sekiranya terpaksa keluar silalah menjaga jarak anda melalui penjarakan sosial demi mengelakkan kita dari terkena jangkitan daripada org sekeliling kita. Jalan terbaik adalah sentiasa berada di rumah. Ambillah peluang berada di rumah bersama anak-anak dengan mendidik anak-anak cara kita pula. Di sekolah tugas cecikgu mendidik anak2 kita dan memberi ilmu yang sepatutnya. Tiba di rumah, tugas kita sebagai ibubapa untuk mendidik anak dengan acuan kita pulak. Banyak lagi ilmu lain yng perlu kita didik anak-anak kita ni.. Contohnya, masa ni lah kita nak ajar anak-anak cara lipat baju dengan betul, mop lantai ke, kemas rumah ke...ajak juga anak-anak menjaga kebersihan tandas, bimbing anak-anak cara cuci bilik air. Jangan bila kita pergi rumah orang kita geli nak masuk bilik air orang yang tanpa kita sedari, bilik air rumah kita pun sama je berkeladak. Tolong lah ajar anak-anak menjaga kebersihan di rumah juga terutama kebersihan tandas. 
Haaa tu sikit je sis bagi tips utk didik anak2 kita sejak kecil lagi. Sis bagi tau ni bukan main cakap je ye. Ini berdasarkan pengalaman sis jugak okay.. 
OK LAH..CITER PASAL SAMBAL IKAN PARANG PULAK LAH.. Bagi orang Melaka, ikan parang ni, satu kebanggan betul kalau dapat makan. Nak nak pulak area Kuala Sungai Baru ni memang tempat terkenal dengan ikan parang fresh. Para nelayan di sini yang mempunyai bot-bot besar akan menangkap ikan parang di perairan sini. Sis beruntung, sebab rumah berhampiran dengan pantai, dan ikan parang baru naik dari bot ni memang mudah nak dapat. Kebetulan pula bekas pengasuh anak2 sis memang ada bot besar untuk menangkap ikan parang dan tenggiri. Manis ikan baru ni memang susah nak cerita laaa. memang sedap. Pastinya masakan kegemaran ahli keluarga sis ialah sambal ikan parang. Kalau sis pula, ikan parang yang baru ni sedap dibuat masak pindang. Rebus tanpa tumis, mak aii dia punya manis dan lemak-lemak ikan tu terasa-rasa kat tekak tou!!Nak-nak pulak isi lembut dibahagian perut ikan tu... Takleh nak citer la.. memang sodap giler. Selain daripada itu ikan parang ni sedap jugak dibuat masak lemak dan asam pedas. Tapi dalam banyak-banyak menu masakan ni, masak sambal adalah menjadi priority. Dapat pulak ikan parang yang jenis besar dalam berat seekor tu lebih kurang 1.5kg-2.0 kg...


RESEPI SAMBAL IKAN PARANG
 Bahan-bahan:
3 keping ikan parang dibelah 2(dpt 6 keping)
-gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak je.
***jangan goreng garing sangat, nanti hilang ras manis ikan tu. Angkat dan ketepikan.

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah -tumbuk
5 ulas bawang putih-tumbuk
cili kisar secukupnya
air asam jawa secukupnya
garam
gula(sis tak letak)
1 biji bawang besar-dimayang. Letak last.

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa(lbh kurang air 1 mangkuk)
Sambal ikan parang ni, kena cair-cair sikit baru sedap. Tapi blh je masak sambal ikut citarasa masing-masing.
Masukkan garam dan sedikit maggi cukup rasa.
Taburkan bawang besar yang telah dimayang tadi.
Kacau-kacau. Tutup api dan sedia dihidang.
Senang je buat sambal ni..hehhehe

Bahagian kepala ikan parang kita buat masak pindang. SIS tal letak lah bahagian isi sbb ahli keluarga tak ramai.. Bertiga je, cukup lah kepala ikan ni untuk ratah-ratah je.


PINDANG IKAN PARANG
kepala ikan parang dibersihkan dan masuk ke dalam periuk.

3 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
*** kisar semua bahan di atas dgn sedikit air dan tuang ke dalam periuk.
2 keping asam keping
beberapa biji cili padi belah 2 dan masukkan dalam periuk.
*** kalau ada anak kecil yang tak makan pedas, masukkan je cili padi tu sebiji-sebiji. Masa nak makan, kita picit-picit cili tu dan gaul dengan nasi.. Sedapp.

Hidupkan api dan biarkan mendidih hingga ikan masak.
Masukkan garam dan siap....

RESEPI TERUNG BERLADA
Bahan-bahan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 biji cili besar merah
2 biji cili padi
sedikit ikan bilis
*** Tumbuk semua bahan di atas. Ketepikan.

Beberapa biji terung panjang. Belah 2 dan potong kecil.
Panaskan minyak dan masak terung ni hingga empuk. Masukkan sedikit air supaya terung cepat empuk. Angkat dan ketepikan

Panaskan minyak utk menumis.
Tumis bahan tumbuk hingga masak. Masukkan garam. Kemudian masukkan terung tadi dan gaul seketika. Tutup api dan sedia dihidang.


Tuesday, 7 April 2020

SAMBAL IKAN CENCARU


Assalamualaikum wbt

PKP hari ke 21 dah hari ni. Dah macam kira bulan ramadhan dah sis ni kan. Ada masa hari bulan pun dok silap memanjang.
Macam biasa rutin kaum ibu ni.. celik mata je nak fikir anaj2 sarapan apa.. Baru nak kemas meja dah fikir nak masak tengahari pulak..apa stock lauk dlm peti yg blh dimasak.. Cukup ke nak masak sampai malam.. Gitulah otak dok berfikir selagi tak habis PKP ni. Kalau hari2 biasa, rasa penat, tapau lauk dr tempat keje.. Malam pulak susun mana kedai tomyam yang berdekatan.. Bila dah keadaan PKP ni, nak tak nak, memang kena memasak.
Ok hari ni sis bagi idea masak sambal ikan cencaru. Ikan cencaru je ke blh buat sambal.. Apa-apa ikan yg ada dalam peti ais umah korang la jah oi.... Ni idea je..blh ubah suai ikut tekak memasing la kannn...


SAMBAL IKAN CENCARU
Bahan-bahan

2 ekor ikan cencaru-kerat dua. Gaul garam dan kunyit. Goreng jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

1/2 biji bawang besar-ditumbuk
1/2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih-ditumbuk
2 senduk cili blend
air asam jawa secukupnya
Garam

Cara-cara:
Keluarkan minyak goreng ikan tadi. Tinggalkan agak2 1/2 cawan. Tumis bahan tumbuk, masukkan cili blend dan kacau hingga garing.
masukkan air asam jawa dan garam. Boleh masukkan gula jika suka manis2 sambal. Sis tak letak gula. Orang melaka memang tak suka sambal manis. 
Lebihkan sedikit air asam jawa supaya sambal ni berkuah sedikit. Tunggu sambal mendidih, tutup api dan siappp...


Sunday, 5 April 2020

ASAM REBUS IKAN SELAR KUNING

Assalamualaikum...

Hari ni PKP hari ke 19 sempena kuaratin covid 19 ni. Dah taktau nak masak cara apa lagi dah. Tak larat dah nak makan minyak2, lemak2 ni... So hari ni tetiba tekak ni dok bayang lauk bening2 gitu... ada masam2 sikit... Makan pulak dgn ikan goreng... Mesti bertambah nasi mcm tak ingat dunia ni.
Makanya hari ni, selepas diluluskan oleh ahli kabinet dalam rumah ni, maka terhasil lah asam rebus ikan selar kuning ni dan juga digandingkan dengan ikan goreng. Ada pulak sambal belacan dicicah dengan ulam bayam brazil yg dipetik ditepi dapur rumah sis. Nanti mesti ramai yg tertnya-tanya..banyak lagi ke bayam brazil umah sis. Ermmm...lepas la kalau nak masak dalam sebulan lagi. Masak air dah, masak lemak putih pun sudah, kerabu bayam brazil pun sudah. Tapikan..rasa nak repeat kerabu bayam brazil la... sedap dengan rangup2 bayam segar yg baru petik tu... terasa2 akan kesedapannya.. Sambal ikan bilis dan tempe semalam pun ada lagi, blh la jadi set utk lunch hari ni. Sesuai sgt dah tu.
Ikan selar kuning ni sebenarnya tak besar mana pun.. Ada la saiz 2 jari sis je. Tak jadi lauk pun nak makan kecik2 tu. Jadinya, kita buat asam rebus ni 4 ekor je... Cukuplah sorang sekor ikan tu kan. ^ ekor lagi kita buat goreng. Dapat lah sorang 2 ekor ikan ni. Selebihnya kita makan sambal ikan bilis ni ye...


ASAM REBUS IKAN SELAR KUNING
 Bahan-bahan:
4 ekor ikan selar kuning
2 batang serai-ketuk
1 kuntum bunga kantan-dimayang
2 ulas bawang kecil-mayang
1/2 inci kunyit hidup-tumbuk(blh je ganti kunyit serbuk)
1 sudu cili blend
2-3 biji cili padi(letak sebiji-sebiji)
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
4 biji kacang bendi

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dan rebus lah hingga mendidih. Masukkan ikan, biarkan mendidih hingga ikan masak. Kuah mesti ada rasa masam2 sikit baru ada umphhh...

Senang je kan. Selamat memasak wahai ibu-ibu prihatin. Stay at home, kita jaga kita... Sambil2 tu kita layan la memasak...

**** Boleh ganti ikan selar kuning ni dgn ikan selar(besar la sikit), ikan kembung ke atau ikan selayang ke, jenak, atau apa2 la janji namanya ikan. Ikan yu, ikan paus ...tak boleh la hokay!!








Saturday, 4 April 2020

SAMBAL GARING IKAN BILIS DAN TEMPE

Assalamualaikum wbt

Hari ni PKP hari ke 18 sempena covid 19 ni. Macam biasa, cuti lockdown ni, sis akan sediakan 1 menu utk makan tengahari. Kalau sekiranya hari tersebut, ahli rmh berpuasa, makanya, menu tengahari akan di bawa ke makan malam merangkap berbuka puasa. Tapi hari ni sis sediakan makan tengahari. Menu hari ni ialah sambal ikan bilis garing. Biasanya kita akan panggil sambal goreng ataupun sambal kering. Kalau sebut sambal goreng tu, sebahagiannya di antara kita  akan faham yang ianya sambal ikan bilis yg di buat garing dengan cilinya dimasak betul2 garing dan kering. Ini akan menjadikan ikan bilis tersebut garing walaupun disimpan beberapa hari di luar peti ais. Yang pastinya jangan letak dalam peti ais la. Kalau letak dalam peti ais, hilanglah akan kerangupan ikan bilis tersebut.

ajommmm... kita tengok resepi mudah sesangat ni, tapi cara penyediaanya kena betul2 garing supaya ikan bilis akan rangup bila dicampur dgn sambalnya nanti. Sis mmg x sempat nak ambik gambar, sbb masak dok kelam kabut...angkat dah terus makan..gitu la hari2.. InshaAllah next time bila buat sambal ni lagi, sis akan ambik gambar texture dan consistency csambal bila dah garing tu..hahaha blh pulak ayat omputeh terkeluar dr mulut sis ni...




Sambal Ikan Bilis Kering/Garing

Bahan-bahan:

Semangkuk ikan bilis-basuh dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2 keping tempe-potong nipis dan goreng garing. Angkat dan ketepikan.

Sambal:
5 ulas bawang putih-tumbuk
6-7 ulas bawang kecil (merah)-tumbuk
4 senduk cili blend
***Kalau nak dapatkan texture bawang yg halus... kalau dah ada cili blend ni, ambik 4 senduk blend lagi sekali dgn bawang putih dan bawang merah.
1/2 atau 3/4 cawan minyak utk menumis. (ambik minyak lebihan goreng ikan bilis lg baik, dapat manis kesan goreng ikan bilis td. Pastikan minyak goreng ikan bilis tu, minyak yg baru letak, bukan kesan goreng ikan masin semalam...
garam dan sedikit gula

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis bawang dan cili blend hingga garing. Sekiranya cili meletup2 itu maknanya kurang minyak. Kena ada minyak di sekeliling cili tu ye...alahai, betul ke ayat ni...hehehe... Maknanya, bila cili dalam kuali, kena ada lebih sikit lapisan minyak tu daripada lapisan cili. Baru lah cili akan mudah garing. kalau minyak sikit..alamatnya 4-5 jam lagi lah nak tunggu cili tu betul2 masak.
Kacau2 sekali sekali supaya cili tak hangus. Masak lagi hingga cili tu pecah minyak. Bila cii dan minyak menggoreng agak2 nampak macam terpisah dan cili dah warna agak gelap dari sambal biasa tu..maknanya dah garing la tu.. Jangan lua masukkan sedikit garam dan gula (sis asingkan pd 2 mangkuk..1 mangkuk letak gula, 1 lg x letak gula sbb en suami x suka). Tutup api dan biarkan dalam 10 minit supaya sambal sejuk sedikit. . Bila sambal dah agak suam2 gitu, blh la dicampurkan dgn ikan bilis dan tempe yg telah digoreng tadi. Angkat dan sedia dihidang.
**Nanti kita akan nampak minyak dan cili dah terasing dan minyak nampak banyak. Boleh letak dlm tapis santan supaya dapat keluarkan minyak tu. Kemudian baru letak dalam mangkuk utk dihidang. Minyak yg keluar dari tapis tu blh la dibuang.





Wednesday, 18 March 2020

STIM IKAN PATIN

MENU HARI PERTAMA  KUARANTIN

ASSALAMUALAIKUM WBT

Hari ni hari pertama kita kuarantin di rumah. Elakkan daripada bertemu dgn org ramai di luar. Asingkan diri di rumah utk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 ni.

Sempena 14 hari kuarantin ni, jom kita masak 1 hari 1 menu lauk utk makan tengahri keluarga kita.
Menu hari ni ialah Stim Ikan Patin. Kebetulan pd 29/2 sis balik Kuantan dan sempat bawak balik ikan patin segar dari sana, 1 ekor dah pun buat masak tempoyak ikan patin. Ada 2 ekor lg yg dah pun di kerat 2. Jadinya, sis ada 4 bhg ikan patin. 1/2 ekor ni cukup utk kami 3 beranak makan utk menu tengahari. Malam, kita makan apa yg ada, contoh: roti, jemput2, bihun goreng atau apa2 yg terlintas nanti.


Ok jom kita tengok resepi stim ikan patin ni cara sis.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ikan patin saiz besar (1 ekor lbh kuran 1kg++)
1/2 batang karot
2 tangkai brokoli(tangkai kecil je ye-jimatkan bahan)
1/2 biji tomato-belah 3
1/2 biji bawang holand
5-6 (3 ulas cincang halus, 2 ulas lg di mayang)
1 inci halia dimayang
2 batang serai (ambil rmh jiran)-diracik
3-4 helai daun limau purut(rmh jiran)
3-4 biji cili padi potong2
daun sup, daun bwg atau daun ketumbar kalau ada(time kuarantin-abaikan kalau xde)
garam, gula secukupnya 
limau nipis atau lemon (kalau xde blh guna limau kasturi pun blh)
sedikit sos tiram-pilihan

Cara2:

Ikan yg dibersihkan letak dalam kuali. letak 2 cawan air ke dalam mangkuk. Letak air limau nipis/lemon, gula dan garam dalm mangkuk air tadi. Kacau dan rasalah ikut selera kita. Mesti ada rasa masin, manis dan masam macam kita makan stim ikan kat kedai tomyam tu ye. Bila rasa dah ikut tekak kita, tuangkan atas ikan. Masukkan bawang putih, bawang holand, halia, serai, daun sup, daun bawang, cili api dan daun limau purut. Letak kuali atas dapur dan hidupkan api. Tutup kuali. Agak2 ikan dah nak masak, dalam 10-15 minit macam tu, dan air pun dah mendidih, masukkan karot, brokoli dan tomato (atau apa2 sayur yg sesuai). Biarkan 2-3 minit. matikan api.. SIAPPPP
Menu kuarantin day 1 accomplished.

Selamat mencuba. #stayathome #misizerocovid_19 #14daysquarantine #1hari1menu

Thursday, 6 December 2012

TERUBUK BAKAR


 Salam di pagi Khamis. Hari ni, masa aku godak2 folder kat desktop ni, tetiba terpandang akan terubuk bakar ni. Aku buat ni ala2 Ikan Bakar Malim yg sangat femes di Malim Melaka dan MITC Melaka.  4 tahun dulu, kiranya sebelum aku pergi Melbourne, selalu jugak la kami ke kedai ni untuk makan ikan bakar yang menggunakan sos yang lain dari kedai ikan bakar yg sedia ada. Keunikan sosnya la yang menjadi tarikan kedai ni hingga jadi begitu terkenal. Tapi..almaklumlah..bila dah terkenal, ramai pelanggan, harga, makin lama, makin mahal yang kadang2 tak sepadan dgn ikan yg kita ambil..hishhhh tension betul. Kalau boleh biarlah kita bayar setimpal dengan apa yang kita makan..betul tak.. Atas dasar itulah...aku cuba-cuba buat sos pencicah ni ala2 ikan bakar Malim tu. Jom kita tgk apakah bahan yang digunakan untuk buat sos kicapnya.

Resepi Ikan Bakar Malim:

Bahan-bahan:
1 ekor ikan terubuk-potong 2, gaul sedikit garam dan kunyit (blh juga perapkan dgn bwg putih dan halia... Bakar hingga cukup masak.

Sos Kicap:

1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 senduk cili blend
beberapa tangkai cili padi di hiris
air asam jawa
minyak untuk menumis
kicap pekat manis secukupnya (lbh krg 1 cawan)
garam dan gula *** jika perlu

Cara-cara:
Bawang besar dan bawang putih ditumbuk. Aku blend sekali dgn cili.. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar dan cili blend. Bila dah garing, masukkan cili padi, air asam jawa, kicap pekat manis. Kalau perlu masukkan garam dan gula. Bila dah masak, matikan api dapur. Ikan yang dah masak tadi diletakkan dalam pinggan. Tuangkan sos kicap dan perahkan limau kasturi semasa menghidang. SELAMAT MENCUBA!!!!!














Thursday, 15 September 2011

Sweet & Sour Fish dan bendi berlada



Assalamualaikum....
Aku ni dok belek-belek gambar lama kat folder yang ada kat desktop notebook aku. Ternampak pulak gambar ikan masak sweet sour yang belum dimasukkan ke blog. Ya lah kan, hari ni pun takde bahan nak masukkan kat entry blog aku. Apa salahnya kalau aku masukkan resepi ni untuk koleksi pribadi dan juga panduan kepada sesapa yang inginkan resepi sweet n sour fish versi aku ni.
Dipendekkan cerita, jom kita terus semak resepi kat bawah ni ye.

Sweet & sour fish:
Bahan-bahan

1 ekor ikan red snapper (ikan ni ala-ala ikan jenahak/jenak)
1 labu bawang besar (dimayang)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 inci halia (ditumbuk)
3sudu besar cili blend
2 sudu sos tiram
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
beberapa biji tomato ceri
1/2 batang carrot (potong nipis)
gula dan garam secukupnya

Cara-cara:
1. Ikan dibersihkan, gaulkan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. ketepikan.
2. Keluarkan minyak gorengan dan tinggalkan agak-agak 1/2 cawan untuk menumis.
3. Tumis bawang putih, halia dan cili blend hingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.
5. Masukkan juga bawang besar, carrot dan tomato. Jika tak cukup manis dan masin,
boleh ditambahkan sedikit garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan ikan. Balikkan ikan seketika. Tutup api dan sedia dihidang.

Bendi berlada
bahan-bahan

kacang bedni secukupnya
5 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 biji bawang besar-ditumbuk
segenggam ikan bilis-ditumbuk
3 sudu cili blend
minyak utk menumis
garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili blend hingga garing.
2. Masukkan ikan bilis. Biarkan seketika. Perasakan dengan garam.
3. Masukkan bendi dan kacau rata. Bila bendi dan masak, boleh tutup api.
4. Sedia untuk dihidang...

Monday, 12 September 2011

Sambal Telur Rebus

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Harap-harap, sesiapa yang di lenada demam selama ni, semoga dah sihat dari ujianNya ya. Orang Melben ni pulak dah lebih seminggu demam tak baik-baik. Bukan tu aje, beserta dengan batuk dan selsema sekali...Haishhh!!!!...sakit-sakit cam gini, tak pulak kurus-kurus kan...hehheehe...

Ok la, malas nak berceloteh bebanyak. Sebenarnya, aku kat sini masukkan entry ni je. Takde niat nak celoteh panjang. Jam menunjukkan pukul 8.10 malam waktu Melben..UUwwwaaaaaa!!!! dah tersangap-sangap bape kali ntah. Rasa cam ngantuk je. Ni pun sambil-sambil tunggu butter cake aku masak kat dalam oven. Alang-alang tu, masukkan entry sambal telur rebus ni dulu. Kalau tak, ntah bila lah boleh bersiaran lagi. Segan je nak bagitau aku masak sambal telur ni.. Elehhh..lauk ni semua org boleh buat kan..Takpelah, aku masukkan entry sebagai koleksi pribadi aku je...kejap ek,...nak tengok kek aku jap.... Emmmm dah masak pun, baunye harum je...hehehe..promote kek lah pulak. Alahhh...org panggil kek bodo je.

Alamak, ni nak masukkan entry telur ke entry kek? Kang tersilap masuk resepi pulak ni...Kisahnya, telur rebus buat sambal cam gini, dah lama sangat aku tak buat. Bila terpandang kat sarang telur, mula terpikir nak buat sambal telur.. Asyik makan daging je raya-raya ni, tak best jugak kan. Sesekali, lauk yg simple camni yang blh mendatangkan selera. Muak dah sebuat ayam daging ni. Sambal telur ni jugak adalah feberet anak-anak dan suami aku.. Yelah kan...kalau jarang-jarang masak memang mendatangkan selera lah kan. Ok jom kita terus kepada resepi bsenang ni.

Sambal Telur Rebus

Bahan-bahan:

8 biji telur (rebus dan kupas kulitnya)
6-7 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 biji bawang besar kaler merah (ditumbuk/kisar)
2 biji bawang besar kaler putih (dimayang)
2 senduk cili kisar
sedikit air asam jawa
1 ketul kiub ayam
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis.

Cara-cara:
1. Telur rebus yang telah dibuang kulitnya, digoreng agak-agak garing bahagian
luarnya.
2. Telur yang sudah garing diangkat dan ketepikan. Asingkan minyak dan tinggalkan
untuk menumis.
3. Tumis bawang putih dan bawang merah kisar. Masukkan juga cili kisar. Tumis
hingga cili betul-betul masak dan garing.
4. Bila sudah garing, masukkan air asam jawa, gula, garam, bawang hiris dan kiub
ayam.
5. Akhir sekali. masukkan telur rebus yang sudah digoreng tadi.. Tutup api dan sedia
untuk dihidang....Senanggggggg!!!!!


Nak jadi cerita, lepas je aku masak, tutup api, kelam kabut pergi ambik anak. Perkara pertama anak aku cakap.."ni mesti mama masak lauk sambal".... Aku sekadar angguk je.. Boleh pulak diorg bcerita dua beradik,."Kalau mama masak sambal telur, best kan..nak-nak pulak buat telur rebus...adik paling suka telur rebus yg digoreng dulu...." Adoiyaiii..kesiannya kat anak aku, rupanya dah lama diorg tunggu aku masak lauk sambal telur mcm tu..... Kalau aku masak ayam pun diorang tak rase excited camtu. Bila sampai rumah, diorg terus g dapur dan melonjak kerianganlah bila tgk lauk yg diorg sebut dlm kete tu memangnya lauk yang dimasak hari ni... Yang best dan touchingnya, anak-anak akan cakap terima kasih kat aku, setiap kali masak lauk kegemaran diorg.... Emmmm macam tu lah hati seorang ibu kan.... Seronok dan bangga kalau dapat penuhi impian anak-anak dan dapat menggembirakan mereka lebih-lebih bila dapat sediakan makanan kegemaran mereka...

*Inilah dia ropanya kek mentega aku yang masih panas. Sempat jugak aku ambik gambar dan tumpang kat entry malam ni. Esok aku potong kek tu dan upload untuk resepi mudah yang pastinya semua orang boleh buat...

Thursday, 8 September 2011

Kari Ikan Tenggiri

Assalamualaikum.... Waktu Melbourne sudah pun menunjukkan jam 2.50 ptg. sambil-sambil nak tunggu masa ambik anak-anak balik dari sekolah, aku masukkan entry ikan tenggiri masak kari ni. Masak pun takdelah susah sangat..Campak-campak, baling..taraa.....jadilah kari ikan ni... Tapi kena pastikan jugak lah, barang yg dicampak tu betul ke bahan untuk masak kari.. Tersalah campak, jadi masak lain pulak....hehehe... Jom, jom..tgk resepi kat bawah ni ye....

Kari ikan;
bahan-bahan

600 gram ikan tenggiri-dipotng nipis
1 inci halia *
4 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih* (semua bahan bertanda * ditumbuk)
1 sudu cili kisar/serbuk cili
1 dahan daun kari
sedikit rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
sedikit kacang bendi
1 biji tomato
1 mangkuk air asam jawa
garam
80 gram rempah kari ikan
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, daun kari dan semua bahan tumbuk.
Masukkan juga cili kisar.
2. Bila semua sudah naik bau, masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan garing.
3. Kalau rempah kari kering sangat, masukkan lagi sedikit air.
4. Masukkan ikan. Biarkan seketika dan masukkan air asam jawa.
5. Jangan lupa masukkan garam dan bendi. Biarkan mendidih lagi. Bila ikan dah
masak, masukkan tomato sebelum ditutup api.

Okay..selamat mencuba..dah time nak jemput anak balik dari sekolah.... See ya!!!

Thursday, 25 August 2011

Ayam Berlada Dengan Tempe

Assalamualaikum...

Selamat sahur semua...Eh, dah masa sahur ke ni???? heheheh....Awal lagi kan.. Aku ni bukan apa, sambil-sambil tunggu biskut suji kristal aku masak kat dalam oven tu, aku masukkan lah n3 ayam berlada dengan tempe yang aku masak hari Isnin lepas.
Malas nak celoteh banyak-banyak, kang ada jugak hangus kuih suji aku ni kan... Jom kita terus jengah resepi senang ni..

bahan-bahan:
1 ekor ayam, potong kecil dan di goreng...ketepikan.
1 bungkus tempe, potong kecil, goreng, ketepikan

Bahan tumis:
6 ulas bawang putih, di tumbuk
1 biji bawang besar, dimauyang
1 inci halia, dihiris nipis
3 senduk cili blend
garam
sedikit kiub ayam/maggi cukup rasa

sedikit kacang panjang, dikerat-kerat..
sedikit lobak merah, dipotong bulat

Cara-cara:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili blend...
2. Biarkan cili betul-betul masak dan agak2 kering. Letak garam secukupnya, dan maggi cukup rasa atau kiub ayam.
3. Masukkan sayur. Kacau seketika.
4. Akhir sekali, masukkan ayam dan tempe yg telah digoreng tadi....SIAPPP!!!!!!

**** Dalam pada tu, kuih suji aku pun dah masak.... bye....!

~Nak prepare makanan untuk sahur pulak...sementara mata belum ngantuk ni...lepas subuh aku nak pulun tido...hehehe

Wednesday, 24 August 2011

Butter Prawn @ Udang Goreng Mentega

Assalamualaikum..Selamat sahur untuk orang Melbourne. Kenkawan di Malaysia, pastinya masih lena diulit mimpi nan indah. Sambil-sambil tu aku nak masukkan N3 butter prawn, salah satu lauk berbuka semalam. Kredit untuk kawan aku, si penyumbang resepi ni (Pn Nor Fadzilah). Tima kasih banyak2 ya. Tapi, Nak buat telur yang bersarang menyaluti udang tu agak leceh sikit. Tapi kena jugak cuba dan cuba dan cuba. Jangan putus asa okay. Kiranya kan..banyak jugak lah telur ayam yg terkorban semalam dek kerana penangan butter prawn aku ni..hehehe....itupun masih belum sampai tahap ISO yang diharapkan.

Jom, kita semak resepi:

Butter Prawn:
Bahan A:
1 kg udang (aku buat 1/2kg udang je)
2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak

Bahan B
1 dahan daun kari
6-7 biji cili padi (potong serong)
6 ulas bawang putih~dimayang
1 biji bawang besar~dimayang
2 sudu besar butter
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil chicken stock granules
1 sudu teh garam

Bahan C
5 biji kuning telur~(dicampr 1 sudu teh chicken stock, pukul dgn garfu dan dimasukkan ke dalam botol mayo muncung 3 or dalam acuan roti jala)
2 sudu besar butter


Cara-cara:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan butter. Masukkan udang dan goreng sehingga
udang garing. Angkat dan tapis minyak.
2. Untuk bahan B, panaskan minyak dan butter, Tumis bawang putih, bawang merah
dan daun kari hingga garing. Masukkan cili padi, chicken stock, garam dan udang.
3. Goreng seketika dan angkat. letak dalam bekas/mangkuk. Katepikan.
4. Untuk C. Panaskan minyak dan butter. Bila minyak dah betul-betul panas, tutup
api. Jala kuning telur ke dalam kuali menggunakan tangan kanan, sambil tangan
kiri pegang garfu dan digunakan untuk swirl (pusing-pusing) laju2telur dalam
kuali. Make sure swirl ikut pusingan. Bila telur dah garing, keluarkan dan tapis
minyak pd telur. Bila minyak dah kering, Boleh ditabur di atas udang.
**** Bagi org yg buat keje tgn kanan, mesti kekok (macam aku) masa nk swirl dgn tangan kiri. so boleh tukar, tangan kiri pegang bekas mayo, tangan kanan pegang garfu untuk swirl....

****mula2, aku try 2 biji kuning telur..langsung tak jadi, dah macam goreng telur hancur je...Pastu cuba lagi, sama jugak..cuba lagi, tak jadi jugak..adoiyaiii!!!! lastly, pecahkan sebiji telur (campur putih sekali), akhirnya menjadi jugak sikit-sikit je dia punya sarang tu. Tapi tak cantik seperti tuan empunya resepi ni...huhuhu


Okay!!! Selamat mencuba.. Untuk bahan C, kalau gagal, sila cuba lagi hingga berjaya.!


Ayam Percik Melbourne

Assalamualaikum.......

Hari ni, IFTAR ke 23, aku buat ayam percik dan butter prawn. Ini semua kes tak puas hati bila tgk kawan aku upload gambar ayam percik dia yang menawan... Hishhh!!! memang tak puas hati... Lagipun dah lama ada keinginan nak buat cuma belum dapat direalisasikan je. So, bila tgk gambar ayam percik kat FB kawan aku tu, ianya menjadi faktor yang mempercepatkan lagi proses nak membuatnya kan.. Siap berserta dgn resepi lagi...Emmm apa lagi..Itu pun dah 2 minggu Irfan mintak...Asyik bertangguh je. Hari ni mesti buat..kuatkan semangat..kuatkan semangat...hehehe.... Akhirnya, inilah hasilnya.... Ayam percik versi orang Melbourne!!!. Jom kita tgk resepi nak buat ayam percik ni..Aku bagi Kredit kat kenalan aku Nor Fadzilah Hasamah for the recipe. Sonang kojo den..xyah nk menggoogle resepi ayam percik..hehehe..

Ayam Percik:

Bahan-bahan untuk kuah:
6-7 biji bawang merah (aku guna 1 biji bawang besar kaler merah)
3 -4 ulasbawang putih
1 inci halia
3-4 batang serai
sedikit kunyit hidup
asam keping
sedikit garam dan gula
cili padi secukupnya ~(aku guna cili kering je sbb dah ada yg kisar kt dlm peti ais.)
beberapa helai daun limau purut
1 tin santan

**** Dan yang paling penting,mestilah kena ada ayam..kalau tak, takdelah nama ayam percik...hehehe...(potong dan bersihkan)

Cara:
1. Bawang, halia, kunyit hidup, cili, serai ~ diblend. Masukkan dalam periuk.
2. Masukkan santan, gula, garam, asam keping, daun limau purut dan bahan kisar.
3. Tinggalkan sebatang serai, diketuk utk merenjis kuah ke atas ayam nanti...(eh
betul ke ayat merenjis??? macam nk tepung tawar pulak....hehehe.
4. masak hingga kuah agak pekat...Masukkan ayam... Masak dalam 15-20 minit atau
bila ayam hampir-hampir masak.
5. Keluarkan ayam (masa ni sos tu dah pekat), bakar ayam sambil sapu2 soso pada
ayam. Balik-balik kan ayam tu tadi supaya masak sekata.
6. Akhir sekali, hidang dengan lebihan kuah tadi...

Okay! Selamat mencuba ye gang!!!









Tuesday, 23 August 2011

Sup Tulang

Assalamualaikum.....

Hari ni aku nak masukkan n3 sup tulang yang aku masak untuk IFTAR semalam, hari ke 22. Entahlah...dah pening kepala otak aku ni dok pikir nak masak ape untuk berbuka. Dapat pulak idea nak buat sup tulang. Pastu, buat ayam masak berlada bersama tempe dan sayur. Cukuplah kan.. Buat pulak sambal kicap untuk dimakan bersama sup tulang tu..Pehhh!!! terangkatt..wa cakap lu... Sebabnya, bukan apa, masa berbuka, semuanya lapar..Memang makan je apa yang aku masak..hehehe.

Jom..jom..malas nak celoteh lama..Kang tersasar dari matlamat asal, nak masukkan resepi sup tulang aku ni...

SUP TULANG:

1kg beef rib (tulang selangka kot)
1/2 kg daging
2 inci halia
6 ulas bawang putih-di mayang
1 biji bawang besar-dimayang
1 sudu lada hitam-ditumbuk kasar
2 sudu besar biji ketumbar-ditumbuk
2 sudu besar jintan kasar/fennel (putih ke manis????? eeeee konpius!!!)-tumbuk
rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 ketul kiub ayam maggi
3 batang/pelepah seleri-dipotong
4 biji kentang-dibelah 2
garam secukupnya
5 tangkai cili api (dibelah dua)
1 biji tomato dibelah 4

Cara-cara:
1. Daging dibersihkan, masukkan dlam periuk. Letak air secukupnya dan rebus
hingga betul2 empuk. Dalam masa yang sama, masukkan juga lada hitam dan halia
yang telah diracik.
2. Bila daging sudah empuk, masukkan kentang, cili padi , daun seleri, kiub ayam dan
garam secukupnya. Masukkan juga jintan dan ketumbar yang telah ditumbuk ke
dalamnya.
3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang putih, bawang besar, jintan,
ketumbar dan rempah tumis sehingga naik bau...atau sehingga bawang agak2
garing. Kemudian tuang ke dalam periuk tadi. Kalau boleh, jangan masukkan
sekali minyak tumisan tadi sebab daging dah cukup berminyak.
4. Biarkan mendidih seketika ataupun sehingga kentang benar-benar empuk.
5. Masukkan tomato sebelum api ditutup dan sedia untuk dihidang...

***Kalau ada sup bunjut, boleh juga masukkan semasa merebus tulang..
(aku tak
letak sebab takde stock. kat sini takde jual sup bunjut)






Wednesday, 10 August 2011

Lemak Ketam Berempah.... dan..Masih adakah insan mulia?

Assalamualaikum.....



Hari ni sudah pun masuk hari ke 10 kita berpuasa. 20 days to go!!!! Caiyokkk!!!!! Ada 2 jam setengah lagi untuk orang islam di bumi Melban ni berbuka puasa. Hari ni aku masak lemak ketam berempah, sayur buncis goreng dan karipap sayur/telur. Okaylah, sebelum jari jemari aku yang halus mulus ni menguli doh karipap, baik aku masukkan dulu resepi ketam lemak berempah ni kan.

Lemak Ketam Berempah
Bahan-bahan:
2 ekor ketam sederhana (dibersihkan, dikerat 2)
1 biji bawah besar (dimayang)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih, diketuk dan diracik
4 sudu rempah kari ikan
1 batang serai (aku guna yg frozen)
2 sudu cili kisar
1 keping asam gelugur
1/2 tin santan
1 cawan air
sedikit kacang panjang (dikerat-kerat)
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili kisar, bawang besar dan halia hingga
naik bau.
2. Masukkan rempah kari. Bila sudah garing, masukkan santan, air, garam, asam
keping dan serai. Biarkan mendidih seketika sebelum dimasukkan ketam.
3. Masukkan sayur kacang panjang, biarkan mendidih. Bila ketam sudah masak,
tutup api dan sedia dihidang.

Align Centre
Buncis Goreng;
Bahan-bahan:

Kacang buncis, dipotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih, diketuk
sedikit ikan bilis, ditumbuk
1 biji telur
garam

Cara-cara: Tumis bawang putih, ikan bilis dan bawang besar. Masukkan kacang buncis, kacau. masukkan sedikit garam. Bila agak-agak kacang buncis dah layu, pecahkan sebiji telur ke dalamnya. Kacau lagi dan tutup api. Sedia dihidang.....


Ada satu perkara yang aku nak kongsi dengan korang semua pada hari ni.. Takdalah penting sangat, tapi ianya boleh memberi iktibar dan pengajaran juga buat aku dan kita semua. Begini citernya,... pagi tadi aku dan suami pergi ke pasar untuk membeli lauk-lauk yang dah kehabisan stock kat dalam peti ais aku. Dipendekkan cerita, lepas 1 jam sampai kat rumah, sambil berehat-rehat mengadap Facebook, tetiba aku dengar bunyi hon kereta. Tapi biasalah, aku buat tak endah je lah dengan bunyi tu, malas nak ambik tahu lah konon.... Lepas tu, tak sampai 5 minit pintu rumah aku pulak diketuk dengan kuat... Memang terkejut badak jugak lah... bila aku bukak pintu ada seorang tua lingkungan 50 an kat luar rumah aku. Tahu tak apa terjadi?? Rupa-rupanya, pakcik ni bagi aku kunci kereta aku yang aku tinggalkan kat pintu kereta.. Silap aku, sebab tinggalkan kunci kat pintu kereta. Ya Allah, mulianya hati orang tua tu. Kalau kat Malaysia, belum tentu ada insan semulia itu..silap haribulan dengan kereta aku pun lesap sekali.. Syukur, Allah utuskan seseorang untuk selamatkan kereta kami. Ini juga dikatakan rezeki Allah kan. Alhamdulillah.... seribu kali syukur aku panjatkan. Tetiba hati aku terfikir... banyak orang jahat kat bumi asing ni, tapi banyak jugak orang yang baik... DAN.....Tak banyak orang jahat di negeri sendiri, tapi tak banyak jugak orang yang baik..Maaf andai aku tersilap tafsir...

KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...