Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Saturday, 4 April 2020

KEK BATIK LEJEN

Assalamualaikum wbt

HARI KE 18 PKP. Bermakna kita dah masuk PKP FASA 2 HARI KE 4

Hari ni dah hari ke 18 kita semua berada di bawah perintah kawalan pergerakan. Nampaknya, rata2 yg terkurung dlm rumah sendiri ni dok memikirkan apa la makanan yg nak dibuat bg mengisi masa lapang kat rumah. Yang ada anak2 kecik tu, kerjanya nak mengunyah je. Sis kat rumah ni, walaupun ada sorang dara, tp dia pun sama naik je ajak mamanya projek buat macam-macam. Habis rosak diet mama ni kakak oi. Petang semalam dia ajak buat kek batik. Sis tanya nak kek batik yg viral letak cheese kat atas tu ke ataupun nak yg letak coklat kat atas tu?.. Dia jwb..Nak kek batik lejen versi mama. Ok, mama bg resepi kakak buat ok. So resepi tu kita kena buat 1/2 je drp resepi ni sbb nya kita berdua je yg makan...Lagi satu, lagi banyak kek tu dlm peti, maka lagi banyak la kebarangkalian kita nak bukak tutup peti ais.. kita juga yg makan banyak..Ha nampak tak kat situ?? Adoiyaiii sis dah mula seram... tolong jangan tukar saiz badan bila habis pkp ni...

Ok, kat bawah ni, terhasil lah kek batik hasil sentuhan tangan anak dara sis. Sis akan bg resepi sebenar dan resepi kuarantin hahaha.

Sejarah resepi kek batik ni.. Sis belajar buat kek ni dari mak kepada adik angkat sis yg ketika itu umur sis 15 tahun. Haa nak citer, umur 15 thn dah pandai masak okay... haaaa loghat je nk citer... bak kat org melaka laaa. Semasa kat asrama, dia selalu bg sis rasa kek batik buatan mak dia ni. Sampai lah suatu hari sis ikut dia balik rumah hujung minggu. Dan mintak mak dia ajar buat kek batik ni dan sehingga ke hari ni, sis masih lagi setia dgn resepi kek batik versi mak kpd adik angkat sis ni. Moga ilmu yg mengalir ni akan memberi pahala juga buat makcik ni. Datanglah macam2 jenis kek batik yg ada, yg viral di zaman sekarang, macam2 versi siap toping coklat la, toping cheese la... tp kek batik klasik versi mak adik angkat sis ni juga yg tetap dihati.

Ptg semalam, dgn konfidennya, Mira keluarkan bahan2 nak buat kek batik ni. Bia semua dah disediakan, baru perasan susu pekat manis takde kat rumah.. Hahahah mati lanakkkk. Nak keluar beli semata-mata 1 tin susu dgn jam dah menunjukkan pukul 7.30 ptg..ko rase????

Ok sis bg resepi asal kek batik ni dulu.

HARI NI KITA BUAT KEK BATIK VERSI KUARANTIN PULAK.

RESEPI KEK BATIK

400 gram biskut merrie (belah 4)
1/2 cawan gula pasir
8 biji telur
250 gram butter
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar milo
1 sd teh esen vanila
gravy browning(ssh nak jumpa sekrang)
-sis ganti dgn coklat emulco (3 sudu-utk dptkan warna hitam)
1 sudu perisa coklat(botol mcm esen vanila)

Cara-cara:
1. Letak kuali atas dapur. Masukkan butter dan cairkan dengan api perlahan.
2. Dalam mangkuk, masukkan telur dan gula. Pukul sedikit hingga gula larut..
3. Bila butter dah cair, masukkan telur dan gula tadi.
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Sambil tu kena kacau2 sebab semasa proses ni, telur mula melekat-lekat di kuali dan hampir mengeras. Api perlahan ye.
6. Masukkan milo, esen vanila, perisa coklat dan coklat emulco.Kacau sehingga kita nampak bahan tadi hampir pekat.
7. Masukkan biskut dan kacau rata hingga semua biskut melekat dgn bahan2 di atas.
8. Tutup api dan tuangkan ke dalam loyang.
9. Cari plastik bersih, masukkan tangan dalam plastik tu dan tekan tekan lah guna jari jemari yg halus tu. Tekan padat2 supaya biskut tu tersusun cantik bila dipotong. Tutup loyang tu dgn plastik dan simpan dalam peti ais lbh kurang 2-3 jam. jangan letak tempat beku pulak. kang cakap letak peti bawah, ada pulak zaman skrg ni pesen freezernya belah bawah... so nk cakap simpan kat mana tu???Pandai2 la korang decide.
***Kalau dah tak sabar nak makan, lepas 1-2  jam blh la di potong cantik2, ambik gambar tunjuk kat sis dulu baru blh dimakan. Hehehe


Kat bawah ni pulak sis bagi resepi versi kuarantin, guna bahan darurat yg ada di rumah.
Sebabnya xde susu pekat manis kat rumah, kita ejas guna susu kotak(fresh milk).
Lagi satu, sis ni jenis yg x suka sgt kuih yg manis2 ni. takde feel nak makan. Biasanya resepi atas tu pun sis akan kurangkan sukatan gulanya. here is the recipe.


RESEPI KEK BATIK VERSI KUARANTIN

250 gram biskut merri(1 peket), belah 4
125 gram butter
1/4 cawan gula
3/4 cawan susu segar(anchor)
4 biji telur gred B
1 sudu besar milo
1 sd kecil esen vanila
1 sd kecil esen coklat(kalau xde pun xpe)
1 1/2 sudu besar coklat emulco
2 sudu besar paste capucino emulco

Cara-cara: blh je ikut cara kat atas tu.. Samo yooo....

SELAMAT MENCUBA YE.

#stayathome
#tqfrontliners
#PKPfasa2day4

Saturday, 27 June 2015

Ramadhan 10: Kuih Tako

Assalamualaikum... Hari ni Hari ke 10 ramadhan bermakna dah 10 hari kita berpuasa. pejam celik pejam celik 10 hari dah??? Ermmm cepatnya masa berlalu. Hari ni hari, kami berbuka di luar. Memang dah rancang untuk bawak anak-anak makan di luar. Sesekali ubah angin ye dok... Dalam pd tu, si irfan ni sempat lg request kuih tako. Nak mama buat.. alahai dik oi... kat bazar tu bersepah.. bukannya kita tak biasa jd customer tetap kt gerai jual kuih tako tu. Tahun2 dulu tu, hari2 kita dok kejar gerai kuih tako yg sedap tu. Mujurlah si mama ni tgh mood rajin, boleh le layan walaupun makan nye tak berbaloi dengan penat membuat.. Tp itulah org kata, air tangan ibu ni penuh dgn hikmah. Memasak dgn kasih sayang u ols... Hilang penat bila anak memuji masakan mama ni.

Jom jom hari dah makin lewat. Sebelum aku tersangap-sangap depan pc ni, meh kita tgk resepi mudah ni.. Tapi kalau tak rajin, namanya resepi susah la.. 

KUIH TAKO
sumber:azlitamasammanis.com

Lapisan bawah:
25 gram tepung hoen kwe-kaler hijau
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina (aku ganti dgn jagung krim dalam tin)

Lapisan atas:
25 gram tepung hoen kwe -kaler putih
2 cawan santan-1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cwn air
secubit garam (yg ni buat lepas terawih, so blh la rasa kemasinan yg dikehendaki)

** Cara-cara buat kotak pandan, blh terus ke laman ini..

Cara-cara:
Campurkan semua bahan lapisan bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ianya meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak daun pandan yg telah disediakan.
Kemudian kita ketepikan. Buat bahagian atas pula. Satukan semua bahan dan masak seperti membuat lapisan bawah tadi. Angkat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Pastikan lapisan buah telah mengeras terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan kemudian simpan di dalam peti sejuk sbelah bawah..

Ok, selamat mencuba ye.



ermmm, sedap lemak berkerim

Wednesday, 11 December 2013

Donut



Assalamualaikum.... jawab ye salam ni..
Terima kasih kepada smua kerana sudi singgah di blog Me, Myself & I. Hari ni aku nak share resepi donut. Sebut donut ni memang senang tp kalau silap buat donut akan keras dan bantat. Dan inilah yg menjadi masalah aku sebenarnya. Setiap kali buat donut, susah betul nak menjadi cantik. Kekadang aku buat sebijik2 macam arahan dari resepi di internet..akhirnya...bantat dan keras jugak donut aku.. Anak2 pun dah jadi fobia kalau aku buat donut sebab terpaksa makan donut yang tak berapa nak menjadi... Kesian kan..

Okay, setelah buat beberapa kali buat research (hehehe blh ke guna ayat ni) dari pelbagai blog, dan aku ubah suai mengikut kreativiti aku.. yang mana aku rase selesa la kan..Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada pemilik-pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan, blog Dari Dapur Kak Jee, dan blog CITARASA RINDUAN atas sumbangan resepi sebagai bahan rujuk aku.





Jommm kita tgk resepi donut versi aku ni.

Bahan-bahan:
500 gram tepung gandum
11 gram dry yis
2 sudu besar butter/marjerin
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
300 ml air suam/ susu segar yg dipanaskan sekejap (suam)

Cara2:
1. Masukkan semua bahan, kecuali air/susuke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata supaya semua bahan bersatu.
2. Masukkan susu/air suam ke dalam mangkuk dan putar dengan kelajuan sederhana dan kemudian laju.
3. Pastikan adunan lembik sedikit..Maknanye, kalau pegang dgn jari masih lagi melekat.. kalau keras masukkan air sikit je..2,3 sudu. Putar lagi hingga semua tepung tak melekat pd mangkuk.
4. Biarkan rehat setengah jam supaya yis mengembang sekali ganda.
5. Selepas setengah jam, putar lagi dengan mesen pengadun dalam 1 minit supaya adunan mengecil kepada asal semula.
6. Buat bulat dan tebuk lubang dgn jari je supaya jadi macam bentuk tayar. Kalau nak tekap dgn acuan pun boleh juga. Kalau ikut aku.. lagi senang bentukkan dgn jari. Cepat dan senang. Tak payah nak canai dan terap bagai...
7. Bila dah buat macam tayar tu, rehatkan la dalam 15-20 minit ataupun bila donut dah menaik  seperti gambar kat bawah tu. Pastu boleh la digoreng ye...
8. Donut yang sudah siap, boleh di salut dgn gula caster. kalau suka manis, boleh juga disapu dgn glaze ataupun coklat yang telah dicaikan. Hiaslah mengikut kreativiti memasing.



donut sebelum kembang, selepas kembang dan selepas digoreng.


 Inilah dia bahan2 yg diperlukan utk membuat donut.




Selamat menikmati keenakan donut pelbagai rasa. Enjoyyy!!!!

Wednesday, 2 November 2011

Kuih Dangai



Salam buat semua...
Lama betul tak bersiaran di lama blog ni. Macam sibuk je hari2 sampaikan tak sempat nak jenguk blog ni. Bila aku nak mula bukak blog, ada je halangan... Semenjak dua menjak ni, bila petang je, hujan lebat membasahi bumi Malaysia. Baru terasa sejuk sikit tanah tumpah darah aku ni. Sesekali teringat jugak kenangan manis di bumi Melben. Bila la aku dapat berkunjung ke sana lagi.. Kalau dah hujan2 ni kan, perut ni mula la dok berbunyi je... Macam2 terlintas nak makan untuk minum petang. Salah satu kuih yang jadi feberet aku ialah kuih dangai ni. Kuih ni semakin lama semakin pupus. Anak-anak zaman sekarang pun taktau nama kuih ni. Takpelah..jom kita tgk resepi nak buat kuih dangai.

Kuih Dangai:

Bahan-bahan:
100 gram tepung pulut
1 biji kelapa (ambil bahagian putih sahaja)
sedikit garam

Cara-cara: Gaul kelapa bersama tepung dan sedikit garam. masukkan ke dalam acuan dantabur gula di atasnya. Bakar hingga masak. Senang je kan..selamat mencuba.

Cantik tak kuih dangai aku tu? Errrr...sebenarnya kuih dangai ni aku beli kat kedai sempang....hehehe... Belum dapat buat lagi sebab takde acuannye... insyallah, aku diusahakan untuk membuatnya satu hari nanti... Pada yang teringin nak buat, aku ucapkan selamat mencuba....!






Monday, 15 August 2011

Karipap..karipap....karipap....






Assalamualaikum...
Minggu ni memang minggu aku buat karipap je untuk berbuka puasa. Alang-alang buat kan... ambik kau!!!...3 hari makan karipap je. Lepas ni jangan mintak karipap lagi..hehehe....(Sebenarnya, xde sape pun yg mintak karipap ni....)... Aku je yang lebih-lebih.. Tapi, karipap yang aku buat ni berlainan versi... Hari pertama, karipap kentang+daging cincang, Hari kedua, karipap inti telur+sayur. Manakala hari ketiga, karipap berintikan ikan+kelapa @k@ dikenali dengan nama 'epok-epok'....

So, mana satu entry nak aku masukkan dulu ek???? Ok la, aku masukkan entry karipap telur dulu lah ek... Sebabnya, karipap biase,semua org tahu buat, lebih-lebih lagi kepit pakai acuan, cepat je siap... Tapi, bila buat karipap telur ni,kena buat saiz besar, jadilah namanya 'karipap giant'....heheheh... biladah besar saiznya, maknanye aku kenalah "kelim" tepinya. Haaaa..bila sebut pasal 'kelim' ni, suami aku ckp, aku x pandai sebut... Maklumlah...perkataan "kelim" ni adalah dari perkataan bahasa inggeris, "Clamp'.. Tapi pada aku, aku tetap mempertahankan bahawa, perkataan 'kelim' ni dah memang digunapakai oleh nenek-moyang kita untuk membuat karipap... Ia takde kena mengena dengan salah sebutan...So..maknanya, orang tua-tua dulu pun pandai jugak lah cakap orang puteh kan... Bila sebut clamp karipap, macam tak sedap je bunyinya... Kena sebut "kelim"..baru betul kan..kan.....Betul..betul..betul...mcm upin ipin cakap...hehhehe..
Kalau nak tahu, aku belajar buat karipap giant ni semasa aku berumur 12 tahun lagi. Memang minat memasak ni dah ada sejak kecik lagi. Semasa ada kelas memasak anjuran PENEROKAWATI, kat FELDA kampung aku, aku merupakan peserta termuda masa tu...hehehe bangga pulak rasenya.
La..terlebih sudah..aku membebel pulak pepagi buta ni...Lagi 3 1/2 jam nak bangun sahur ni..

Ok, jom kita tengok resepi mudah tapi tak senang juga nak membuatnya...

Bahan2:
1/2 kg tepung gandum
3/4 cawan minyak yang dipanaskan (x suka guna butter sbb nanti kulit karipap terlalu rapuh)
sedikit garam
3/4 cawan air

Cara: Panaskan minyak dalam periuk kecil. Bila dah panas, tutup api, biarkan seketika, kemudian gaul sebati dengan tepung gandum. Campurkan garam ke dalam air. Kacau dan tuangkan ke dalam tepung. Gaul sebati hingga menjadi doh.

Bahan inti:
Beberapa biji telur ayam (1 biji karipap=1 biji telur ayam)
Daun saderi (dihiris halus)
Lobak merah (dimayang halus)-sperti gambar di bwh
sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
garam secukupnya
*boleh juga ditambah dengan sengkuang, kalau mahu...
*sedikit cili besar, hijau...(aku tak letak, sbb xde stock kat rmh)

Cara-cara:
1. Canai doh menjadi nipis seperti gambar 1. Letakkan di atas mangkuk yang
melengkung. Letakkan sayur carrot, saderi, sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan sebiji telur. Berhati-hati supaya telur tidak terkena pada bhg
tepi doh. Nanti susah nak lekatkan doh tu.
2. Lekatkan doh seperti rajah 2 dan mula 'mengelim' bahagian tepinya.
3. Klim bahagian tepi dengan berhati-hati supaya telur tidak tertumpah.
4. Karipap yang telah siap dibiarkan di dalam mangkuk sebelum digoreng.
5. Panaskan minyak dan goreng dengan api yg "sangat" perlahan. Nanti bahagian
dalamnya tak masak...
6. Senang je kan.. Tapi perli buat dgn berhati-hati ye...

TADAAAAA.........

Inilah dia karipap yang telah siap digoreng. Jom kita potong untuk lihat isi di bahagian dalamnya.....


Emmmmmm......Sib baik telur di dalamnya masak...
p/s: Mula-mula aku buat guna api sederhana..bila potong, cair je telur tu...Pastu aku masuk dlam microwave utk masakkan telur tu..hehehhe....
So, untuk gorengan seterusnya, memang guna api yang saaaangaaaatttt perlahan. Dan hasilnya seperti di bawah..Cantik je kan....(perasan dah aku ni!!!)

Karipap giant ni, memang sesuai dicicah dengan sos cili... Kalau rajin boleh buat sos sendiri. kalau tak rajin boleh guna sos cili "MAGGI" yang perlu dicairkan terlebih dahulu.... Tuangkan sos ke dalam mangkuk, campurkan dengan sdikit air panas, gula dan garam. Sedia untuk dimakan!!!!




Ok semua,...nak tido dulu.. kejap lagi nak sahur dah ni.... Salam untuk semua....
'

Sunday, 7 August 2011

Talam SUJI


Assalamualaikum.....

Selamat berpuasa pada hari yang ketujuh aku ucapkan buat kenkawan semua.
Semalam, aku buat kuih talam suji. Seronok, sebab pertama kali buat, dan ianya menjadi. Rasanya, kira sedap jugak lah..Macam rasa kuih talam. hehehe... Aku dapat resepi ni dari majalah rasa keluaran Mei 2011. Ada sorang kawan yang belikan untuk aku sekembalinya dari tanahair baru-baru ni. Jadinya, sepanjang bulan ramdhan ni, aku dok belek majalah 'RASA" tu sampai lunyai. kira berbaloi la kan...Buat tak buat, belakang kira okay!. Kebetulan aku dapat jemputan berbuka puasa. Berbaloi buat untuk makan ramai-ramai kan. Kalau aku 4 beranak je, jenuh pulak nak ngabihkan seloyang kuih talam tu...
Jom kita semak resepinya.

sumber: Majalah RASA (Mei 2011)
Aku ubahsuai resepi menggunakan loyang bulat ukuran 9 x 9

Bahan-bahan:
LAPISAN BAWAH:
90 gram tepung suji/semolina
500 gram santan (aku guna 1 tin santan 400 ml + 100ml air)
100 gram gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning

LAPISAN ATAS:
500 ml santan
1 sudu besar tepung kastard (stock kastard takde, aku pandai2 tukar dgn t.jagung)
60 gram tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula
120 gram gula merah

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam periuk dan kacau di atas api
perlahan hingga pekat.
2. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
3. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapis ke dalam periuk. Masak di atas api
sederhana hingga pekat.
4. Kemudian tuang adunan di atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi.
5. Ratakan dan kukus semula selama 20 minit. Apabila masak, sejukkan dan potong.
6. Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.

Sambil-sambil masukkan entry ni, sempat jugak aku merayau-rayau kat blog DTS, CMG... Nak cari idea untuk menu berbuka petang ni. Terpandang pulak akan jemput-jemput nasi CMG tu. Emmmm, ok jugak kan kalau buat jemput-jemput tu. Macam best je kan. Terima kasih che mat atas sumbangan resepi tu ye. Biasanya blog DTS ni jadi bahan rujukan aku. Kekadang tu, kita ni tahu je buat sesuatu tu, tapi tak datang seru nak buat. Jadinya dengan berpandukan blog2 dari blogger terpilih ni, baru lah datang idea nak masak apa. Kalau korang nak buat jemput-jemput nasi macam aku, blh klik je kat sini.



Roti Jala

Assalamualaikum,.......
Pejam celik pejam celik, dah pun masuk hari ke 7 puasa. Cepat... memang cepat sungguh masa berlalu. Korang dah fikir-fikir nak masak apa petang ni? Aku baru je bangkit dari baringan..hehehe..seronok je bermalas-malas di hari minggu ni kan? teringat pulak hari ke 5 puasa, aku ada buat roti jala dan tak sempat masukkan entry kat blog ni. Kebetulan sebelah pagi tu, aku dok belek-belek blog seorang blogger ni. Wow!!! memang tertarik dengan persembahan beliau kat dalm blog tu. Sangat cantik dan menarik. Belek-belek punye belek, terpandang akan roti jala beliau yang betul mengancam yang boleh buat semua orang terliur. Siap berkaler-kaler gitu. Kebetulan, dah lama betul aku tak buat roti jala ni kan. Dipendekkan cerita, dapat jugak bagi aku idea nak masak apa untuk berbuka kan. Terima kepada Pn. Azlita, si pemilik blog yang cantik tu. Boleh klik kat sini untuk resepinya. Dan boleh juga tengok kat bawah ni untuk resepi aku.

Roti Jala:

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 biji telur
3 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/kunyit

Cara-cara:
Satukan semua bahan di dalam alat pengisar. Kisar hingga sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Guna kuali leper, non-stick.
Masukkan ke dalam acuan roti jala, dan tebar ke dalam kuali.
Biarkan sehingga masak dan gulung mengikut citarasa sendiri.


Kuah Kari Ayam: (untuk 4 orang)

200 gram isi ayam (bhg dada), dipotong dadu.
3 biji kentang sederhana, dipotong dadu.
1/2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (bahan * ditumbuk)
5 sudu besar rempah kari
1/2 tin santan
2 cawan air
sedikit paste asam jawa/asam keping
rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)
sedikit minyak untuk menumis
garam, gula

Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk. Tumis hingga garing.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Biarkan rempah naik bau dan masukkan air lebihan.
Biarkan mendidih sebelum dimasukkan isi ayam, kentang, paste asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga kentang empuk. Kemudian masukkan santan.
Biarkan mendidih seketika
Tutup api dan sedia dihidang bersama roti jala tadi.



Wednesday, 3 August 2011

~KUIH PUTERI MANDI~

Assalamualaikum....

Sebelum aku menutup tirai malam ni, ada baiknya aku masukkan dulu entry kuih puteri mandi aku yang berwarna-warni ni. Mengantuk benor rasenya. Padahal, kat sini baru je pukul 10.00 malam. Aku kat sini dah tersangap-sangap dah. Masa terawih lagi dah tersengguk-sengguk. Seperti biasa, masjid feberet untuk terawih ialah Masjid Albaniah, Reservoir. Biasanya jam 8.20 mlm, dah selesai pun sembahyang terawih. Dipendekkan cerita, sebelum aku masuk tidur, aku masukkan entry ni dulu sebelum aku terlupa.Kalau ada kesilapan ejaan tu, maafkan lah ye.

Puteri Mandi:
Bahan-bahan:

3 cawan tepung pulut
1 camca garam
sedikit air
pewarna merah dan perasa pandan(hijau)

Inti:
1 cawan air
1 ketul gula melaka/gula kabung
kelapa parut secukupnya
sehelai daun pandan

Cara-cara:
1. Bancuh tepung dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak terlebih
air. Bahagikan tepung kepada 3 bahagian. 1 bhg warna putih asal, 1 bhg masukkan
pewarna merah dan 1 bhg lg diletakkan perasa pandan.
2. Didihkan air di dalam periuk. Ambil sedikit tepung sebesar ibu jari, buatkan
bulat-bulat dan leperkan dengan jari. Masukkan ke dalam air mendidh seperti
membuat kuih buah melaka. Bila masak ianya akan timbul dan angkat. Ketepikan.
3. Dalam periuk berasingan, didihkan 1 cawan air dengan seketul gula melaka.
Masukkan juga sehelai daun pandan. Bila mendidih, masukkan kelapa parut.
Kacau lagi sehingga agak-agak kering.
4. Kemudian, masukkan kuih tadi dan kacau sedikit sebelum diangkat untuk
dihidang.

Tuesday, 2 August 2011

Kuih Seri Muka Berseri-seri!!!

Nampak tak tajuk macam orang tak ingat tu??? Hehehe....Takpelah kan, untuk simpanan peribadi kat blog sendiri...Suka hati aku lah kan, nak letak tajuk ape.... Takde sapa pun yang nak ambik peduli.. Kalau ada yang peduli tu, maknanya it must be something special lah.. Kalau bulan ramadhan ni, senang je nak cari kuih seri muka ni kat bazar ramadhan di Malaysia. Kuih seri muka ni, bukannya aku buat hari ni okay... Dah seminggu yang lepas dah pun. Saje je nk test buat kuih ni mengikut resepi yang aku campur sana sini. Bahagian atasnya, guna resepi orang lain, pulut bawahnya pulak dari sumber resepi yang lain. Bak kata CMG, bukan niat nak derhaka, cuma sekadar ingin mencuba dan ubah suai mengikut keperluan.Terima kasih juga kepada DTS atas sumbangan resepi. boleh juga klik di sini
Link
Jom kita semak resepi nak buat kuih seri muka ni.

Lapisan Bawah:
350 gram beras pulut
400 gram santan cair
1 sudu teh garam

Lapisan Atas:
300 ml santan
3 biji telur
180 gram gula pasir
4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar + 1 sudu kecil tepung gandum
sedikit perasa pandan

Cara-cara:
1. Pulut dibersihkan dan rendam sekurang-kurangnya 3 jam. bancuh santan dengan garam dan tuangkan ke dalam pulut tadi. Resepi asal masukkan daun pandan, tapi aku kat Melben ni daun pandan mahal, jadinya aku tak letak lah kan.
2. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Keluarkan, gemburkan dengan garfu dan padatkan permukaan pulut. Aku tekan-tekan guna plastik bersih. Kukus lagi lebih kurang 10 minit.

3. Sementara untuk lapisan atas, kisar santan, gula, telur, dan tepung. Masukkan paste pandan. Masukkan dalam periuk dan masak di atas api perlahan. Kacau supaya tidak berketul. Masak hingga pekat sedikit dan tuangkan ke atas pulut tadi.
4. Sambung kukus selama 25 minit atau hingga lapisan atas masak.
5. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk dihidang.


Thursday, 9 June 2011

~Kuih Tako~




Salam ceria buat semua
... Cepat je masa berlalu kan..Sedar tak sedar dah masuk bulan rejab dah pun... Sekarang ni, secara rasminya dah masuk winter.. Cuaca minggu ni antara 5 C-15 C...Sojuukkkkkk!!!!... Kesian gak kat mak mertua aku. Maklumlah..kat Mesia, kepanasan..tetiba datang sini pulak berada dalam keadaan sejuk yang amat sangat.. Yang seronoknya time winter ni ialah, waktu siang yang pendek. Pukul 12.28 dah masuk zohor, 2.58 dah masuk asar...Tup tup..jam 5.08 dah masuk maghrib... Kalau berpuasa, rase kejap je, dah nak berbuka kan. Hari ni, kami sekeluarga berpuasa sunat. Alhamdulillah..dah berbuka pun.. Tetiba tadi datang pulak idea nak buat kuih tako ni untuk berbuka puasa... Lebih-lebih lagi kuih ni feberet aku dan anak-anak.. Suami aku??? Emmm dia x masuk korum... Kuih-kuih mengarut cam ni kurang berminat.. tapi tak sangka pulak hari ni, dia makan jugak kuih aku..hehehe..sedap agaknya kan...Sejak aku dok kat bumi Melben ni, baru ni lah aku buat kuih ni.. dulu-dulu pernah lah buat, tp x ingat pun resepinya...Apa lagi, kenalah mintak bantuan blogger2 untuk dapatkan khidmat resepi percuma...hehehe. Akhirnya aku buat keputusan menggunakan resepi dari laman My Resipi je.. Bagi sesape yang nak buat kuih ni, kat bawah ni aku letakkan jugak resepinya....Selamat mencuba ye!!!

Bahagian bawah:
30 gram tepung hoen kwe
80 gram gula
300 ml air

sedikit paste pandan
jagung krim (dlm tin)

Bahagian atas;
270 ml santan
20 gram gula
20 gram tepung beras
1 camca garam

daun pandan @ bekas kecil2

Cara-cara:

1-Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah. Kacau di atas api sederhana sehingga likat.

2-Masukkan jagung ke dalam acuan. Tuangkan bahan di atas ke dalam acuan.

3-Masukkan semua bahan untuk lapisan di atas. Masak di atas api sederhana sehingga pekat. Tuang kan ke dalam acuan.

4-Sejukkan dan sedia untuk dihidang.




Tuesday, 10 May 2011

Apam gula hangus


Adoiyaiii...hari ni sejuk betul lah kat sini... rasa sejuk ni dah betul-betul sampai ke tulang kering aku tau... Suhu kat dalam rumah pun dah 12 deg C. Belum lagi suhu kat luar... Kalau dah sejuk2 ni, apa lagi yang terfikir kat kepala otak aku ni kalau bukan citer bab-bab makan... tetiba je perut ni rase lapo semacam. Kalau tak citer pasal makan, bukan Jumee namanya...hehehe.. Emmm...dah lah takde usaha nak berdiet..maunya bertambah berat badan time time sejuk camni... Nama nak joging??? emmm lupakan ajelah..time summer pun xde sekali pun berjoging, sejuk2 camni lak nak buat2 rajin..... malam lah sikit...

Hari ni aku skip masak...sebabnya, lauk semalam ikan sembilang berlada ada lagi. Jadinya, pikir punya pikir..aku terfikir lah pulak nak buat kuih apam gula hangus. Resepinya? Apa lagi kalau bukan khidmat pak cik google kan... Hanya dengan satu sentuhan, resepi datang depan mata. Yang penting, bahan-bahan kat dapur kena ada lah kan. Dan hasilnya memang tak menghampakan. Tengok je gambar kuih apam gula hangus aku yang elok gebu dan montok kat sebelah atas tu kan... Hehehe.... Sambil-sambil tu blh tengok resepi kat bawah ni... sumber: myresepi/hazz_63.

Apam gula Hangus:

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn minyak masak

Cara-cara:
1-Gula dihanguskan dan bertukar perang, campurkan dgn 1 cwn air.
2-Di dalam blender masukkan susu, mentega, telur dan soda. Blend lbh kurang 3
minit.
3-Masukkan gula yang dah disejukkan tadi, blend lagi.
4- Akhir sekali, masukkan tepung dan putar lagi hingga sebati.
5-Kukus dlm loyang yang dah di sapu minyak masak selama 45 minit.
6-Boleh jugak menggunakan acuan yang kecik-kecik.
7-Sekiranya adunan nampak cair, bolehlah ditambah dengan sedikit tepung gandum agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya...

Haa..yang ni, kuih yang dah siap di'taperware'kan untuk dibawak ke rumah kawan aku... Dah hantar dah pun... Balik dari sana barulah aku masukkan entry ni .

Sunday, 8 May 2011

Kuih Lompang warna-warni

Meriah tak nampak kuih lompang aku ni? Dah macam kaler rumah sukan dah kan.. Complete set dgn biru, merah, hijau, kuning tu.... Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kuih lompang ni... Seronok sangat bila buat kuih menjadi dengan cantik berserinya..Walaupun bukanlah kuih feberet pun. Bila dah buat tui,anak-anak makan sorang seketul je...Eeeee..penat je buat kan.. Sib baik rumah aku ada ramai tetamu... Kalau tak, alamatnya tak luak lah kuih aku ni. Lagipun semuanya dah belasah KFC tadi, mana lagi nak letak kuih ni kan... Saje je sekadar suka-suka sebabnya, kebetulan ada kawan aku bawakkan acuan ni untuk aku. Jadinya aku buat lah untuk mengasah skill membuat kuih-muih ni kan.. Rupa-rupanya,memang senang sangat nak buat kuih ni.. Kalau betul-betul, dalam 1/2 jam je dah siap. Jom kita jengah resepinya ye... Mana la tahu, kot-kot sekali sekala korang nak try buat sendiri kan... Sambil berehat-rehat dihujung minggu, nak bagi anak-anak makan air basuh tangan kita..hehehe... Jom, jom... kita tgk resepi kat bwh ni ye. Sumber resepi ni dari myresepi.com..

Kuih Lompang;
Bahan-bahan;

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung sagu
1 cawan gula
4 cawan air (2 cawan campur dalam tepung, 2 cawan untuk masak dengan gula).

Daun pandan (letak semasa masak air gula)

Kelapa parut + garam untuk tabur di atasnya.

Cara-cara: Bancuh tepung beras dan tepung sagu dgn 2 cawan air. Gula di masak dengan 2 cawan air dan sejukkan sedikit. Masukkan air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna kesukaan. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama 20 minit. Bila dah masak, keluarkan dari acuan dan taburkan kelapa di atasnya. Seelok-eloknya, kelapa yang digaul dgn garam dikukus terlebih dahulu supaya tidak cepat basi.

Okay, selamat mencuba dan "HAPPY MOTHER'S DAY!!!"


KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan

Assalamualaikum wbt 5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021 Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu, sis sekeluarg...